6

4.5K 643 51
                                    

10 minit berlalu sejak aku berdiri di hadapan pintu bilik dia. Aku masih teragak-agak. Patut ke aku ketuk?

Aku mengganguk perlahan. Aku kena keluarkan dia dari dunia misteri dia ni.

Sebenarnya, aku cuba nak selesaikan curiousity yang bertamu dalam minda ni sejak aku pindah ke sini.

"Hello..."

Aku mengetuk pintu seraya memanggil penghuninya. Cukup 5 ketukan, pintu dibuka perlahan dari dalam.

Seorang lelaki menjenguk dengan separuh badannya masih di dalam bilik.

"Er, hai. Jom.. makan-"

'PAP'

Pintu ditutup. Aku terkedu. Ayat aku pun boleh habis, dia dah tutup pintu. Dahlah aku tergagap tadi. Ish.

Aku melangkah longlai menuju ke rooftop. Misi gagal.

***
Aku terjaga dari tidur bila terbau sesuatu yang menyesakkan dada. Haih, dah lah aku susah nak tidur sebab bunyi bising orang bertukang, baru dapat tidur, terjaga pula.

Aku cuba mengendahkan bau tadi dan cuba menutup mataku kembali untuk tidur.

"Cindy!! Cindy buka pintu!!!"

Hah, dah kenapa pula tu? Tu macam suara Jungkook je.

Aku bergegas ke pintu dan membukanya dalam keadaan mamai. Belum sempat aku utarakan apa-apa soalan sebab kenapa dia nampak sangat panik, dia terlebih dahulu menarik tanganku.

"Eh, Jungkook kenapa ni? Saya tak pakai kasut ni."

Terkocoh-kocoh aku kembali ke bilik mendapatkan kasut. Menuruti langkah Jungkook menuruni tangga ke tingkat bawah. Dah ramai orang berkumpul di sekeliling apartment tu. Barulah aku tersedar situasinya sekarang.

Ada kebakaran yang sedang berlaku. Bau yang menyesakkan tadi pastinya bau asap. Patutlah Jungkook panik sangat.

"Apa yang terbakar, Jungkook?"

"Yoona, dia terlupa nak tutup api masa masak air."

"Hah?! Habis tu mana Yoona?"

Aku mencari kelibat gadis itu. Tapi tak ada pun.

"Dia dibawa ke hospital sebab dia pengsan tadi masa Jungkook jumpa dia."

Aku mengganguk. Nasib baiklah aku tersedar. Tiba-tiba aku teringat seseorang.

"Jungkook, mana 'jiran misteri'...?

Jungkook memandang aku dengan wajah yang gusar.

"Awak tak ketuk pintu bilik dia ke?"

Dia menggeleng. Aku tercenggang.

"Saya betul-betul lupa. Dia selalu-"
Aku tak sempat dengar ayat yang seterusnya dari Jungkook. Kaki aku berlari sepantas yang mungkin ke tingkat 2.

Ketukan bertalu-talu aku hadiahkan pada dia. Aku mula panik bila tiada sahutan. Apa yang membimbangkan aku ialah, bilik Yoona betul-betul di atas bilik dia. Takut api tu merebak.

Aku mula menjadi tak sabar. Macam nak roboh pintu tu aku kerjakan. Mata dah semakin pedih sebab asap yang mula melatari udara.

"Cindy!"

Jungkook datang dari belakang dalam keadaan termengah-mengah.

"Eh, awak kenapa kat sini?"

"Takkan lah saya nak tengok je awak naik sorang-sorang!"

Dia macam marah je... Baru aku nak jawab, terdengar bunyi keriutan pintu. Automatik pandangan aku beralih.

Lelaki tu masih sama seperti sebelum-sebelum ni. Hanya sebelah wajahnya yang sahaja yang dapat aku lihat.

Aku menarik pintu bilik tu sehingga terbuka luas disebabkan aku geram terlampau. Dia ingat ni game 'cuba teka mana separuh lagi wajah saya' ke?

Aku terpaku.

Seorang lelaki yang sangat tinggi dengan kulit yang putih bersih, matanya yang redup dengan kesedihan memandang tepat ke arah mataku. 'Jiran misteri'... sedang berdiri di hadapan aku.

Seketika aku terpegun dengan ketampanan yang dimilikinya. Tshirt berwarna kelabu yang tersarung pada tubuh badannya menambahkan ketampanan dia.

"Cindy, cepat. Lagi lama kat sini, kita boleh sesak nafas."

Jungkook memegang tanganku, ingin menarik aku pergi. Aku tersedar dari lamunan.

"Kita kena keluar dari bangunan."

Aku berkata seraya memandang ke arahnya. Dia hanya memandang kosong wajahku. Aku tak dapat nak lihat apa yang ada di dalam biliknya sehinggakan dia tak nak keluar. Apa yang aku nampak di belakangnya hanyalah kegelapan. Pastinya dia tutup lampu.

Aku berpusing dan mengikuti langkah Jungkook menuruni anak tangga seraya memerhatikan dia di belakangku yang berjalan dengan riak wajah yang sukar ditafsirkan.

pain | yoongiHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin