PILIHAN - Saat Omar

7.1K 210 27
                                    

"Aku datang dari masa depan," kata lelaki itu bila aku tanya dia dari mana. 

Dia datang dan duduk di sebelah aku di tepi bangku di taman tasik Shah Alam pada petang Jumaat. Aku tak pernah berjumpa dengan dia sebelum ini dan tentulah kehadirannya menimbulkan banyak tanda tanya. Siapa dia dan apa tujuan dia tiba tiba duduk di sebelah aku? Tapi bila dia kata dia datang dari masa depan, aku yakin yang dia tidak berbohong. Ada sesuatu tentang dia dan auranya yang membuatkan aku yakin dia bukan dari masa sekarang. Persoalannya, apa yang dia mahu dari aku.

"Aku datang sini untuk membantu kau membuat pilihan."

"Bagaimana?" tanya aku selain dari 'kenapa'.

"Dengan memperkenalkan pada kau gadis yang kau akan kahwini dan juga sifat-sifat kebarangkaliannya," katanya lagi. Sebelum aku sempat bertanya dia berkata. "Kau nampak itu? Dua gadis di hadapan kau? Yang pakai baju putih dan biru?" Tangannya menunjukkan dua gadis sebaya aku sedang berjalan di tepi tasik. Seorang berambut ikat kuda, mengejar seorang budak lelaki kecil dan seorang lagi, dari arah bertentangan sedang berjalan dan berbual dengan kawannya, rambutnya melepasi bahu.

"Yang itu maksud kau?"

"Ya," katanya sambil tersenyum. "Itu Linda dan itu Lisa. Salah seorang dari mereka akan menjadi isteri kau. Tapi kau kena pilih antara satu."

Aku terus memerhatikan gadis yang dikatakannya. Mereka berdua mempunyai karakter berbeza. Terasa seperti lucu bila dua-dua gadis yang dikatakan bakal menjadi isteriku berada di tempat sama serentak.

"Tapi mustahil. Aku tak kenal siapa mereka."

"Oh kau akan kenal juga mereka nanti. Kau akan jatuh hati pada kedua-duanya. Tapi kau hanya akan mengahwini salah seorang."

"Kenapa kau bagitahu aku semua ni? Dan siapa kau sebenarnya?"

Pandangan aku tak lepas dari dua gadis tadi. Kedua-duanya nampak menarik dan kena dengan citarasa aku. Tapi lelaki itu mula bangun .Sepantas kilat dia datang sepantas itu juga dia bangun dan beredar meninggalkan aku yang terus keliru. Aku melihatnya berjalan melepasi orang ramai di petang itu sehingga dia membelok dan tidak kelihatan. Bila aku berpaling mencari dua gadis tadi, mereka pun turut hilang di antara orang ramai dan kanak-kanak yang bermain di tepian tebing tasik. Aku masih tak tahu siapa lelaki misteri itu tapi kata-katanya terngiang-ngiang. Aku boleh dengan mudah menganggap lelaki itu gila ataupun hanya nak mengenakan aku. Tapi aku akui kata-katanya yang mudah itu membuatkan aku terus berfikir. Sepanjang perjalanan pulang dari tasik itu aku memikirkan segala logiknya perbualan kami tadi. Imej serta paras rupa gadis yang dia katakan bakal aku kahwini itu terus melekat dalam fikiran aku.

Ketika sampai di rumah, sebaik sahaja aku menolak daun pintu, aku temui satu lagi kejutan. Di dapur, seorang budak lelaki duduk di meja makan. Aku anggarkan dia berusia 4-5 tahun. Aku tak saspek yang dia pencuri,. Dari gerak gerinya dia tak terkejut pun nampak aku masuk ke dalam rumah tadi. Tapi sebaliknya dia nampak tenang dengan kehadiran aku. Aku jadi sedikit kekok.

"Salam dik. Adik ni siapa?"

"I'm your son."

"Adik silap ni. Saya belum lagi berkahwin dan....."

Budak itu melihat aku dengan tepat. Dia begitu yakin dengan apa yang dia katakan: dia adalah anak aku.

"Esok aku akan hantar kau balik ke rumah OK? Macamana kau dapat masuk ke rumah ni?"

"Esok pagi hantar saya ke sekolah," jawabnya tenang.

"Sekolah kau? Aku tak tahu mana sekolah kau..."

CERPEN HARI JUMAATWhere stories live. Discover now