4

4.7K 632 16
                                    

Berkerut-kerut wajahku menahan sakit yang mencucuk-cucuk. Aku berguling, sekejap ke kiri, sekejap ke kanan. Argh, masih tak hilang.

Aku bangun dari pembaringan, berjalan dengan langkah longlai. Tiba di hadapan kabinet, aku capai celebraxe. Ubat tahan sakit yang perlu aku makan bila period pain menyerang. Selesai, aku melangkah semula ke bilik tidur. Menghempaskan tubuh badanku pada katil.

"Aduh dah lah sakit. Sejuk pula tu."

Aku dah mula merungut sendirian. Ni lah bahayanya tinggal sorang-sorang. Tak ada teman nak mengadu sakit. Aku membalutkan seluruh tubuhku dengan selimut seraya memejam mata.

Terpaksa aku ambil cuti hari ni memandangkan aku tak larat. Nak berjalan pun payah inikan pula nak bekerja di saloon yang hectic dengan ragam pelbagai jenis manusia.

Tok tok tok tok...

Siapa pula datang pagi-pagi ni? Jungkook mungkin.

Aku melangkah longlai membuka pintu. Tekaan meleset sama sekali. Seorang wanita yang cantik figuranya menyapa aku dengan sebuah senyuman yang cukup manis.

"Cindy! Jom joging. Awak ni pagi-pagi macam ni tidur je."

Yoona. Tingkat 3 bilik belah kanan. Aku kena hafal nama semua orang yang tinggal di sini bagi memudahkan urusan untuk berkomunikasi dengan mereka.

"Hah? Joging? Saya bukan tak nak, tapi saya period pain. Biasanya kalau hari Ahad, memang saya pergi joging. Hari ni saya ambil cuti dari kerja sebab sakit sangat..."

"Patutlah muka awak pucat sangat, tak apa lah kalau macam tu. Awak rehatlah ya."

Aku menghadiahkan sebuah senyuman walaupun aku tau senyuman aku sungguh tak memberi semangat.

"Eh by the way, sedap kimbap yang awak buat tu. Thanks ya susah-susah je."

"Hehe, mana ada susah. Sekadar kimbap je."

"Saya ni masak pun tak reti. Maggi 2 minit tu je saya pro. Hahaha, okeylah saya nak pergi joging ni nanti panas pula. Awak jaga diri ya Cindy. Kalau perlu apa-apa atau rasa bosan, datanglah bilik saya. Boleh kita kenal dengan lebih rapat lagi."

Dia melambai seraya melangkah pergi. Aku masih tersenyum. Syukurlah dapat jiran-jiran yang baik dan ambil berat. Mataku terarah pada pintu hadapanku.

Kecuali jiran yang ni.

Baru lah aku perasan sesuatu yang aneh. Pintu bilik 'jiran misteri' aku ni, regang sedikit..

Dia curi dengar perbualan aku dengan Yoona ke?

***

Seminggu kemudian...

Angin malam menampar lembut pipiku. Aku berjalan seraya menyepak batu-batu di tepian jalan. Suasana yang gelap menyukarkan pandangan aku. Plastik di tangan aku genggam erat.

Kalau tak disebabkan aku pening kepala, tak payah aku susah-susah keluar cari ubat ni kat farmasi. Dah lah kereta aku tayar pancit. Terpaksa berjalan menyusuri jalan yang gelap gelita ni sebabkan lampu jalan rosak.

Apalah nasib badan.

Aku meneruskan langkah ke apartment. Dalam samar-samar kegelapan malam, aku ternampak sesuatu yang mencurigakan.

Eh, siapa pula tu?

Seseorang yang aku tak pasti identitinya sedang memerhatikan kiri kanannya dari depan pintu apartment, sebelum berlari ke arah aku.

Dia ni penculik ke? Kenapa dia lari kat arah aku?

Aku mula rasa panik bila dia semakin hampir. Semakin laju aku berjalan. Kalau boleh aku nak terbang je terus sampai bilik aku sekarang ni.

Aku berselisihan dengannya. Baru aku nak tarik nafas lega, aku rasakan tanganku digenggam. Perlahan, aku berpaling menghadapnya.

Kenapa....

pain | yoongiWhere stories live. Discover now