GALAU - Hilmi Loma

4.5K 161 82
                                    

         

"Hi Ida!"

     Lelaki yang cuma berbaju T hijau muda, berseluar pendek maroon dan berselipar jepun itu terus duduk bersebelahan seseorang yang sedang menyantap yogurt beku dengan penuh khusyuk.

"Kenapa lambat sampai? Dah lama Ida tunggu sini." Ida menyoal lelaki yang baru selesa duduk bersebelahan dengannya.

Lelaki itu mengukir senyuman serba-salah. Menguis-nguis kumis yang tak seberapa nak nampak.

"Sorry sayang.. Jem teruk tadi, lagipun bos Khai tak bagi keluar awal. Semua nak kena setel habis before balik. I'm so sorry Ida."

     "I waited for you for almost two hours, Khai. Bukan sekejap tu. Ida boleh masak nasi beriani siap buat jelatah sekali. Dahlah, Ida nak balik. Malan nanti nak jumpa Laili."

Ida bingkas bangun, beg tangan Chanel Black Jumbo di lengan kanan dipaut ke bahu. Langkahnya terhenti saat lengan kirinya dipegang lembut.

"So Laili lebih penting dari Khai? Is it?"

Pegangan Khai ditepis ringan. Ida merenung mata Khai dengan pandangan sayu dan dia kembali duduk, kali ini berhadapan dengan Khai.

"Khai, I'm trying. I really do. You've been through so much with me since I've discovered myself. Right now I need some time for me to... to.., just give me time. Okay?" Ida bangun, perlahan-perlahan meninggalkan Khai.

Khai termenung panjang. Matanya beralih ke mangkuk yogurt beku Ida yang masih separuh penuh.

"Red Velvet, my favourite.." Khai tersenyum.

* * *

"Salmah, anak kita.. abang minta maaf. Abang..."

Air matanya laju. Sebak tidak dapat ditahan lagi. Hati lelakinya meraung meronta kesakitan yang cuma batin dapat merasa. Fitrahnya yang kuat sebagai seorang lelaki, suami, dan ayah akhirnya lumpuh dek kerana kelahiran anak pertama mereka.

"Abang, ni semua ujian abang. Kita akan cuba besarkan dia dengan penuh kasih sayang. Dengan penuh istiqamah. Yakin pada Dia abang. Dia dah beri anugerah pada kita. Salmah terima semuanya."

Salmah memeluk suaminya erat. Dia tidak boleh nampak lemah kerana tidak mahu menambahkan beban pada si suami yang sedang galau.

* * *

"Ida, tadi Laili ada telefon Bonda, dia tanya, jadi ke Ida nak jumpa dia malam nanti? Sebab dia telefon Ida tadi tak dapat. Phone Ida rosak ke?"

Salmah duduk di hujung katil Ida, memerhatikan Ida yang sedang menyapu pelembab pada wajahnya. Diambilnya Hello Kitty besar peneman Ida dikala malam lalu dipeluk erat.

     "Tadi Ida tunggu Khai dekat kedai froyo tu, dekat dua jam, Bonda. Sampai takde mood Ida nak jumpa sesiapa sekarang. Nak tidur je. Nanti Ida call Laili. Bonda jangan risau. Tak lari menantu Bonda tu," ujarnya. Dia bangun dan pergi ke arah Salmah sebelum melabuhkan punggung di sebelah ibunya itu. Dia merebahkan kepalanya ke riba Salmah. Salmah membelai lembut rambut pendek Ida.

"Ida.. Kenapa Ida masih jumpa dengan Khai? Ida kan dah janji dengan Bonda yang Ida dah setuju dengan apa yang dibincangkan dengan arwah Abi dulu?"

     "Ida tak lupa, Bonda. Tapi entahlah. Khai pandai curi hati Ida. Pelan-pelan dia tarik, Ida mulanya tak berapa nak layan. Lama-lama Ida nampak keikhlasan dia. Semuanya dia tahu pasal Ida and dia sedia bimbing Ida kalau Ida pilih jalan yang lain. Tapi Ida sayangkan Laili juga. Ida nak ada zuriat. Ida nak Bonda ada cucu." Ida bangun, terus merenung wajah Salmah dengan penuh kasih.

CERPEN HARI JUMAATWhere stories live. Discover now