9

4.5K 608 70
                                    

Semakin panik aku jadinya. Aku melihat sekeliling. Mana perginya semua jururawat?

Jam di pergelangan tangan aku teliti. 3 pagi. Cis, ni mesti semuanya curi tulang. Sepatutnya jaga pesakit!

"Suga.. Bangunlah. Saya tak larat nak angkat awak. Aduh, macam mana ni Cindy?"

Aku buntu. Kepala yang tak gatal aku garu. Aku keluarkan sapu tangan dari dalam poket dan menekap darah yang mengalir. Sekurang-kurangnya aku dapat buat sesuatu.

Hampir tiga minit aku berteleku di situ sambil memandang wajahnya dan menekap dahinya, aku melihat kelibat seorang jururawat menghampiri dengan wajah yang panik.

"Cik! Kenapa ni? Kenapa dia baring atas lantai ni?"

"Dia-"

Kata-kata tak terluah bila Suga membuka mata dan berkata.

"Aku okay. Suruh dia pergi."

Aku dilema. Patut ke aku suruh dia pergi? Atleast kalau ada dua orang laratlah nak papah Suga ni. Tapi kalau aku sorang... Baik aku tunggu sampai dia sedar je. Aku sanggup kaki aku cramp duduk memangku kepalanya berbanding pinggang aku patah memapah dia.

"But you're bleeding Suga.."

"Aku tak suka dia. Suruh dia pergi, Cindy. Kalau tak aku takkan buka mata."

Apa lagi yang dapat aku katakan?

"Em, dia okay je cuma dia protes sikit dengan saya. Alah, biasalah masalah macam ni hahahahah."

Aku menutup mulut gaya gedik. Tak tahu alasan apa yang patut aku beri bila Suga terbaring atas lantai laluan orang ramai ni. Makanya, masalah salah faham antara pasangan kekasih aku pilih untuk jadikan alasan yang relevan.

"Oh.. Okay kalau macam tu saya pergi dulu."

Jururawat tadi menghadiahkan aku sebuah senyuman dan menggumam 'fighting!' seraya berlalu pergi. Suasana menjadi sunyi. Okay, now what?

"Dia dah pergi Suga. Bukalah mata."

Perlahan-lahan Suga membuka matanya yang penuh dengan kesedihan. Dia bangun seraya memegang kepalanya.

"Kenapa kepala awak sampai berdarah ni?"

Suga diam sejenak sebelum menjawab.

"Emm.. Aku gaduh je."

"Ish dah besar pun nak gaduh. Tekap dulu guna kain ni, nanti darah tak berhenti."

Aku menghulurkan sapu tangan tersebut pada Suga. Sedang aku berteka-teki adakah dia akan menyambutnya, telefon bimbitku berdering. Siapa pula call pagi-pagi buta ni? Nama yang tertera pada skrin aku lihat. 'Jungkook'

Suga mencapai sapu tanganku seraya aku menjawab panggilan telefon tadi. Suara Jungkook kedengaran cemas dari hujung talian.

"Cindy! Awak kat mana?"

"Er, dekat.. dekat.."

"Awak tak apa-apakan? Yoona kata awak pergi tandas tapi tak balik-balik. Dah dekat setengah jam."

Aku terkedu. Setengah jam dah aku duduk kat sini?

"Oh saya okay je. Cuma sakit perut. Awak jangan risau. Awak jagakan Yoona kejap ya. Nanti saya datang."

Talian dimatikan. Aku memandang Suga yang menekap dahinya menggunakan sapu tangan berwarna pink dan bercorak bunga kepunyaan aku. Jujur dia kelihatan comel begitu.

"Jom."

Aku bangun dan menghulurkan tanganku padanya. Meninggalkan ekspresi 'apa kau ni?' pada wajah Suga.

"Jom pergi mana?"

"Bilik Yoona lah. Mana lagi nak pergi? Kita kan kat hospital ni."

"Tak. Aku nak balik."

Suga berusaha untuk berdiri seraya berpaut pada aku.

"Argh.."

"Awak kena letak ubat ni... Nanti lagi teruk kalau biar je."

Suga hanya membatu.

"Hm kalau awak tak nak pergi bilik Yoona, kita balik apartment. Okay?"

Serta-merta dia memandang aku dan mengganguk. Tapi keputusan aku itu tetap tak dapat menghadirkan sebuah senyuman pada wajahnya yang tampan.

Suga meletakkan tangannya pada pinggang aku dan aku meletakkan tanganku pada pinggangnya.

Sebelah lagi tanganku mengeluarkan telefon dan menghantar message kepada Jungkook.

'Jungkook, saya kena balik sebab saya sakit perut sangat. Esok saya datang balik. Awak tidur ya dan tengok-tengokkan Yoona. Goodnight.'

***

Sepanjang perjalanan Suga hanya tidur. Dia ni ada penyakit ke? Asal masuk kereta je tidur.

"Uoghhh...."

Teruknya perangai. Aku menjeling sekilas Suga yang sedap mengeliat sambil menguap tanpa ada rasa nak tutup mulut.

"Dah sampai ke?"

Terkelip-kelip mata dia pandang luar tingkap yang gelap semata-mata. Hari malam ditambah cermin tingkap aku yang memang fully tinted. Mana nak nampak apa.

Aku hanya mengganguk dan memarkir kereta di garaj apartment.
Mematikan enjin kereta dan aku melangkah keluar dari perut kereta. Suga turut berbuat yang sama.

"Suga, awak tolong ambil beg saya dekat seat belakang."

Krik krik.

Eh mana mamat ni? Baru aku perasan yang figura Suga dah hilang daripada pandangan. Jangan kata badan, hujung rambut dia pun aku tak nampak.

Perasaan seram mula menyelinap dalam diri. Dia ni hantu ke orang? Kejap-kejap hilang... Ish menyesal pula aku balik sini.

Aku mencapai beg di seat belakang kereta dan menutup pintu dengan kadar segera. Bulu roma dah berdiri tegak. Aku berlari menaiki anak tangga.

Pintu yang tak berkunci aku tolak. Kenapa tak berkunci? Sebab tadi kelam-kabut manalah aku ingat nak tutup pintu ke apa.

Sebaik sahaja aku melangkah memasuki ruang bilik, aku merebahkan seluruh tubuhku ke atas katil. Hah, heaven!! Lepas seharian penat kehulur-kehilir, bila dapat rehatkan badan atas katil macam ni memang best.

Aku terus hanyut ke alam mimpi tanpa menyedari ada seseorang yang asyik memerhatikan aku melalui 'lubang' yang dicipta.

pain | yoongiWhere stories live. Discover now