Tentang Dee

13.3K 745 13
                                    

"SARAH! DEE! AIN! MASUK BILIK DISIPLIN SE.KA.RANG!"

Hah sudah.

"Pfft! Takut apa aku!" Balas Sarah lalu beranjak pergi bersama Dee dan Ain.

"Haih macam-macam." Keluh Nufail.

Nufail dan Affan sudah bersedia untuk beredar dari situ sampaikan mereka terlupakan 3 manusia itu.

"Hey! Bantula kami naik! Ish menyusahkan la!" Jerit Alya dengan gedik.

"Erk. Naik je la. Bukan dalam pon kan?" Balas Affan dengan pelik.

Memang betul pon. Paras perut je pon. Tak dalam kan?😟

..........

"Haih apa nak jadi dengan kamu bertiga ni? Dah macam-macam dah cikgu lakukan tapi tak pernah berjaya. Nakal sangat kamu ni." Keluh cikgu Alif sambil memegang kepalanya yang pening.

Sarah, Dee dan Ain hanya mendiamkan diri sambil berdiri tegak dihadapannya manakala Nufail dan Affan di tepinya.

"Hah kenapa diam? Tadi berani sangat buat hal kan?" Perli cikgu Alif.

"Karang jawab dicop menjawab and kurang ajar." Gumam Sarah perlahan. Ain dan Dee menahan gelak.

Nasib la orang tua tu tak dengar. Kalau tak, nahas la kau Sarah.

"Kalau kami bela diri kami pon, ada yang percaya ke? Memang salah kami pon buat Alya dan geng dia macam tu. Tapi, kami bukan buat sesaja. Kami pon tak hingin la buat benda sia-sia." Balas Dee.

Ain dan Sarah mengangguk.

"Betul. Kami memang nakal. Tapi kami nakal bersebab." Sambung Ain.

"IYA! SESIAPA YANG MENGANGGU SALAH SEORANG DARI KAMI, SESUNGGUHNYA KAMI AKAN MEMBALASNYA SEMULA! ITU SUDAH PASTI. ITULAH JANJI KAMI!" Ujar Sarah dengan yakin dengan gayanya ala-ala pemimpin negara gitew.

Dee dan Ain terkekek-kekek kecil melihat Sarah yang sangat ACAH itu. Manakala Nufail dan Affan ternganga tengok Sarah yang berani menjawab sebegitu.

"Banyak la engko punya janji! Haih. Boleh setel baik-baik en. Macam mana nak berubah ni? Ain dan Dee! Kamu tahun ni nak SPM. Lagi beberapa bulan je lagi. Tapi masih bermain-main. Ke kamu berdua memang takde masa depan?"

Fiuuuuh~ DEEP SIAK..

Sarah memegang dadanya dengan riak wajah terkejutnya.

"Cik...cikguuu. Teganya cikgu berkata sedemikian..."

Halahhh drama queen dah keluar la pulak😫

"What? Betul la kan. Saya rasa kamu semua ni pandai. Apalagi tengok keputusan PT3 kamu semua. Tapi kenakalan kamu semenjak ni makin menjadi. Sampai ada yang FAIL dalam mata pelajaran. Apa nak jadi?"

"Ala kami dah usaha la. Dah nak fail nak buat macam mana. Redo je la nak." Pasrah Ain.

Eh budak ni.

Tok! Tok! Tok!

"Masuk!"

"Err Assalamualaikum cikgu."

"Waalaikumussalam. Hah masuklah  Rifki."

Sebaik sahaja Rifki masuk, dia terus berlutut dihadapan cikgu Alif. Sarah dan yang lain terkejut.

"Maafkan saya cikgu sebab tak berjaya mengikut arahan cikgu. Sarah dibawah tanggungjawab saya di sekolah ni jadi saya juga berhak mendapat denda sekali."

Kata-kata yang diucapkan dari Rifki itu sungguh menusuk kalbu hati Sarah. Dia sanggup terima denda walaupun sudah terang lagi bersuluh 100% ni semua salah Sarah. Rifki tiada kaitan dengan ini semua.

Naughty Girls VS Abang Pengawas ✔Where stories live. Discover now