17

4.4K 598 53
                                    

Flashback

Aku berlari pulang ke rumah. Perut yang berbunyi minta diisi menambahkan kelajuan pada kaki aku untuk cepat tiba di rumah.

"Yoongi dah balik!"

Aku menjerit seraya membuka pintu rumah. Memaklumkan kepada semua penghuni yang aku sudah pulang.

"Ah dah balik pun anak papa. Come, papa masak makanan kegemaran Yoongi."

Aku melompat kegirangan. Aku memang lebih rapat dan manja dengan papa berbanding mama. Abang aku, Jungkook pula sebaliknya dengan aku.

"Wah sedapnya!! Papa memang chef terbaik, tehehehe."

Papa mengusap rambutku. Serasa seluruh kasih sayangku tumpah buat papa.

Sedang aku dan papa enak menjamu selera, telefon rumah berdering. Aku menyudahkan suapan dan berura-ura untuk bangun. Tetapi papa menghalang.

"Yoongi makan okay. Biar papa angkat."

Aku hanya mengganguk seraya melihat papa yang berbual dengan wajah yang ceria.

Sebaik sahaja papa meletakkan ganggang telefon, aku meluahkan kemusykilan.

"Siapa pa?"

"Oh, mama dengan Jungkook."

"Dorang pergi mana? Kenapa tak balik lagi?"

Setelah nasi ditambah dua kali dan ayam goreng kegemaran aku habis 3 ketul, barulah aku sedar yang mama dan abang tak ada. Kerana pada aku, kalau ada papa, semua dah lengkap.

"Mama pergi sekolah Jungkook. Jungkook dapat tempat pertama."

"Eh~ Abang ni asyik dapat tempat pertama je. Yoongi ni tak pandai eh papa?"

Aku mencebikkan bibir.

"Mana ada, Yoongi pun pandai. Anak-anak papa semua pandai."

"Tapi kenapa Yoongi tak pernah dapat tempat pertama?"

"Hm, tu sebab Yoongi kena usaha lagi. Okay? Anak papa kan bijak."

Aku tersenyum. Berpuas hati dengan jawapan papa. Nampaknya aku kena berusaha lebih untuk jadi macam abang Jungkook.

Usai makan, aku membantu papa mengemaskan pinggan dan cawan.

"Papa...."

"Ya sayang."

"Boleh tak Yoongi nak minta sesuatu?"

Aku memandang papa dengan penuh pengharapan.

"Apa dia? Papa akan cuba tunaikan."

Papa tersenyum.

"Em, Yoongi teringin nak kek yang mama beli untuk abang hari tu. Yoongi tak sempat makan pun sebab abang dah habiskan..."

"Alo kesian anak papa ni. Okay sekarang ni Yoongi pergi siap, kita pergi kedai kek."

"Betul ke papa? Yay!!! Sayang papa."

Aku berlari memeluk pinggang papa. Ketinggian aku cuma paras pinggang papa je. Aku sendiri musykil kenapa abang tinggi tapi aku pendek.

Bila aku tanya papa, dia kata.

"Sebab Yoongi kecik lagi. Nanti Yoongi dah besar, Yoongi pun tinggi macam abang."

Sementara melayan perasaan dan mengingati segala kenangan dengan papa, aku bersiap. Senyuman kegirangan terukir pada bibir.

"Papa! Yoongi dah siap."

"Wah handsomenya anak papa. Jom."

Papa memandu kereta membelah jalan raya. Pelbagai perkara yang aku bualkan dengan papa. Setibanya di kedai kek, papa membelikan kek yang aku idam-idamkan.

pain | yoongiWhere stories live. Discover now