12

4.5K 603 29
                                    

Kopi yang masih panas dihirup. Cindy melirik pada Suga yang duduk membisu di hadapannya.

Kedua-duanya hanya diam seribu bahasa. Sehinggalah telefon bimbit Cindy berdering.

Gadis itu menjawab panggilan dengan nada suara yang ceria. Suga hanya memerhatikan Cindy.

"Hello! Ah Jungkook, ya ya. Yoona? Bilik Aunty Hara? Okay saya datang kejap lagi. Nak tukar baju sekejap ya."

Cindy mematikan panggilan seraya berkata

"Suga, Jungkook kata Aunty Hara buat makan-makan sikit sempena Yoona yang dah sembuh dan bilik dia dah fix. Awak pergilah tukar baju so kita pergi....."

Cindy mengerutkan dahinya. Suga.. Hilang lagi. Dia memandang ke arah pintu yang terbuka luas. Dia dah balik bilik dia ke?

Hm, kenapa dia macam nak jauhkan diri dari orang?

***

"Masuklah Cindy kenapa tercegat depan pintu tu?"

Aunty Hara menggamit Cindy yang berdiri kaku di hadapan pintu biliknya. Gadis itu tersenyum manis sebelum meneruskan langkah.

"Cindy terkejut sebab banyak sangat makanan.. Macam nak buat kenduri je."

"Hahaha, saja aunty masak lebih. Boleh bagi jiran-jiran sikit. Kalau kamu nak bawa balik ambiklah ya. Jangan segan-segan nanti rugi."

Cindy melabuhkan punggungnya pada karpet berbulu milik Aunty Hara bersebelahan dengan Jungkook dan Yoona yang sedang rancak berbual.

Sedang mereka rancak berbual, Cindy teringat sesuatu.

"Eh, mana kembar tu?"

"Dorang pergi beli aiskrim."

Jungkook membalas seraya membalikkan daging yang sedang dimasak.

"Jeon Jungkookieee~ Yoonaaa~"

"Aunt~~ Eh Cindy pun dah ada."

Namjoon berkata selepas meletakkan plastik aiskrim yang baru dibeli ke dalam peti sejuk sementara Seokjin mengambil tempat di hadapan Cindy.

"Hah, panjang umur. Baru disebut."

Aunty Hara mengangkat periuk yang berisi sup kimchi dan diletakkan di atas meja.

"Er, mana Suga?"

Suasana tiba-tiba menjadi sunyi.

"Suga? Siapa tu?"

Yoona menyoal dengan wajah yang berkerut habis.

"Lelaki yang tinggal depan bilik saya. Awak tak kenal dia ke?"

"Oh.. yang Jungkook dengan awak asyik panggil 'jiran misteri' tu ke?"

Cindy mengganguk.

"Awak dah tau nama dia? So, dia bukan misteri lagilah kan, hahahaha."

"Hehe, nampaknya macam tulah."

"Cindy...."

"Ya aunty?"

"Kamu jangan rapat sangat dengan budak tu, kita tak tahu asal usul dia. Dia asyik memencilkan diri je."

"Entahnya, sombong gila."

Jungkook menambah.

Sombong? Cindy menggaru kepala yang tak gatal. Aku rasa dia tu perlu kasih sayang adalah.

Tapi sebab tak nak topik ni dipanjangkan, Cindy hanya mengganguk dan tersenyum.

***

Usai makan, mereka membantu Aunty Hara untuk mengemas segala perkakas yang digunakan. Bersepah semuanya.

Jungkook menghampiri Cindy yang sedang mencuci pinggan seraya membantu gadis itu. Sedang mereka berbual-bual, terdengar ketukan daripada luar pintu. Aunty Hara bergegas membukanya.

"Siapa?"

Sebaik sahaja dia membuka pintu, wajah Suga terpacul dengan mask berwarna hitam di muka dan pakaian rasminya- sweatshirt hitam.

Serta-merta senyuman terbit di bibir Cindy. Dia meninggalkan pinggan yang belum habis dicuci kepada Jungkook dan melangkah ke arah Suga.

"Suga! Awak datang pun."

Suga hanya memandang sekilas Cindy yang menghampiri. Aunty Hara menghalang Cindy daripada terus dekat Suga.

"Cindy, kamu pergi tolong Jungkook tu. Aunty nak cakap dengan dia kejap."

"Eh? Aunty kenal ke dia? Saya baru ingat nak kenalkan dia dekat semua orang hehe."

Namun suasana sunyi. Yoona, Namjoon dan Seokjin meneruskan kerja mereka manakala Jungkook memerhatikan Cindy dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.

"Em kalau macam tu, tak apalah. Saya pergi dulu."

Cindy menunduk hormat pada Suga dan berlalu ke dapur untuk menyambung 'pekerjaannya'.

***

Seminggu kemudian...

"Wah cantiknya bilik kau!"

"Eh mana ada, biasa-biasa je. Kau duduk lah dulu. Aku buat air kejap."

"Tak payah lah susah-susah Cindy. Kau bagi aku tumpang ni pun dah cukup baik."

Krystal melabuhkan punggungnya pada sofa seraya menarik Cindy untuk duduk di sebelahnya.

"Apa pula tumpang. Kau kan kawan aku mestilah aku tolong kau."

"Hm tulah, kalau tak disebabkan parents aku kena pergi outstation, tak adalah aku susahkan kau. Aku ni pun masalah juga, takut tinggal sorang."

Krystal ketawa kecil diikuti Cindy.

"Tapi kat sini lagi menakutkan daripada rumah kau, aku rasa."

"Eh, kenapa pula...."

Krystal membesarkan matanya yang sudah sememangnya bundar.

"Sebab malam-malam aku selalu dengar benda bertukang."

"Ala, tu orang nak repair benda lah. Takkan hantu bertukang. Hahahaha."

"Hm, aku still musykil sebab kadang ada bunyi orang menangis, mengamuk, pecah kaca dan yang seangkatan dengannya."

Cindy memandang Krystal seraya berfikir sejenak. Dah seminggu aku tak nampak Suga. Tapi tiap-tiap malam aku dengar bunyi-bunyi tu. Bila aku pergi bilik dia, tak pula dibukanya.

"Kalau macam tu....."

Semakin lama, Cindy merasakan tubuh badan Krystal semakin dekat dengannya.

"Weh, apa ni, panaslah.. Jauh sikit."

"Aku rasa betullah tu hantu..."

Krystal memejamkan matanya seraya merangkul lengan Cindy.

"Aku pun rasa macam tu.. Krystal, macam mana kalau aku bukan Cindy?"

•comment•
•vote•

Thankyou♡

pain | yoongiWhere stories live. Discover now