20

4.7K 612 88
                                    

Yoongi menggengam erat tangan Cindy.

"Kenapa kau datang sini?"

"Saya..."

"Haih, kau tak patut kena semua ni. Aku memang patut mati sebab aku jahat.. aku pembawa malang. Tengoklah... Sebabkan aku, kau pula yang sakit..Aku-"

"Shh, saya tak nak dengar awak cakap macam tu Yoongi.. please."

Cindy terasa genggaman tangan Yoongi semakin erat. Sejuk. Ya itu yang dirasakan.

"Mama, are you ready?"

Suara Jungkook memecahkan kesunyian. Aunty Hara tersenyum sinis tatkala melihat Yoongi.

Namun matanya membulat seketika.

"Eh, kenapa Cindy?.."

"Huh, dia dah tahu semuanya ma. Baik kita hapuskan je dia sekali."

Aunty Hara melangkah ke arah Cindy. Dia membongkok seraya memegang dagu gadis itu.

"Tsk tsk.. Kan aku dah cakap jauhkan diri daripada pembawa malang ni. Kau degil. Sekarang, aku terpaksa bunuh kau sekali.."

Aunty Hara menolak kepala gadis itu sekali sebelum berlalu ke tepi untuk memberi ruang Jungkook menyudahkan 'kerjanya'

Batang besi yang berada di tangan dihayunkan tepat mengenai tubuh badan Yoongi. Dia mengerang kesakitan. Cindy menjerit. Menggigil.

Jungkook beralih kepada Cindy. Hayunan demi hayunan, namun semuanya tak mengena gadis itu. Yoongi menghalang.

"Yoongi.. tepi.. Yoongi.. Please.."

Cindy menangis dan terus menangis. Meminta Yoongi untuk bangun daripada terus menimpanya. Ekspresi Yoongi penuh dengan kesakitan. Dia tetap tak berganjak daripada posisi menjadi perisai kepada Cindy walaupun puas Cindy menolaknya.

Tiada cara lain lagi. Cindy meletakkan tangannya di belakang Yoongi. Kadang batang besi itu mengena tangannya. Menghasilkan raungan kesakitan daripada gadis kecil itu.

Semakin lama, pandangannya semakin kelam. Perkara terakhir yang dilihat sebelum semuanya bertukar gelap, Yoongi... mendaratkan bibirnya pada bibir Cindy.

***

Kepala yang terasa berpinar dipegang. Tangan pula terasa sakitnya. Digerakkan badannya sedikit, terasa sakit di seluruh tubuh badannya.

"Cindy!!!!! Kau dah sedar!"

Cindy termangu-mangu. Krystal memeluk erat tubuh badan Cindy.

"Weh.. Badan aku sakit ni. Kau kenapa peluk aku macam tak jumpa setahun."

"Ugh, dah seminggu kau tak sedar tau! Mana aku tak risau."

Sebaik sahaja mendengar kata-kata Krystal, semua insiden yang terjadi pada malam itu terimbas kembali di minda.

"Krystal.. Yoongi mana? Yoongi??"

"Yoongi..."

"Cepatlah cakap! Yoongi mana?!"

"Aku dekat sinilah."

Tiba-tiba suara yang dicari-cari menyapa. Cindy menoleh ke kiri. Kelihatan Yoongi terbaring lesu dengan wajahnya pucat.

"Tu Yoongi kau. Kita risau kat dia. Dia risau kat orang lain. Ish."

Krystal menggumam tatkala melihat Cindy cuba untuk bangun.

"Yoongi, awak okay?"

"Kau nampak aku macam okay ke?"

Yoongi ketawa kecil. Aku dengan berbalut semua ni dia boleh tanya aku okay ke tak? Tsk.

"Ala kenapa awak sarkastik sangat tiba-tiba."

Cindy mencebik.

"Tak adalah. Aku lega tengok kau dah sedar. Sehari suntuk aku tunggu kau tau."

"Hah?"

"Aku sedar sehari awal daripada kau. Hahah, nampak tak betapa dasyatnya impak batang besi tu."

"Err guys, aku rasa cam aku ni kacau je. Aku keluar dulu ya.. Haha."

Krystal melepaskan ketawa yang kekok.

"Eh kejap! Kau bagi lah tau apa jadi malam tu Krystal.. Aku curious ni macam mana aku boleh hidup lagi."

"Dapat hidup pun tak reti bersyukur ke? Aku tampar karang baru tau."

"Tampar-tampar janganlah sebut.. Aku trauma ni."

"Hahaha, nantilah. Korang rehat dulu ya. Lepas korang dah discharged, aku cerita."

***

"Wah! Besarnya rumah kau.."

"Ni bukan rumah aku lah."

"Eh! Habis tu kau bawa aku pergi rumah siapa ni? Tak baik menceroboh. Jom kita keluar."

Cindy dengan tongkatnya sudah berura-ura untuk berpatah balik.

"Kau boleh tak duduk je dulu. Kelam-kabut tak sudah."

Krystal memapah sahabatnya itu untuk duduk di sofa. Yoongi pula dipapah seorang lelaki.

Sebaik sahaja Cindy melihat lelaki itu, dia ternganga.

"Ho.. Hoseok??"

"Ya saya."

Hoseok tersenyum. Menampakkan lesung pipitnya. Yoongi pula hanya membisu sedari tadi.

Krystal berlari ke dapur membuat air. Selepas menghidang, keempat-empat mereka duduk bertentangan.

"Shall we start?"

Angguk.

"Sebenarnya, aku dengan Hoseok.. in a relationship."

"What??"

"Hah?"

Hoseok ketawa kecil melihatkan reaksi Yoongi dan Cindy.

"Yes, kitorang dah declare since Cindy pindah sini."

"Okey... Jadi kaitannya?.."

"Malam korang kena tu, aku terjaga lepas aku rasa kau dah tak ada dekat sebelah. Aku tak sedap hati sebab kau tu kan gila. Dan memang betul pun, kau pergi buat kerja gila lagi dengan main serbu je kumpulan Jungkook tu."

Cindy mencerlung memandang Krystal yang selamba mengutuk dirinya.

"Kau tau kan Hoseok kawan dengan Jungkook? Petang tu dia dah bagitau Hoseok pasal plan dia nak bunuh Yoongi."

"Tapi, kenapa dia nak bunuh Yoongi tiba-tiba?"

"Sebab dia dah suka dekat kau. Dia tak nak kau kena 'malang' si Yoongi ni. Kononnya lah. Lepas tu kau pula pergi back up Yoongi. So Jungkook rasa kau dah terkena malang dia sebab tu dia nak bunuh kau sekali."

Cindy ternganga, Yoongi mendengar dengan wajah yang dingin.

"Nak jadikan cerita, hah.. penatlah. Hoseok awak sambunglah part yang awak call saya tu."

Krystal mencapai gelas di atas meja dan meneguk air di dalamnya. Pandangan Yoongi dan Cindy beralih kepada Hoseok.

pain | yoongiWhere stories live. Discover now