ROTI KAPIT INTI DAGING - Syaihan Syafiq

4.9K 234 46
                                    

         

Dari:        princearjunabeta87@gmail.com

Kepada:        susucapjunjung88@gmail.com

Tarikh:        02/01/2002, 08:37 PM

Kau boleh bayangkan tak yang hari ni baru dapat internet connection? Hampir 24 jam kami terputus dengan dunia luar. Dial-up bunyi tret-tret-tret klasik pun jadiklah daripada takde line langsung. Signal telefon kat sini pulak macam sial, sekejap ada satu bar, tapi selalunya haram tak ada! Handphone kita orang sekarang ni cuma boleh buat penyendal pintu je sebab langsung tak berguna! Lepas tu, nak dijadikan cerita boleh pulak si Taufik tu tercicir tinggalkan pouch bag dia kat petrol station masa nak ke sini. Dalam tu ada handphone dengan charger dia. Kami pulak dengan bongoknya tak bawak charger (sebab charger aku ada dalam kereta aku, dan kami datang sini naik kereta Taufik). Sebab itulah aku nak mintak maaf awal-awal sebab tak contact kau sejak semalam.

Kau apa khabar kat sana? Semuanya okay, tak? Maaf sebab kau tak dapat nak ikut kami dalam trip kali ini. Sepatutnya kita pergi berlima macam yang dah dirancang dulu, tapi entah macam mana boss kau yang ting-tong tak betul tu suruh kau OT mengasuh anak dia pulak. Yang kau pun satu pergi setuju dah kenapa? Bukan cuti kau dah lulus ke hari tu?

Kalau setakat kau ada masalah kewangan macam dulu... aku, Taufik dengan Aida ada je. Kami sudi nak tolong setakat mana yang mampu. Kau jangan nak malu-malu sangatlah dengan kami.

Apapun, Rizal ada cakap kat aku masa kami dalam perjalanan ke mari yang dia bakal menyusul kemudian sebab katanya kereta dia belum sempat servis lagi dan dia nak kena tinggalkan kucing-kucing dia kat pet boarding. Kalau kau berubah fikiran, atau entah dengan kuasa bulan tiba-tiba boss kau lembut hati nak bagi kau datang sini, kau cubalah contact Rizal. Mana tahu kot-kot boleh tumpang kereta dia. Jimat sikit belanja.

Anyway, perjalanan nak ke mari walaupun agak mencabar, tapi aku rasa sangat-sangat berbaloi! Bak kata Aida, pemandangan pekan ni sebijik macam poskad bergerak. Banglo tempat kami sewa untuk homestay ni lawa gila, okay! Dua tingkat, tiga bilik, dua bilik air. Bahagian belakang banglo ni ada swimming pool, dan menganjur di bahagian belakangnya ada satu tembok besar dengan tangga kat tepinya di sebalik pagar belakang banglo ni. Aku rasa tangga tu menuju ke denai yang menghala ke sungai macam yang dalam iklan yang kita tengok tu. Nanti kalau kami dah explore, aku cerita kat kau. Dalam brosur tu kan kata ada air terjun... Tak sabarnya!

Owner rumah banglo ni, Puan Suzanna (aku rasa dia ni dulu-dulu mesti lawa sebab muka dia ada iras-iras Sofea Jane sikit-sikit) datang untuk serahkan kunci dan beritahu yang kunci mangga pagar belakang tu dah lama hilang, jadi kalau hendak ke tembok bertangga tu kita orang kena panjat pagar tu. Lagi satu, dia cakap water pressure kat banglo ni biol sikit, jadi kena alert untuk standby tak ada air. Tapi dia cakap jangan risau sebab dah ada dua tempayan besar berisi air dalam bilik mandi kat atas.

Itu je kot buat masa sekarang. Wish you were here! Bye!

***

Dari:        princearjunabeta87@gmail.com

Kepada:        susucapjunjung88@gmail.com

Tarikh:        03/01/2002, 10:10 AM

Dalam pukul lapan pagi tadi Puan Suzanna datang bawakan kami roti bakar kapit inti daging cincang. Sedapnya bukan main. Dia tanya kami bertiga, okay tak tidur semalam. Aku jawab okay je (mungkin sebab bilik aku tingkapnya menghadap bahagian belakang banglo, jadi angin banyak masuk) tapi Taufik dengan Aida cakap bilik dia orang banyak nyamuk (sebab bilik mereka tingkapnya menghadap sebelah kiri banglo yang menghadap belukar) jadi Puan Suzanna cakap nanti dia akan bawakan ubat nyamuk. Kami cakap tak payah susah-susah sebab nanti tengah hari kami hendak ke pekan dan ubat nyamuk memang ada dalam senarai barang yang kami nak beli.

CERPEN HARI JUMAATDove le storie prendono vita. Scoprilo ora