Peanut+Ariel

11.8K 728 43
                                    

Afrina memandang Izariel yang duduk di hadapannya dengan tidak puas hati. Manakala, Izariel pula membalas dengan senyuman sinis.

"Anakanda Izariel." Senyuman Izariel terhenti lalu memandang Raja Azhar yang tiba-tiba memanggilnya. Kelam kabut jugak. Yala tak pernah berjumpa langsung dengan keluarga ni.

"Err ya-ya a-ayahanda?" Sahut Izariel kekok. Tak pernah-pernah dia panggil orang lain 'ayahanda' kecuali arwah suami Bonda Aminah.

Raja Azhar tersenyum kecil.

"Tak usah la anakanda kaku macam tu. Panggil je ayahanda ni ayahanda."

Izariel tersengih.

"By the way, ayahanda baru perasan anakanda ni bukan ke budak lelaki yang bersama anakanda Afrina tadi?"

Afrina dan Izariel terkejut dengan persoalan Raja Azhar tadi. Tak sangka Raja Azhar ingat wajah Izariel.

'Mampus aku. Apa nak jawab. Bonda tolong anakanda.' Resah Izariel dalam hati.

"Eh ayahanda ni. Kan......anakanda dah cakap kami kawan je. Heheheh." Balas Afrina gagap sambil menunjukkan senyuman palsunya agar tidak dicurigai.

"Serius ke tak ada apa-apa?" Soal Nenda Lisa pula. Haih saja nak buat suspend pulak dia ni.

Izariel dan Afrina mengangguk.

....

"Tak sangka kau keluarga diraja." Ujar Izariel sebaik sahaja mereka berdua keluar lepak di luar rumah atau.....boleh dikatakan istana? Hahahaha.

Afrina menjeling Izariel.

"Kenapa aku tak pernah tau kau anak angkat bonda Aminah?" Geram Afrina.

Izariel mengangkat bahunya tanda tidak tahu.

"I don't know. Aku pon baru tahu kau ni anak ayahanda Azhar lepas bonda cerita kat aku. Terkejut beruk jugak la bila tahu siapa kau sebenarnya."

Afrina terdiam sambil memandang kolam di hadapannya.

Habislah lepas ni. Dia takut rahsia dia terbongkar.

"Jangan risau. Aku tak akan bagitau sesiapa pasal ni la." Celah Izariel apabila menyedari riak wajah Afrina yang menyedihkan tu.

"Janji?" Soal Afrina dengan sayu.

Izariel mengangguk kecil.

"Tapi....kenapa kau buat macam ni?"

Afrina mengangkat bahunya.

"Kau baru masuk sekolah ni tahun lepas, mesti kau tak tau apa-apa. Bagi aku, majoriti pelajar kat sekolah tu semua hipokrit. Perangai macam setan terlepas kandang. Yela anak orang kaya, mana nak kawan dengan orang miskin kan? Kalau ada pon, mesti talam dua muka. Aku cuma tanak jumpa kawan macam tu. Sebab tu aku menyamar." Luah Afrina.

Izariel mengerutkan dahinya.

"Habistu kawan-kawan kau yang sekarang ni dah tau?"

Afrina mengangguk sambil tersenyum.

"Tasya...Sarah....Dee...Keyyah dan Ain...semua dah tau. Diorang je sudi kawan dengan aku masa aku menyamar dulu. Sebab tu aku still loyal dengan diorang."

Izariel terangguk-angguk mendengarnya.

"Oooo macam tu."

...

Sejak kejadian haritu, hubungan Afrina dan Izariel semakin rapat. Kalau dah rapat, mesti ada yang menyimpan perasaan antara satu sama lain bukan?

"Wei macam mana nak jawab soalan ni?" Soal Afrina keliru dengan menunjukkan soalan biology kepada Izariel.

Naughty Girls VS Abang Pengawas ✔Where stories live. Discover now