Merajuk!

10.3K 595 67
                                    

"Eh Sarah!" Keyyah tersengih.

Sarah hanya melihat Rifki dan Keyyah yang sudah comot bermain dengan cat sambil berpeluk tubuh.

"Amboi seronok ye Keyyah kau main." Ujar Sarah dengan sedikit cemburu.

"Ha seronok la. Ka-kau macam tak tahu cat cat ni memang fav aku." Balas Keyyah dengan teragak-agak.

Dia dapat rasakan yang Sarah merajuk dengannya.

"Huh, bantu orang lain boleh pulak. Aku mintak bantuan sikit tanak tolong." Gumamnya perlahan lalu memutarkan matanya menyampah lalu memandang Rifki dengan pandangan tak suka.

"Whatever la. Aku nak bla. Sambung la permainan korang ye." Ujarnya sebelum meninggalkan kelas itu dengan geram.

"Eh Sarah!" Baru sahaja Keyyah ingin mengejar Sarah, Rifki sempat menghalangnya.

"Tak apa. Biar aku yang ikut dia. Aku kan hero dia." Ujarnya lalu memberi wink terhadap Keyyah.

"Puih hero konon! Ha bagus! Tinggal aku sensorang kat kelas ni."

.

"Makcik, tolong bungkus ice lemon tea 4." Pesan Izariel itu lalu pergi ke meja sambil menunggu pesanannya siap.

Dia memandang Fina yang berada di hadapannya. Fina ligat bermain dengan iphonenya tanpa menyedari bahawa seseorang sedar memerhatinya. Kadang tersengih, kadang tertawa sensorang. Entah apa yang dibuat dengan telefonnya.

"Chat pakwe ke?" Soal Izariel dengan tiba-tiba.

Terangkat terus kepala Fina menghadap Izariel dengan penuh tanda tanya.

"Mana ada." Fina menafikannya.

Izariel hanya memutarkan bola matanya.

"Apa-apa je la. Bukan aku kisah pon." Balasnya pula.

Fina mengelip-ngelip matanya pelik dengan sikap Izariel itu.

Eh dia yang tanya lepas tu cakap tak kisah pula. Lalu Fina mengangkat iphonenya dan menunjuk skrin ke arah Izariel.

"See? Aku main SuperStar BTS je. Lain kali jangan la tuduh bebukan." Geram Fina.

Izariel mencebik lalu menuju ke arah kaunter kerana pesanannya sudah siap seraya ingin menutup malunya HAHA.

"Ni mesti kes jealous ni. Ceh, ada je benda nak cari salah aku. Aku merajuk balik ha baru padan muka." Bebel Fina dalam hati sambil melihat Izariel dengan tak puas hati.

"Apa pandang-pandang?" Soal Izariel ingin mencari pasal.

Fina memandangnya tak suka.

"Perasan! Aku pandang abang belakang tu!" Fina menunjuk orang dibelakang Izariel.

Dan sekali lagi Izariel malu.

Ha amik kau!

"Dah cepat! Kau lambat aku tinggal!" Segera Izariel meninggalkan Fina.

...

"Err Ariel?"

"Hmm.." Gumam Izariel kerana fokus memandu.

"Macam mana kau kenal abang aku eh?"

Cketttt!

"Eh Ariel!" Pekik Fina apabila Izariel membrek kereta secara tiba-tiba.

"Kau gila ke!" Marah Fina sambil memegang jantungnya yang berdegup laju.

Gila kau!

"Eh...sorry... Kau okey tak?" Soal Izariel risau melihat Fina yang tak senang duduk itu.

Fina memandang Izariel tajam.

"Kalau ye pon terkejut tak payah la sampai aku sekali terkejut! Ish." Marahnya lagi.

Izariel hanya mendiamkan diri kerana sedar semua itu salahnya.

"Maaf. Aku pon tak tau kenapa terkejut sangat. Sorry..."

Fina tidak mengendahkan Izariel kerana masih geram dengan lelaki itu.

"Err.. kau okey tak? Ada cedera mana-mana?"

Diam.

'Ok budak ni memang betul merajuk dengan aku.' Bisik Izariel dalam hati dengan pasrah.

...

"Nah."

Fina mengerutkan dahinya.

"Buat apa?" Soalnya tetapi tangannya ambil juga aiskrim tersebut.

'Ceh nak pujuk aku la tu. Ha kalau berterusan macam ni, mesti dia dah tak marah aku kan? Kalau macam tu.....'

Fina tersengih dalam diam.

"Buat bodo."

Krek.

"Ceh." Fina merampas aiskrim daripada Izariel lalu bergegas beredar dari situ.

"Eh, orang gurau je pon. Eh jap, sekarang ni siapa yang merajuk dengan siapa duh? Adeh, hancur la rancangan aku macam ni." Keluh Izariel sambil memandang Fina dari jauh.

Tiba-tiba teringat dengan dengan soalan Fina sebentar tadi.

Iqri? Mana dia kenal Iqri?

Izariel tersengih. Memang la dia kenal Iqri kerana Iqri merupakan sahabatnya di sekolah lamanya. Walaupun mempunyai perbezaan umur yang banyak, namun hubungan persahabatan mereka tidak pernah goyah.

Tiba-tiba dia teringat akan perbualannya dengan Iqri beberapa hari sebelum ini.

Flashback

"Kau suka adik aku?"

Izariel terdiam. Tak tahu nak jujur atau tidak.

Kalau Iqri tak suka bagaimana?

"Err..."

Tiba-tiba Iqri mengukirkan senyuman kecil di bibirnya lalu memegang bahu Izariel.

"Lek ah bro. Aku bukan nak penggal kepala kau pon kalau kau mengaku suka!" Gurau Iqri.

Izariel ketawa kecil.

"Okey okey aku mengaku aku suka la jugak."

"Tapi kau tau kan dia game kau?"

Izariel mengangguk.

"Aku tau. Tapi kalau dah tersuka, bukan boleh patah balik kan?" Soal Izariel semula kepada Iqri.

Iqri mengangguk kecil.

"Kalau betul kau suka adik aku, semoga berjaya la ya and tolong jaga adik aku kalau hanya ada kau sorang saja pada suatu saat nanti. Kau sahabat dunia akhirat aku dan aku percayakan kau." Balas Iqri penuh berharap.

"Aku sanggup berjanji."

End Flashback.

Izariel mengeluh.

Nampaknya dia perlu mengalah demi Iqri.

"Oi Fina tunggu la aku!" Jeritnya lalu mengejar Fina yang sudah menjauh.

....

Okok sis tau bab ni pendek nak gila 😂 esok insyaAllah upd agi! Yela dah lama x upd so maybe akan double or triple upd k.

And sorry gak sbb lama x upd . Srs tak ada masa🙀

Btw dont forget vote and cmmt!🙃💜❤💙💚💛

Naughty Girls VS Abang Pengawas ✔Where stories live. Discover now