15

4.4K 628 116
                                    

"Min Jungkook!"

Jungkook terhenti. Suara wanita itu... Ya Cindy amat pasti suara itu milik..

Aunty Hara.

"Kenapa ma? Kenapa hentikan Jungkook?? Sampah ni memang patut mati je. Tak ada guna lah kita simpan dia. Buat habis beras je! Tuih!"

"Sabar sayang... Kita mana boleh buat dia macam tu.. Betul tak, Min Yoongi?"

Aunty Hara tersenyum sinis seraya memandang Suga.

'Min Yoongi? Nama betul dia ke? Kejap kenapa aunty Hara panggil kookie Min Jungkook? Bukan nama dia Jeon Jungkook ke?'

Minda Cindy terasa seperti akan meletup bila-bila masa sahaja memikirkan semua perkara yang terjadi dalam satu hari ini.

"Huh, mama buatlah apa ma nak. Jungkook tidur lagi bagus."

Jungkook berpaling dan ingin melangkah keluar. Tetapi ditegah aunty Hara.

"Kamu tak nak tengok ke? Mama nak bagi dia makan ni."

Serta-merta wajah Jungkook bertukar ceria. Dia mengganguk berkali-kali. Aunty Hara tersenyum seraya mengusap pipi Jungkook.

Sebaik sahaja pandangannya jatuh pada Yoongi, senyumannya mati. Mencerlung mata itu memandang Yoongi yang tidak berkutik sedari tadi. Hanya nafasnya yang kedengaran lemah.

"Kau mesti lapar kan? Kau nak makan?"

Yoongi menggelengkan kepalanya berkali-kali. Wajahnya mempamerkan riak yang dia ketakutan.

"Tolong.. jangan.. Yoongi sakit, ma..."

"Hoi! Berapa kali aku nak cakap jangan panggil aku mama! Aku bukan mama kau lah! Aku tak ada anak sial macam kau! Sekarang kau bukak mulut! Karang aku tak bagi makan, kau bising!!"

Cindy terkedu. Mulutnya mengganga sedari tadi. Krystal yang memerhatikan adegan itu turut tercenggang. Berkali-kali dia mengedipkan matanya cuba mensahihkan apa yang dilihatnya benar dan bukan khayalan.

Aunty Hara mengeluarkan tupperware berwarna putih dari dalam beg yang dijinjing sedari tadi. Dia membuka penutup bekas makanan itu dan meletakkannya di hadapan Yoongi.

Terasa sesak dada Cindy tatkala melihat isi bekalan itu. Hidungnya menangkap bau yang tak menyenangkan.

Yoongi menggeleng.

"Yoongi kenyang.. Yoongi-"

"Kau makan je boleh tak?!! Memekak lah."

Jungkook menampar kasar pipinya. Buat kesekian kalinya, air mata gugur di pipi pucat Yoongi. Perlahan-lahan, dia mencapai bekal makanan itu.

Dengan tangan yang menggigil, Yoongi mengaut nasi yang sangat lembik pada pandangan Cindy.

'Kenapa dia sampai menangis? Teruk sangat ke masakan aunty Hara? Haish serabutnya otak aku!'

Cindy mengetuk-ngetuk kepalanya cuba menghilangkan kesakitan.

"Good! Now makan! Ambik sekali lauk tu. Penat aku perap 5 hari tau khas nak kasi kau makan."

Aunty Hara tersenyum puas. Jungkook memeluk tubuh. Matanya galak memerhatikan perbuatan Yoongi.

Yoongi menyuapkan nasi ke dalam mulutnya. Matanya terpejam tatkala ingin menelannya. Kemudian tangannya mencapai sesuatu yang berupa ayam.

Tapi kenapa merah semacam je ayam tu? Krystal menyoal dirinya.

"Cepatlah! Aku tak ada masa nak tunggu kau habis! Terhegeh-hegeh."

"Its' okay ma. Biar Jungkook tolong dia supaya cepat sikit."

Jungkook menghampiri Yoongi. Dia memegang tangan Yoongi.

"Ambik ayam tu cepat!!"

Yoongi menurut.

Sebaik sahaja ayam tersebut berada pada tangan Yoongi, Jungkook menyuapkan-- memasukkan ayam tersebut ke dalam mulut Yoongi dengan kasar. Keadaan tersebut berterusan sehingga tiada sebutir nasi pun yang tinggal di dalam bekas tersebut.

"Good boy!"

Jungkook mengusap kepala Yoongi.

"Dah jom pergi, ma. Jungkook kena basuh tangan la takut terlekat sial dia dekat Jungkook."

Mereka berdua mengorak langkah untuk keluar dari bilik itu. Meninggalkan Yoongi dengan deraian air mata.

Tiba-tiba, keadaan menjadi gelap. Krystal memeluk Cindy seraya menjerit kecil.

"Shhh...."

"Dorang dah pergilah.. Tadi aku dengar bunyi pintu tertutup."

"Fuh.. nasib baik."

Cindy menghembuskan nafas lega.

"Tapi kenapa gelap tetiba ni?"

"Probably dorang tutup lampu. Eh tepilah aku nak keluar. Nak patah dah kaki aku duduk dalam ni."

Cindy menolak perlahan tubuh Krystal seraya membuka pintu almari dengan penuh berhati-hati. Takut roboh.

Keadaan di dalam bilik itu gelap. Seperti keadaan semasa mereka tiba tadi.

"Sug- no Yoongi... Kejap saya on lampu dulu."

Dengan mudah Cindy menjumpai suis lampus tersebut. Kerana susun atur bilik Yoongi yang lebih kurang dengan biliknya, memudahkan dia untuk mengingati di mana suis tadi berada.

"Cindy!! Kaki aku tersepit."

Cindy mendapatkan Krystal yang masih di dalam almari. Dia membantu sahabatnya itu untuk keluar.

"Mulut kau dah okay ke?"

"Hm dah tak sakit sangat so dah boleh cakap."

Cindy mengganguk. Pandangannya beralih pada Yoongi yang masih duduk berteleku di atas lantai dengan matanya tertutup.

"Yoongi....."

"Aku.. Aku penat.. dengan semua ni.."

Yoongi membuka matanya seraya memandang Cindy. Matanya memerah dengan kesan air mata yang masih mengalir.

Yoongi! (T_T)

pain | yoongiWhere stories live. Discover now