HAPPY BIRTHDAY AHMAD! - Muhammad Fatrim

4.6K 286 70
                                    

         

25 tahun. Itu umur aku tahun ni dan tepat jam 12 malam nanti aku akan menyambut hari jadi aku yang ke 25 itu. Fuh! Akhirnya aku berada di umur yang aku pernah idamkan dulu dengan mendapat pekerjaan yang baik. Tapi sayang, jodoh belum sampai. Putus dua kali. Okey tipu, aku takde girlfriend pun. Bukan aku tak kacak, tapi entah, aku tak tahu macamana nak memulakan langkah-langkah mengurat perempuan. Pernah jugalah aku beli buku dari drama petang-petang untuk praktikal cara mengurat ke apa kan, tapi hampeh takdenya menjadi. Plus, aku bukan anak-anak dato atau orang kaya, lagilah ke laut plan itu.

Okeylah, lupa nak kenalkan diri, nama aku Ahmad. Nama glamer? Tetap Ahmad. Aku tak nak orang panggil aku Mat, bukan apa, orang nama Mat tu ramai. Kalau Ahmad, kan mudah sikit buat perbezaan. Biasanya supaya hari jadi aku disambut oleh kawan-kawan aku. Aku mestilah buat majlis hari jadi untuk mereka dulu. Kata orang, what you give, you get back. Macam-macam kejutan aku buat untuk hari jadi kawan-kawan aku. Kawan-kawan tu bukanlah ramai, enam orang saja yang itu pun kawan masa aku belajar dan kami masih keep in touch lagi. Syukur Alhamdulillah untuk aplikasi WhatsApp yang masih mempertemukan kami dan mempertemukan jodoh-jodoh kawan aku antara mereka. Kecuali aku. Okey, no comment.

So, habis kerja petang tu. Aku dengan hidung kembang kempis melihat jam tangan aku dengan gembira. Ada lagi 7 jam sebelum sambutan hari jadi aku. Aku usha juga group WhatsApp, semua diam saja hari ni. Penat kut sebab hari Jumaat, entah manalah teori aku pakai main assume saja. Tapi iya, kalau hujung minggu, maunya beratus-ratus notification dengan soalan paling banyak jawapan adalah kita nak makan di mana malam ni? For real, abad ini, tahun 2016 ini, soalan inilah yang mempunyai jawapan paling susah dan tidak mempunyai jawapan pilihan A-B-C-D mahupun hingga Z sekalipun.

    6 Mei 2016 akan menjelma dalam masa beberapa jam lagi. Seharusnya aku happy, tahun lepas kawan-kawan buat kejutan culik aku dan bawa aku ke sebuah tempat dan sambut hari jadi aku dengan kek seadanya. Walaupun hanya sebiji kek di sebuah tempat biasa tapi aku rasa thrill yang diorang buat memang menjadi. Mulanya aku balik rumah macam waktu-waktu macam ni, tiba-tiba seseorang tekup kepala aku dengan plastik dari belakang masa aku nak masuk kereta dan halakan pisau di belakang aku dengan ugutan lagi.

    "Jangan bergerak, kalau tak aku bunuh kau!"    

    Dan, aku dapat rasa hujung mata pisau seolah-olah sudah melukai sedikit belakang aku masa tu sebab ingkar arahan untuk tidak bergerak. Aku manusia, jadi rasa takut itu akan sentiasa menular dalam diri seorang manusia seperti aku di dalam keadaan seperti itu. Aku juga sedar yang waktu itu, ini bukanlah sebuah penculikan main-main. Aku harus mengikut arahan mereka untuk selamat walaupun realitinya soalan kenapa mereka menculik aku tetap melayang-layang dalam fikiran aku. Aku dibawa masuk ke dalam kereta ditolak secara kasar dan diminta untuk berdiam. Selepas lebih kurang 20 minit kereta yang naiki berhenti dan mereka menarik aku keras.

    "Keluar! Jalan 20 langkah ke hadapan! Cepat!"

    Aku mendengar arahan itu dan berjalan 20 langkah mengikut langkah orang yang memegang bahu aku. Aku tahu, jika aku ingkar aku akan mati semasa hari jadi aku dan itu bukanlah apa yang aku mahukan.

    Habis 20 langkah. Plastik hitam di kepala aku dibuka kasar dan terlihatlah olehku sebiji kek yang agak besar. Kawan-kawan aku apalagi, gelakkan aku tak habis-habis. Kurang ajar! Seminggu juga aku kena bahan dalam group whatsApp. Tapi aku puas hati. Kawan-kawan ingat hari jadi aku.

    So, tahun ni apa pula kejutannya? Sebab aku dah kena tahun lepas. Ini tahun aku dah prepare siap-siap. Apapun perkara yang mendatang ia adalah sebuah rancangan untuk menyambut hari jadi aku. Aku pandu kereta aku balik rumah, lagi pula tiada apa-apa pun yang kena dengan aku masa balik tadi. Adalah aku perasan-perasan sikit masa ada dua tiga lelaki pandang aku semacam tadi. Tapi aku tengok abang-abang sado tu macam pandang aku lain macam bila aku balas senyuman mereka. Jadinya aku pun cepat-cepatlah menuju ke lif dan menekan tingkat kereta aku park.

CERPEN HARI JUMAATOnde histórias criam vida. Descubra agora