AWEK TUDUNG KERETA BIRU - Anuar Shah

7.6K 192 13
                                    

         

Setiap hari aku akan memerhatikan awek tudung tu keluar daripada rumah dia untuk pergi kerja. Rumah aku paralel dengan rumah dia di Jalan PJU 1/11 di Damansara itu. Rumah kami adalah di satu cul de sac yang berbentuk berbentuk tiga segi. Rumah aku mengadap rumahnya dan aku boleh lihat dia keluar masuk rumah.

Setiap kali awek tudung tu balik daripada kerja atau daripada mana-mana yang menyebabkan dia sampai di rumahnya di antara pukul 10 ke 11 malam, dia akan terus naik ke bilik yang terletak di tingkat atas rumah itu. Apabila lampu bilik tingkat atas yang berada di sebelah kanan rumah teres dua tingkat yang dia tinggal itu menyala, aku boleh nampak kelibat samar-samar dia menanggalkan tudungnya dan seterusnya melakukan perkara-perkara yang biasa dilakukan oleh semua orang di dalam privasi bilik mereka.

Memang aku ni stalker habis.

Melalui penelitian aku, aku boleh nampak dia berkemban, menyalin baju, duduk di meja di mana dia akan menggunakan komputernya sehingga lewat malam. Aku sebenarnya tidak pasti samada apa yang aku nampak itu betul-betul awek tudung biru itu atau itu hanya satu imaginasi aku setiap kali aku nampak kelibat di sebalik langsir pink itu. Langsir pink tu bukanlah lutsinar tetapi hanya lut cahaya.

Walau apa pun yang sebenarnya aku nampak, aku gunakan apa yang aku nampak sebagai asas untuk aku menganggap aku telah melihat awek tudung itu dalam keadaan yang amat intimate. Sehingga menjadi modal.... Ah, takkan itu pun aku nak cerita.

Ini semua salah internet yang telah mendewasakan aku secara paksa. Banyak yang aku belajar daripada pelbagai laman sesawang yang berjaya aku lepasi walaupun polis internet Malaysia telah cuba meletakkan pelbagai sekatan. Internet menolong aku untuk baligh paksa. Keremajaan aku menjadi begitu pantas kerana internet. Nasib baik ada internet. Kalau tak tentu aku setengah mati bosan tak tau apa nak buat setiap kali menunggu ibu bapa aku pulang ke rumah.

Bukan itu sebenarnya sebab utama aku nak ceritakan apa yang terjadi seterusnya dalam status Facebook ni.

Aku dah cerita tadikan yang aku selalu perhatikan awek tudung tu keluar pergi bekerja? Aku tidak tahu kewujudan awek tudung itu di dalam rumah No. 3 itu sehingga terjadi satu kejadian. Aku sedang memetik gitar kapuk aku di beranda rumah aku semasa aku lihat satu kereta berwarna biru masuk ke kawasan cul de sac kami.

Kereta biru itu masuk dengan lajunya daripada jalan utama ke dalam cul de sac rumah kami. Ia berpusing ke arah cul de sac yang berada di kanan simpang utama itu sebelum ia muncul semula beberapa saat kemudian di pandangan mata aku. Ia masih laju sebelum ia berhenti di hadapan rumah No. 7. Ia bergerak perlahan dan itu lah kali pertama mata aku menjamah kelibat awek tudung itu. Aku hanya nampak kelibatnya di sebalik cermin depan kereta itu yang memantulkan cahaya panas terik matahari khatulistiwa Malaysia.

Kereta itu bergerak perlahan dan aku dapat lihat awek tudung itu memanjangkan kepalanya untuk membaca nombor-nombor rumah yang dilepasi oleh kereta biru itu sebelum ia berhenti di hadapan rumah No. 3.

Setelah kereta itu diparkir dengan susah payah di antara kereta Mercedes milik penghuni rumah No. 4 dan kereta Pajero hitam penghuni rumah No. 2, aku melihat pintu kereta biru itu dibuka. Pada masa itu, aku bagaikan terpukau menunggu siapakah yang akan keluar daripada perut kereta biru itu. Bidadari daripada syurga kah? Aku dah lama berhenti menggodek gitar kapuk aku dan memberi sepenuh konsentrasi kepada kemunculan awek tudung itu.

Memang pandangan pertama aku kepada awek tudung itu tidak mengecewakan.

Dia memakai jeans biru yang ketat dengan baju blaus berwarna merah menyala yang diikat dengan tali pinggang besar berwarna hitam yang menyebabkan payudaranya ketat dipamerkan di sebalik blausnya. Tudung hitam yang diselimpangkan ke bahunya melengkapkan penampilannya. Ada sedikit rambut yang terkeluar dari sebalik tudung yang diselimpangkan sambil lewa itu. Tumit kasut tinggi hitam yang dipakainya membuatkan aku menggigit bibir.

CERPEN HARI JUMAATTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang