Nyorok-nyorok

24.6K 1.4K 163
                                    

"Hah! Baik korang keluar cepat! Aku kira sampai tiga!" Jerit si Izariel dengan garang.

Afrina dan Dee mendiamkan diri.

"Satu!"

"......."

"Dua!"

"..."

"Tiga! Hah tak keluar ye! Baik! Affan! Geledah semua almari yang ada dalam kelas ni!" Arah Izariel.

"Okey!"

Aduh, dahlah hanya ada 5 almari dalam kelas ni! Keluh Afrina dan Dee.

Bum!

Bum!

Bum!

Bum!

Sudah 4 almari di buka oleh Affan dengan KASAR NAK MATEY.

Bum!

"Arghhhhhhhhh!!!"

........

Sarah dan Tasya side

"Huh~ huh~ huh~ weiyh berhenti kejap. Aku penat gila ni." Ujar Sarah dengan tak cukup nafas. Tasya turut berhenti dari lariannya.

"Aku pun. Tapi kita kena lari kalau tak nak kena tangkap dengan diorang. Ki-"

"Woi!" Jerit Danish apabila melihat mereka dari jauh.

"Ahh! Lari!" Tasya menarik tangan Sarah dan secara tak langsung Sarah turut berlari.

"Jangan la lari!" Jerit Rifki pula.

"Taknak!!" Tasya membalas dengan jeritan.

Cikgu-cikgu dan para pelajar yang melihat hanya menggelengkan kepala melihat mereka berlarian di koridor. Haih nasib baiklah time ni guru disiplin pengetua tak de kat situ. Kalau ada, memang boleh hashtag sila meninggal dah.

"Weiyh sini!" Tasya ajak Sarah untuk memasuki bilik ictl yang saat ini ketiadaan guru yang menjaga. Dalam bilik itu memang kosong tapi lampu dan aircond masih menyala.

Sarah dan Tasya memasuki bilik stor lalu menguncinya dari dalam.

"Huuuh~~~" Tasya menghela nafas lalu terduduk di atas lantai yang sejuk itu.

"Nasib baik." Lega si Sarah.

"Tapi......" Sarah melihat sekeliling bilik stor itu dengan muka yang ketakutan.

"What?"

"Bilik ni tak ada lampu ke? Gelap doh. Ada cahaya dari bawah tu je." Balas Sarah ketakutan sambil menunjuk sedikit cahaya dari bawah pintu itu.

"Dah la. Aku ada."

Krikkkk

Bunyi pintu utama bilik ictl terbuka. Mereka terus terdiam. Kiranya, bilik stor itu terletak berhampiran dengan pintu utama bilik ictl.

"Aku agak diorang masuk sini. Sebab budak tadi cakap diorang masuk sini." Kedengaran suara Rifki.

Budak?! Haih siapla budak yang cakap aku dan Sarah kat sini. Desis hati Tasya kegeraman.

"Dalam stor ni kot?" Danish cuba membuka tombol pintu itu tapi tidak berjaya kerana sudah dikunci.

"Tak boleh la. Kunci." Ujar Danish.

"Kalau macam tu cari tempat lain la. Kat bilik ictl ni mana ada tempat nak nyorok. Diorang dah keluar kot." Cadang Rifki lalu mereka keluar dari bilik ictl.

Naughty Girls VS Abang Pengawas ✔Where stories live. Discover now