18

4.5K 598 28
                                    

Sepanjang Yoongi bercerita, tangannya menggengam erat tangan Cindy. Cuba mencari kekuatan. Air mata yang ingin ditahan, akhirnya jatuh. Apalah sangat menunjukkan air mata itu pada Cindy jika nak dibandingkan dengan apa yang sudah dilalui.

"Hah... Lepas tu kitorang kena halau daripada rumah tu sebab mama tak dapat bayar sewa.. Dia tinggalkan aku dekat satu lorong. Aku hilang arah masa tu.. Aku hidup tanpa tujuan sampailah aku umur 15 tahun. Aku mengemis makanan.. Sehinggalah satu hari, aku terjumpa seorang pakcik ni. Dia baik, dia tolong aku dapatkan keluarga angkat. Sebab aku tak nak keluarga angkat aku tau kisah silam aku, aku tukar nama aku jadi Suga.."

Yoongi berhenti seketika. Menarik nafas untuk meneruskan ceritanya. Air mata yang mengalir daripada pelupuk mata Cindy ibarat air terjun tika itu.

"Tapi akhirnya keluarga angkat aku tau kisah silam aku.. Sebab mama cari aku dan dia berjumpa dengan keluarga angkat aku. Dia ceritakan semuanya pada mereka. Mereka serahkan aku pada mama. Aku tak tau macam mana mama dapat apartment ni.. Yang aku tau, mama paksa aku tinggal dekat sini. Dia tak kasi aku keluar... Sebab tu aku selalu keluar malam je.. aku takut.. aku takut dia tau. Kalau aku tertangkap, Jungkook akan pukul aku, kadang-kadang dia bawa kawan dia untuk lepaskan marah pada aku.. Sakit Cindy.. Terlalu sakit.."

Cindy menggengam erat tangan Yoongi. Dia tak sanggup lagi untuk mendengar kisah Yoongi.

"Yoongi.."

"Tak apa.. Aku tau kau mesti susah nak percaya semua ni tapi tulah yang terjadi. Buat pengetahuan kau, kaulah orang pertama yang tau pasal ni selain mama dan Jungkook."

"Kenapa awak cerita semua ni dekat saya, Yoongi? Saya-"

"Sebab aku percaya kau. Lagi pun kau orang pertama yang berani cakap dengan aku."

Yoongi tersenyum, menyeka air matanya yang masih bersisa.

"Kenapa kau menangis lebih daripada aku ni? Tsk."

Yoongi menyapu air mata yang masih mengalir di pipi mulus Cindy.

"Meh sini.."

"Hah?"

Yoongi menarik Cindy ke dalam pelukkannya sekali lagi. Kali ini terlalu erat, seakan-akan enggan dilepaskan.

"Umf.. excuse me Min Yoongi. Saya dah sesak nafas ni."

"Ah, sorry. Hehehe."

Yoongi meleraikan pelukkannya seraya tersenyum.

"Dah lama rasanya aku tak senyum macam ni. Thanks.. Song Shihye."

"Wah! Awak ingat nama betul saya!"

Cindy menepuk tangannya, wajahnya bertukar ceria.

"Dah kau pergilah tidur..."

"Awak okay ke kalau saya tinggal ni?"

"Isk aku dah besar lah aku okay je.."

Cindy ketawa kecil seraya mengganguk. Dia mengusap rambut lembut Yoongi.

"Awak pun tidur okay, goodnight!"

Yoongi menghantar Cindy dengan pandangannya. Hatinya berasa tenang, mindanya terasa lapang bila dia dapat meluahkan kepada gadis itu. Masih tersisa sedikit perkara yang tidak diceritakan pada Cindy. Kiranya, perkara itu akan diberitahu bila tiba masanya.

Dia memejamkan mata. Mengharapkan hari-hari yang mendatang akan menjadi lebih baik.

***

Keesokkan paginya, Cindy terjaga daripads tidurnya bila dia terasa sesuatu mendarat tepat di atas wajahnya.

"Aduh!! Sakitlah Krystal!"

Kaki Krystal cantik mendarat pada wajahnya. Cindy menepis kaki gadis itu. Menyebabkan Krystal terjaga.

"Hmm.."

"Bangunlah! Kita kena pergi kerja ni."

Cindy menepuk-nepuk kaki Krystal.

"Okey.. Kau pergilah dulu."

Cindy akur. Jam di dinding dijeling sekilas.

"Dah pukul 7 ni. Pukul 8 aku gerak kalau kau terbongkang camni aku tinggal je kau."

Krystal menunjukkan tanda okay menggunakan jarinya yang runcing.

Selesai bersiap, Cindy mengejut Krystal sekali lagi sebelum melangkah ke dapur untuk membuat sarapan.

"Omo!!"

"Uih kau kenapa pagi-pagi dah menjerit terkejut aku."

Kedua-duanya memegang jantung yang berdegup kencang.

"Awak buat apa dekat dapur ni? Saya yang patut terkejut tengok orang yang pakai serba hitam macam ni dalam rumah saya."

"Tehee. Aku ingat nak masak. Tapi aku tak jumpa apa-apa yang boleh dimasak pun."

"Oh, barang dapur dah habis. Hari ni kita makan roti bakar je lah."

Yoongi mengganguk. Dia membakar roti sementara Cindy membancuh teh.

"Wow. Suasana apakah ini?"

Krystal muncul dengan wajah yang segar.

"Hah bangun pun sleepyhead! Dah makan cepat."

Cindy dan Krystal rancak berbual. Yoongi pula hanya mendiamkan diri seraya menyuapkan roti ke dalam mulutnya.

"Cindy.."

Yoongi mematikan perbualan rancak dua orang gadis itu.

"Aku balik bilik aku kejap lagi tau."

"Eh, tapi nanti-"

"Tau tapi aku tak boleh sorok dalam bilik kau. Nanti kau pula kena..."

"Tapi-"

"It's okay."

Yoongi menghadiahkan sebuah senyuman menandakan semuanya akan baik-baik sahaja.

"Sebelum awak pergi, letak ubat dulu dekat lebam tu okay. Ada dekat dalam laci dalam bilik saya."

Yoongi mengganguk.

***

Pulang daripada saloon, Cindy dan Krystal terus membaringkan diri pada katil. Serasa segala keletihan terubat.

"Cindy, kau rasa Yoongi tak apa-apa ke?"

"Tadi kita lalu bilik dia, dia senyap je. Tak ada apa kot."

Masing-masing cuba untuk menenangkan diri. Selepas mandi, mereka tidur dengan lenanya.

Sehinggalah...

pain | yoongiUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum