19

4.4K 585 50
                                    

"Krystal.. Apa benda tu?"

Cindy menggoncang tubuh badan Krystal yang masih lena tidur.

"Krystal! Bangunlah. Aku takut ni.."

Bunyi ketukan pada pintu biliknya yang sangat kuat menyedarkan Cindy daripada lenanya. Dia mula menggigil bila bunyi itu semakin lama semakin kuat.

Apa yang menghairankan Cindy, Krystal masih nyenyak tidur bagaikan tiada apa-apa yang menggangunya.

Cindy menutupi seluruh badannya menggunakan selimut. Dia mengira biri-biri untuk membuatkan dirinya mengantuk. Namun hampa, cara itu tidak berkesan buat masa sekarang.

Telefon dicapai. Lagu dipasang pada volume yang paling tinggi.

"Duh, kau kenapa ni Cindy? Buka lagu tak boleh kuat lagi? Apalah gunanya earphone...-"

Krystal meneruskan bebelannya walaupun matanya masih tertutup.

"Sekarang bukan masa untuk tidur lah Krystal. Kau dengar tu bunyi tu?"

Cindy mematikan lagu yang dipasang. Kedua-dua gadis itu memasang telinga dengan sepenuhnya.

Namun tiada apa-apa bunyi seperti yang dikatakan Cindy. Krystal menjeling sahabatnya itu.

"Kau mimpi je ni. Jangan mengarutlah aku ngantuk. Tidur okay, shh shh.."

Krystal menepuk-nepuk bahu Cindy. Seketika cuma, bila Cindy baru dapat bertenang dan menutup mata, bunyi itu datang lagi.

Disebabkan tidak dapat menahan kemusykilannya, sekali lagi gadis itu bertindak berani dengan melangkah ke arah pintu rumahnya. Mungkin Yoongi memerlukan bantuan?

Cindy menarik tombol pintu perlahan-lahan. Dia menjenguk ke luar. Tiada apa-apa. Cindy menghembuskan nafas lega. Mungkin betul apa yang dikatakan Krystal tadi. Sama ada dia bermimpi atau dia berhalusinasi kerana terlampau penat.

Sebelum dia menutup pintu, dia sempat melihat bilik Yoongi. Gadis itu terkedu. Pintu bilik Yoongi... terbelah dua. Seakan-akan baru dihentak dengan objek yang berat.

Cindy panik. Dia berlari ke arah bilik Yoongi. Gadis itu menjerit nama Yoongi berulang-ulang kali. Namun tiada sahutan.

Disebabkan gelap, Cindy menekan suis on. Ruang di antara bilik Yoongi dan biliknya menjadi terang. Matanya melihat kesan darah yang melatari lantai. Jantungnya berdegup kencang. Dia risaukan keadaan Yoongi.

"Ugh, kenapa lah aku tak tengok dia okay ke tak tadi masa balik!"

Cindy menyerabutkan rambutnya. Terlalu kusut pemikirannya tika itu. Dia mengikuti kesan darah itu. Menuruni tangga, membelok ke arah belakang apartment dan.. kesan tadi hilang.

Dia beresembunyi di balik dinding bila ternampak figura manusia yang sedang berbual- lebih tepat kalau dikatakan bergaduh.

Dalam kesamaran lampu jalan, Cindy dapat melihat beberapa orang lelaki sedang membentuk satu bulatan. Seketika cuma dia berteka-teki bila dia ternampak rambut berwarna grey yang sedang melutut di tengah-tengah bulatan itu.

Min..Yoongi?

Cindy tak dapat menangkap jelas perbualan mereka. Bila tiba-tiba salah seorang daripada lelaki itu mengangkat sebuah kerusi kayu tinggi ke udara, Cindy hilang pertimbangan.

Entah apa yang merasuk gadis itu, bila dia berlari ke arah kumpulan lelaki tadi. Dia tiba tepat pada masanya lelaki itu menghayunkan kerusi kayu tadi ke arah Yoongi.

Namun tersasar, kerana Cindy telah menjadikan badannya sebagai pelindung kepada Yoongi.

"Cin.. Cindy! Kau buat apa ni?"

Suara Yoongi kedengaran seperti berbisik. Cindy masih erat memeluk Yoongi. Kedengaran gadis itu menggigil kesakitan.

"Hoi siapa perempuan ni tetiba masuk?"

"Perempuan, mana-"

Jungkook memandang Cindy yang membelakangkannya.

"Cindy?"

Cindy hanya membisu. Hayunan kayu tadi terasa seperti telah mematahkan tulangnya.

Jungkook menghampiri gadis itu, menariknya daripada terus memeluk Yoongi. Yoongi cuba mempertahankan gadis itu namun kekuatannya telah hilang setelah dipukul begitu teruk sejak tadi.

"Hei.. Awak buat apa dekat sini Cindy? Ni bukan tempat awak."

"Jungkook.. Apa awak buat ni salah.. Awak tak patut-"

'PANG!'

Sebuah tamparan hinggap di pipi gadis itu.

"Kau.. Jangan sakitkan dia."

Yoongi bersuara. Jungkook hanya tersenyum sinis.

"So what if aku sakitkan dia?"

"Dia tak ada kena mengena dalam hal ni. Lepaskan dia, Jungkook. Kau boleh bunuh aku tapi jangan sentuh dia."

"Wah! Takutnya aku.. Hahaha, well tapi aku ni jenis yang bila orang cakap jangan buat, lagi aku suka nak buat."

Jungkook menarik rambut Cindy sekuatnya. Gadis itu tak mampu melawan sementelah dia tak dapat banyak bergerak.

"Sorry lah tapi aku terpaksa buat macam ni, Cindy. Siapa suruh kau back up sampah tu."

Beberapa tamparan dihadiahkan buat gadis itu. Bibirnya mula menampakkan cecair merah mengalir.

"STOP IT MIN JUNGKOOK!!"

Yoongi bersuara lantang. Dia cuba untuk bangun tapi dia tak berdaya. Dengan merangkak, dia menghampiri Cindy.

"Well, I'm not going to stop, bastard."

Jungkook menolak pula tubuh kecil itu ke tanah. Tangan gadis itu dipijak sehingga mengeluarkan bunyi yang kuat.

"Ugh.. Jung..kook.."

Cindy mengerang kesakitan. Yoongi yang cuba untuk mendekati Cindy dihalang oleh rakan-rakan Jungkook.

"Guys, aku rasa dah tiba masanya untuk kita hapuskan pembawa malang ni."

Jungkook meninggalkan Cindy yang sudah terkulai. Namun dia masih sedar.

"Perempuan tu Kook?"

"Hm, terpaksalah kita hapuskan sekali. Dia dah tahu terlalu banyak."

Seorang lelaki mengangkat tubuh Cindy dan diletakkan bersebelahan Yoongi.

"Any last words?"

Jungkook tersenyum sinis.

"Kalau tak ada, aku nak pergi panggil mama kejap. Korang tengokkan sampah ni ya. Nanti lari, buat penat je nak kejar."

Cindy memejamkan mata. Adakah kehidupannya akan berakhir dengan cara begini?

2 more parts go go~

pain | yoongiWhere stories live. Discover now