5

4.6K 676 56
                                    

Kenapa dia pegang tangan aku?

Aku menarik tanganku dari genggaman dia. Sekilas aku perhatikan wajahnya. Apa yang aku nampak dalam kesamaran cahaya bulan cumalah sepasang matanya yang galak merenung aku. Tak menakutkan, tapi pandangannya seakan-akan... kesedihan.

Tersedar dari pukauan matanya, aku mengorak langkah seribu ke hadapan apartment. Tercungap-cungap aku cuba mencari nafas. Sampai di dalam bilik, aku mengunci pintu.

Malam tu aku tidur lena. Sebab tak ada bunyi orang bertukang macam malam-malam sebelum ni.

***

Mata tercelik dari lena yang indah, bila cahaya matahari pagi menggangu tidur. Aku mengeliat malas. Hari ni hari Ahad. Saloon tutup, dan aku perlu berjoging.

Nak menangis aku rasa bila timbang berat semalam. Naik mendadak. Mesti sebab orang-orang kat apartment ni rajin hantar makanan dekat aku.

Selesai menyarungkan kasut sukan di kaki, aku berjalan ke arah tangga.

Eh, apa ni?

Aku melihat benda yang aku dah terlanggar tadi. Kotak susu lagi? Sejenak aku berfikir. Ni mesti 'jiran misteri' punya. Dah dia je yang tinggal tingkat ni dengan aku. Aku mana ada order susu.

Aku beranikan diri untuk ketuk pintu bilik dia. Hasilnya? Hampa. Tetap tak dibuka. Aku meletakkan kotak susu tadi pada depan pintu biliknya.

Baru saja aku nak melangkah pergi, aku terdengar bunyi berkeriut. Bunyi pintu dibuka.

Dia buka pintu?

Serta-merta aku berpaling ke belakang. Pintu tu hanya dibuka sikit dari dalam. Aku tak dapat nampak sesiapapun di sebalik pintu.

Ni rumah hantu ke apa? Perasaan gerun mula menular dalam diri. Tiba-tiba, wajah seseorang muncul di balik pintu bilik tu.

Apa yang aku nampak hanyalah separuh matanya. Mata tu.... kelihatan sangat sedih. Macam pernah aku nampak je?

Suasana jeda seketika. Bila aku tersedar yang aku patut bagi kotak susu tadi, cepat-cepat aku hulurkan pada dia.

"Er.. Ni awak punya kan?"

Sunyi.

"Sorry kalau saya ni menyibuk. Tapi tiap-tiap pagi saya nampak kotak susu di depan bilik awak. Kalau tak minum kenapa awak langgan?"

Masih sunyi.

Aku menggaru kepala yang tak gatal. Nak cakap apa lagi ni? Dia hanya memandang kosong wajahku dengan sepasang matanya yang kelihatan suram.

Aku menghulurkan kotak susu tadi padanya melalui bukaan pintu yang sangat kecil tu. Dia menyambutnya dan terus menutup pintu. Aku tercenggang.

***
Sup kimchi yang sedang menggelegak aku pandang. Ditambah dengan bau daging bakar membuatkan aku menelan liur.

Angin sepoi-sepoi bahasa meniup lembut. Petang yang indah. Lepas hujan kalau makan sup panas-panas memang nikmat.

Aunty Hara yang sedang mengacau sup aku pandang. Seketika cuma pandanganku beralih pada Jungkook dan Yoona yang sedang mengril daging di atas pemanggang sambil bergurau senda.

Suasana bertambah meriah dengan kehadiran kembar Kim Namjoon dan Kim Seokjin. Pandangan aku jatuh pada mereka yang sedang bergembira mengambil gambar dari pelbagai sudut. Hantu selca ditemui di apartment, huhu.

Lengkap semua penghuni apartment ni berkumpul di rooftop yang luas. Aunty Hara yang ajak buat makan-makan sempena perpindahan aku ke apartment ni. Katanya dari first day aku datang nak buat, tapi tak sempat. Masing-masing sibuk dengan kerja.

Kejap. 'Jiran misteri' tak ada dekat sini. Makanya tak lengkaplah.

"Aunty..."

"Ya Cindy?"

"Boleh tak kalau saya nak ajak 'jiran misteri' makan sekali?"

Aunty Hara mengerutkan dahinya.

"Siapa tu?"

"Ala, budak yang setingkat dengan Cindy tu. Yang tak pernah keluar rumah."

Jungkook menyampuk.

"Oh dia tu. Pergilah panggil. Tu pun kalau dia nak."

"Peratus kemungkinan dia buka pintu cumalah 0.1% tau Cindy."

Namjoon berkata seraya tersengih mempamerkan giginya cantik tersusun.

"Tak apa, saya nak cuba juga ajak dia. Nanti dia ingat kita pinggirkan dia."

Aku bangun dari tikar yang dibentang, menyarung selipar dan berlari menuruni anak tangga. Misi yang sangat mencabar sedang menanti.

•comment•
•vote•

Thankyou♡

pain | yoongiWhere stories live. Discover now