14

4.3K 672 54
                                    

"Suis ke ni?"

Cindy menyoal diri sendiri. Rasa macam suis tapi... kenapa macam retak je.. Kepala yang tidak gatal digaru. Disebabkan kemusykilan yang menguasai diri, dia menekan benda yang terasa seperti suis itu.

'Klik!'

Suasana terus menjadi terang. Seketika cuma Cindy tersenyum gembira bila dia tersedar keadaan di dalam bilik tersebut. Dia terpaku.

Dinding di sekelilingnya penuh dengan paku-paku yang tajam- yang membuatkan jarinya terasa menyucuk-nyucuk tadi. Warna merah yang melatari permukaan dinding itu membuatkan bilik itu nampak menyeramkan.

Pandangannya jatuh pada lantai. Matanya membulat tatkala melihat serpihan-serpihan kaca yang berteraburan di atas lantai. Paku-paku yang lebih kecil daripada paku yang terpahat pada dinding bersepah di atas lantai. Cindy melihat kakinya yang terasa sakit sedari tadi.

Darah membuak-buak keluar daripada tapak kakinya. Sekarang dia tahu apa yang dia terpijak tadi. Cindy memandang Krystal di sisi yang turut kelihatan terkejut dengan 'pemandangan' yang baru disaksikan itu.

Bulu roma Cindy berdiri tegak bila melihat katil yang sudah hampir roboh terdapat pisau-pisau dari pelbagai saiz di atasnya. Warna merah yang melatari cadar putih katil itu membuatkan tanggapan pertana Cindy bahawa benda itu adalah darah.

Bilik itu lebih kecil berbanding biliknya. Krystal merapatkan tubuh badannya dengan Cindy. Selepas 5 minit terkaku, Krystal memecahkan kesunyian.

"Cin..dy...."

Cindy menoleh ke arah Krystal. Mereka berkongsi pandangan yang sama- seram.

"Kenapa daripada tadi kau cakap macam tersekat-sekat?"

Cuba untuk menghilangkan debaran di hati dengan mengubah topik perbualan. Kakinya terasa ringan untuk lari daripada bilik itu.

"Ak..u jatuh... mu..lu..t.."

Cindy memeriksa bibir gadis itu. Terdapat sedikit darah yang masih mengalir di bibirnya.

"Kau terjatuh.. paku tu kena mulut kau ke?.."

Cindy mengharapkan gelengan daripada Krystal. Namun sebaliknya yang berlaku apabila Krystal mengganguk.

"Oh my god! We need to go back. Kena letak ubat tu."

Kedua-dua gadis itu mengorak langkah untuk keluar. Mata Cindy menangkap sesuatu yang di cari-cari.

Suga.

Di sebalik almari yang besar.

"Krystal.. Kau nampak tak apa aku nampak?"

Krystal mengganguk. Dia menarik lengan Cindy seraya menggeleng kepalanya berkali-kali.

"Tapi.. Apa yang aku cari dah jumpa. Sia-sia je kita sakit macam ni kalau kita tak-"

Belum sempat Cindy menghabiskan ayatnya, Krystal sudah menarik lengan Cindy. Mereka mengorak langkah ke arah Suga yang duduk tersandar pada almari.

"Suga..."

Lelaki itu sedang duduk mengerekot. Posisinya sama seperti dia mengecilkan diri di bawah meja bilik Cindy hari tu.

Keadaan Suga sungguh menyedihkan. Wajahnya yang putih bersih dihiasi dengan warna biru dan merah. T-shirt putihnya dikotori darah. Bahagian tubuh badannya yang lain ditutupi dengan sweater hitam.

"Kau.. buat apa kat sini..."

Suaranya kedengaran lemah. Cindy melepaskan pautannya pada Krystal dan membongkok menghadap Suga. Tangannya menyentuh lembut pipi lelaki itu. Suga memalingkan wajahnya ke sisi. Enggan memandang Cindy.

"Siapa buat awak macam ni Suga?"

Air mata Cindy mengalir laju. Krystal yang menjadi pemerhati sedari tadi turut mengalirkan air mata melihat keadaan lelaki itu.

"Pergi dari sini sebelum mereka datang. Aku tak nak kau sakit."

Suga menolak Cindy dan cuba untuk bangun. Namun dia tak berdaya. Cindy terpandang sesuatu yang berkilat dan mempunyai kesan darah pada genggaman Suga.

Pisau?

Hati Cindy berdetik risau. Suga.. perlukan bantuan. Apa mungkin dia mempunyai tekanan perasaan sehingga mencederakan diri sendiri?

Berdasarkan keadaan biliknya, Cindy merumuskan Suga mengalami gangguan emosi. Dan sebagai satu-satunya orang yang mengetahui perkara ini, dia harus bertindak.

Sedang masing-masing hanyut dengan pemikiran, pintu bilik berkeriut. Menandakan ada seseorang yang menolaknya dari luar.

Nafas Cindy seakan-akan terhenti. Suga panik begitu juga Krystal.

"Sorok! Masuk dalam almari ni cepat!!"

Cindy yang kehilangan arah dibantu Krystal. Dua gadis itu memuatkan diri mereka ke dalam almari usang tersebut. Mujur, kedua-duanya bertubuh kecil.

Masa seakan-akan tak memberikan mereka peluang untuk menghembuskan nafas lega. Melalui ruangan kecil daripada almari tersebut, dapat dilihat figura yang sangat dikenali Cindy.

Jungkook.

Dia menekup mulutnya agar tidak bersuara. Krystal yang masih runsing dengan apa yang baru berlaku hanya memerhati di sebalik ruang kecil itu.

"Huh, rubbish!"

Jungkook mengherdik Suga yang sudah kelesuan. Tanpa disangka-sangka Cindy, Jungkook menghayunkan penumbuknya pada wajah Suga.

Cindy sedaya upaya menahan dirinya daripada menjerit. Krystal kelihatan menekup mulutnya juga.

"Hei! Kau dengar sini. Jangan kau berani-berani nak bercakap dengan Cindy! Kau nak ke dia tau yang kau tu pembawa sial? Hah?! Tak cukup lagi ke dengan sial yang kau dah bawa kat ayah aku?!"

Suga hanya membisu. Dia mengelap darah yang mengalir di tepi bibirnya.

"Aku tak nak Cindy tu terkena kau punya sial. Sebab tu aku tak bagi kau keluar bilik ni! Tapi kau tak faham bahasa! Tengok apa kau dah buat kat Yoona? Bilik dia boleh terbakar mesti sebab kau punya sial tu lekat dekat dia!!"

Dada Jungkook berombak menahan amarahnya. Pisau di tangan Suga dirampas kasar.

"Kalau kau nak mati sangat, biar aku tolong. Tak payah susah susah nak sakitkan diri. Lepas kau mati baru aman hidup semua orang kat sini!"

Jungkook mengangkat tinggi pisau itu ke udara, bersedia untuk menghunuskannya pada Suga. Suga hanya memejamkan mata. Redha dengan takdir yang bakal menimpa.

"Mampuslah kau!!!"
-----

Auch terasa diri author kejam sebab jadikan si fetus ni jahat :3 So apa pandangan readers tentang fanfic ni? Kalau suka tolong vote lelaju eh hehehehe

Thankyou♡

pain | yoongiWhere stories live. Discover now