16

4.6K 634 59
                                    

Yoongi yang sedang lena dibuai mimpi kelihatan sangat tenang. Cindy menutup pintu bilik tidurnya seraya melangkah ke arah Krystal yang duduk di atas sofa dengan TV terbuka, namun dia kelihatan seperti mengelamun.

"Hah! Mengelamun apa tu?"

Cindy menyergah, mengambil tempat di sebelah Krystal. Tepi bibirnya terlekat plaster yang berwarna pink. Comel.

"Aku.. rasa kesian gila tengok Yoongi tu."

"Dan aku pula tengah runsing dengan apa yang baru jadi. Trauma tau tengok Jungkook macam tu.."

"Hm sekarang baru aku faham, Cindy. Don't judge a book by it's cover, kalau kita ganti dengan situasi kita sekarang ni, don't judge Jungkook and aunty Hara by their faces..."

Cindy menepuk bahu Krystal seraya ketawa kecil.

"Kau ni.. Sempat lagi buat lawak."

Tawa yang masih bersisa hilang bila tiba-tiba Krystal mengutarakan soalan pada Cindy.

"Kau tak rasa ke Yoongi tu kena dera?"

"Huh, bukan setakat rasa je tapi memang pasti pun. Tapi yang aku masih tak faham, kenapa dorang buat kat Yoongi macam tu."

Suasana jeda seketika, yang kedengaran hanyalah suara kartun di kaca TV.

"Dia tengah buat apa?"

"Tidur.."

"Dengan keadaan macam tu kau kasi dia tidur?"

Krystal terngangga.

"Yelah, dah sampai-sampai je dia terus tutup mata."

"Nanti dia bangun kita tanya dia eh apa sebenarnya yang jadi. Tapi serious lah, bahu aku sakit gila. Badan dia kurus je tapi berat macam... peh."

Krystal membuat riak wajah yang menggambarkan dia terkejut.

"Ala kau baru sikit tu. Hari tu aku papah dia sosorang. Kau rasa? Nak patah pinggang aku."

"Emm....."

Kedua-dua gadis itu memandang Yoongi yang sudah tercegat di hadapan pintu bilik tidur Cindy dengan tangannya memegang perut.

"Ah... Awak dah bangun..."

Cindy mengedipkan matanya. Berharap agar Yoongi tak dengar apa yang baru sahaja dikatakan.

"Boleh tak aku nak pinjam tandas?"

Yoongi bersuara lemah. Dia kelihatan tak berdaya untuk berdiri pun. Dia menyandarkan badannya pada dinding.

"Tak payah nak pinjam. Guna jelah. Awak buat je macam rumah sendiri."

Cindy bersuara, menghadiahkan sebuah senyuman pada Yoongi.
Buat pertama kalinya, Yoongi membalas senyuman itu. Cindy terpaku. Walaupun dia kelihatan sangat tak bermaya, itu sudah memadai buat Cindy. Dia tak sanggup untuk terus melihat Yoongi muram.

"Thanks."

Yoongi berlalu ke tandas, meninggalkan Cindy dan Krystal yang berpandangan antara satu sama lain seraya mengukir senyuman.

***

Sup yang masih panas dihirup. Serasa segar tekak yang payau sedari tadi. Cindy menjeling sekilas Yoongi di hadapan yang leka dengan makanan di hadapan mata sementara Krystal galak memerhatikan Yoongi.

"Jangan lah tengok aku macam tu.."

Yoongi membalas pandangan Krystal dengan senyuman. Menambahkan ketampanannya.

"Er sorry saya curious je.."

Krystal tersenyum malu. Pipinya memerah kerana tertangkap memerhatikan lelaki itu.

pain | yoongiWhere stories live. Discover now