8

4.5K 630 25
                                    

Benda pertama yang aku nampak sebaik sahaja aku buka pintu bilik hospital tu ialah wajah Jungkook.

"Macam mana keadaan dia?"

"Nasib baik tak ada apa yang serious. Dia pengsan sebab sedut asap tu banyak sangat. Dah sedar dah pun tu tengah makan."

Jungkook tersenyum seraya menunjuk ke arah Aunty Hara yang sedang menyuap Yoona makan.

"Fuh lega saya dengar tu. By the way, saya datang dengan Sug-"

Aku mencari figura Suga di sekeliling bilik. Mana pula dia pergi? Sampai ke luar hospital aku cari.

Tak ada.

"Siapa Cindy?"

"Err, tak ada apalah..."

Betul ke tadi dia naik dengan aku?

***
'PRANGG!'

Bunyi kaca terjatuh menyedarkan aku dari lena. Kelam-kabut aku bangun mencari arah bunyi tadi dengan mata separuh tertutup.

Aku menangkap satu figura di dalam kegelapan sedang berusaha mencapai sesuatu di lantai. Aku tersenyum kecil seraya bangun daripada pembaringan di atas sofa dan menuju ke arah figura itu.

"Yoona, lain kali nak apa-apa kejutkan lah saya."

Yoona hanya tersenyum melihat aku mengutip serpihan kaca yang berteraburan di atas lantai.

"Sorry, saya tak nak susahkan sesiapa. Cukuplah awak dengan Jungkook sanggup temankan saya dekat sini."

"Ish, ada pula cakap macam tu. Kita ni kan jiran. Mestilah ambik berat antara satu sama lain. Awak nak minum air kan?"

Memandangkan yang pecah tadi adalah gelas, makanya aku membuat kesimpulan yang Yoona dahaga. Dia perlukan air. Orang sakit memang kena minum banyak air.

Aku menuangkan air ke dalam gelas daripada jag yang sudah tersedia di atas meja. Aku hulurkan gelas tadi pada Yoona dan menarik kerusi untuk duduk di sebelahnya.

"Cindy boleh tolong buka lampu? Saya tak boleh tidur dalam gelap dengan lena. Sebab saya senang terjaga."

Aku hanya menurut. Switch on pada plak aku tekan. Serta-merta bilik yang tadinya suram bertukar terang.

"Awak memang tidur pasang lampu eh?"

Angguk.

Wow. Tak dapat aku bayangkan tidur bertemankan cahaya lampu yang terang-benderang macam ni.

"Awak rehatlah. Muka awak pucat sangat tu. Mesti awak terkejut kan?'

"Hm, silap saya juga. Saya cuai.... Dah menyusahkan satu apartment. Kesian aunty Hara nanti nak kena repair bahagian yang terbakar. Mesti dia tak suka saya kan, Cindy?"

Yoona menundukkan wajahnya. Sayu.

"Isk, janganlah cakap macam tu. Kalau dia tak suka tak adalah dia datang melawat awak. Dia sangat risaukan awak tau."

Aku menepuk bahunya dengan tujuan menenangkan.

Tiba-tiba, kelibat seseorang berlari di luar pintu bilik wad Yoona kelihatan. Sekilas aku lihat, macam baju yang Suga pakai tadi.

"Kejap eh Yoona. Saya nak pergi tandas."

Tanpa menunggu balasan daripada Yoona, aku melangkah secepatnya ke arah pintu. Tombol pintu aku pulas dan tolak.

Kenapalah aku ni suka sangat curious pasal orang lain? Memang sifat semulajadi kau Cindy. Nak buat macam mana..

Aku membuka mataku seluasnya dengan harapan aku dapat berjumpa dengan makhluk yang aku cari-cari sedari tadi.

'TAP'

Bahuku ditepuk dari belakang. Aku memalingkan wajah mencari punca tepukan tadi dan..

Aku lihat Suga dibelakang dengan wajahnya yang tiada ekspresi dan matanya yang penuh dengan kesedihan. Rambutnya yang berwarna grey kelihatan berkilat di bawah cahaya lampu.

"Suga! Mana awak pergi hah? Penat saya cari tetiba je awak hilang."

Aku mula mencekak pinggang dan membebel seperti emak memarahi anaknya yang pulang lewat ke rumah.

"Aku tak suka jumpa orang."

"Hah, habis tu saya ni bukan orang?"

"Kau lain..."

Kata-katanya mati di situ bila tiba-tiba dia rebah jatuh ke lantai. Aku panik.

"Suga! Hey Suga!! Kenapa ni?!"

Aku memangku kepalanya seraya menepuk-nepuk secara cemas pipinya yang seputih gula.

Barulah aku tersedar sesuatu. Kepalanya... berdarah.

pain | yoongiWhere stories live. Discover now