Kem Lagi

10.1K 662 24
                                    

"Tasya tu awek aku la. Kalau Sarah yang hilang, mesti kau buat macam aku en? Dah aku tak paksa kau ikut aku pon! Jangan halang keputusan aku." Balas Danish lalu segera meninggalkan Rifki.

Rifki menghela nafas dengan kegeraman.

"Tunggu aku la!"

Degil punya jantan.

....

"Tasya! Tasya!" Jerit Danish bersama2 yang lain di dalam hutan yang baru dimasukinya bersama Rifki, Izariel, Ridwan, Zeeyad, abang Wan dan abang Amin.

(Remember ridwan zeeyad? Kalau x igt sila baca chap 1 hahaah)

Sebenarnya pada mulanya hanya Danish dan Rifki sahaja yang memasuki hutan, tetapi dapat diketahui oleh abang Wan terlebih dahulu. Jadi mereka membuat keputusan untuk masuk ke dalam hutan bersama-sama tetapi tidak pergi terlalu dalam. Jika tidak dapat ditemui juga, barulah mereka akan menghubungi pihak berkuasa.

Zeeyad menunduk sambil menyuluh torchlight ke rumput apabila perasan akan suatu benda yang dikenalinya.

"Ni bukan pin Tasya ke?" Soalnya sendirian sambil memegang pin love milik tasya yang sebesar tapak tangannya itu.

Sebenarnya Tasya selalu membawanya bersama-sama dengan begnya. Mungkin pin itu terjatuh tadi.

"Guys! Kemari kejap." Panggil Zeeyad.

Yang lain segera mendekatinya.

"Ada apa bro?" Soal Izariel.

Zeeyad terus menunjukkan pin milik Tasya.

"Aku jumpa pin Tasya. Aku rasa mesti dia lalu laluan sini. And aku rasa dia masih tak jauh dari sini. Dia tu bukan berani sangat."

...

Tasya mendudukkan dirinya di bawah sebuah pokok yang agak besar. Dia mengurut-urut kakinya yang keletihan itu. Sudah terlalu lama dia berjalan tetapi masih tidak dapat menemui jalan keluar.

"Huh~" Dia mengeluh kecil sambil termenung memandang sungai yang berada di hadapannya.

Seketika dia tiba-tiba teringat kata-kata Adham sebelum dia berangkat ke kem semalam.

"Hey aku tak kisah kalau kau nak benci aku pon. Tapi, boleh tak kau hormat ibu? Kesian dia bila kau buat dia macam maid je dekat rumah tu." Tegur Adham.

Tasya mengerutkan dahinya.

"Yeke aku anggap dia maid? Aku bukannya paksa dia buat apa yang aku inginkan pon. Dia yang beria-ria nak buat." Ujar Tasya perlahan yang ingin menyedapkan hatinya.

"Heh kau taktau cerita sebenar, jangan pepandai buat andaian sendiri. Apa kata kau siasat dulu hmm?"

Sekali lagi dia mengerutkan dahinya.

"Cerita sebenar? Cerita apa yang mereka sembunyikan daripada aku?" Soalnya sendirian dengan musykil.

Kemudian dia membongkar beg sandangnya untuk mencari iphonenya. Dia meng'on iphonenya.

"HAH! CANTEK AH HUTAN NI! BOLEH PULAK ADA LINE!" Ujar Tasya dengan teruja.

Dia mencari-cari nama Danish di bahagian kenalan. Ketika mencari, dia terjumpa nama Adham.

"Masa itu emas bukan? Baik aku tanya sekarang." Dia segera menelefon Adham.

Tutt tutttt

"Hello?"

"Err he-hello..." Balas Tasya kaku. Dia mengaku yang ini kali pertama dia call Adham.

"Asya? Why call abang? Ada problem?" Soal Adham dengan prihatin.

Tasya menggeleng kecil walaupun dia sedar Adham tidak berada dihadapannya.

"No. A-asya nak tanya something. Pasal....."

"Pasal sape? Ibu?" Teka Adham sambil tersenyum.

"Em ya..." Balas Tasya.

"Abang okey je tapi....susah la bincang dalam telefon ni."

"Ala please?" Rayu Tasya.

Kedengaran dari sana Adham mengeluh kecil.

"Baiklah kalau Asya nak macam tu. Tapi sebelum tu, Asya bawak bersabar and dengar penjelasan abang sampai habis tau." Pesan Adham.

"Emm." Tasya mengangguk.

"Actually, memang pun ibu lahirkan abang sebagai anak luar nikah. Selepas keluarga ibu tahu yang ibu mengandung sebelum bernikah, keluarga ibu segera menjodohkan ibu dengan arwah abah. Ketika itu, abah sanggup menjadi paksanggup ibu kerana sudah menganggap ibu sebagai adiknya sendiri. Lagipun, jangka hayat abah pada masa itu memang tidak lama." Adham berjeda.

Tasya terkejut mendengarnya. Segala apa yang dia pikirkan memang tidak benar sama sekali!

"Semasa abang berumur 16, abah meninggalkan kami berdua bersama harta-hartanya. Semasa ibu menyambung perniagaan abah, dia kembali berjumpa dengan lelaki yang telah mengandungkan ibu malah meninggalkannya tanpa khabar berita. Namanya, Tuan Khairudin Ahmad."

Sekali lagi Tasya terkejut. Dia tidak sangka papanya seperti itu pada suatu ketika dahulu.

"Papa menjelaskan kenapa dia meninggalkan ibu. Rupanya, papa juga dipaksa oleh arwah atok untuk meninggalkan ibu kerana ibu bukanlah daripada keturunan yang berada. Papa juga terpaksa untuk berkahwin dengan arwah mama Asya. Tapi masa tu, mama Asya juga sudah pergi. Jadi, mereka membuat keputusan untuk hidup bersama kembali. The end...." Adham menamatkan ceritanya.

Tasya terdiam mendengarnya.
Melalui cerita yang diceritakan oleh Adham, ibu bukanlah seperti yang difikirnya. Benarlah apa yang Adham cakap, Puan Munirah tidak pernah memarahinya malah memukulnya. Selalu layannya dengan penuh kesabaran.

Tiba-tiba dia teringatkan pesanan arwah mamanya sebelum arwah dijemput ilahi.

"Mama sayangkan Asya. Asya ingat tu tau. Mama nak Asya sentiasa jadi anak yang baik dan solehah. Banggakan papa dan mama tau."

Tasya menitikkan air matanya dengan perlahan.

"Ibu..."

Adham mengerutkan dahinya mendengar Tasya yang merintih kecil itu.

"Asya? Are you okay? Bukan Asya di kem ke? Macam mana boleh on call dalam hutan pulak ni?" Soalnya kepelikan.

"A-abang..."

Adham terkejut mendengar panggilan daripada Tasya itu tapi sempat dia memanjatkan kesyukurannya ke atas-Nya kerana sudah membuka hati gadis itu.

"Asya okay ke?"

"Asya takut..."

"Takut? Why sayang? Asya okey ke kat sana? Asya kena buli? Palau? Lapar? Ibu datang sekarang jugak!" Tak sangka sebenarnya Puan Munirah berada berhampiran Adham tadi.

Sepanjang perbualannya tadi, Puan Munirah mendengarnya dengan jelas.

"Ibu....Asya sesat dekat hutan lagi..."

"Ya Allah! Kenapa tak bagitau awal-awal?! As-"

Tutttttt

Tasya terperanjat lalu memandang skrin iphonenya.

Aish! Time ni jugak batery nak habis! Sudah la dia belum menghubungi Danish atau sesiapa untuk mendapatkan bantuan lagi!

"Hah sudah, apa nak buat ni?"

Dia memandang sekeliling. Mendengar bunyi arus sungai yang mengalir membuatkan matanya memberat. Mungkin dia perlukan rehat seketika.

"Night world. Semoga, aku masih dapat berjumpa dengan orang-orang yang aku sayangi lagi. Amin."

......

Heee vote and comment gais😹👐💕

Naughty Girls VS Abang Pengawas ✔Where stories live. Discover now