Tasya

15.2K 976 21
                                    

"Bye Tasya! Esok kitorang datang lagi!" Ujar Dee.

Tasya membalas lambaian Dee.

"Bye."

Tak lama kemudian, semua yang hadir beredar dari situ dan hanya menyisakan Danish dan Tasya.

Tasya mengerutkan dahinya apabila perasan yang Danish masih duduk disofa sambil kepalanya ditundukkan kebawah.

"Danish?"

Terus Danish mengangkat kepalanya.

"Err ya?"

"Kenapa kau tak balik lagi?" Soal Tasya.

Mata Danish meliar-liar memikirkan jawapan ingin dibalasnya. Kemudian dia bangun dari sofa lalu menuju ke arah katil Tasya lalu duduk di kerusi sebelah Tasya.

"Err kau....tak habis cerita pasal tadi lagi kan?" Soal Danish kekok.

Tasya menunjukkan riak wajah tertanya-tanya.

"Cerita?emmm Oh! Yang tadi tu?"

Danish menganggukkan kepalanya.

"Err kenapa kau nak tahu pasal tu?" Soal Tasya.

"Err aku....tak marah kalau kau enggan bercerita. Tapi....aku kan kawan kau jugak. Tak salah kalau aku ambil berat tentang kau kan?" Ujar Danish .

Tasya bagaikan terkaku mendengar ujaran Danish tadi. Dia bagaikan tak percaya. Walaupun Tasya dan Danish  selalu bertekak dan menyalahi antara satu sama lain, tetapi Danish tetap mengambil perhatian terhadap dirinya.

"Err aku...." Tasya terfikir beberapa kali untuk bercerita.

Danish hanya mendiamkan diri sambil memandang wajah Tasya dengan setia.

"Sebenarnya aku....ada masalah dengan papa aku. Masalah ni berlaku sejak mama aku meninggal. Papa aku terus berubah dengan drastik. Papa aku selalu pulang lewat dari kerja dengan alasan, kalau duduk kat rumah je, fikirannya akan selalu terbayang dengan kelibat mama."

Tasya mengambil nafas dalam-dalam sambil menahan tangisannya dari terkeluar. Danish hanya mendiamkan diri sambil matanya memandang lantai kerana tak sanggup melihat mata Tasya yang berkaca. Ingin sahaja dia memeluk gadis itu tapi dia sedar yang mereka tidak mempunyai apa-apa hubungan selain kawan.

"Tapi pada suatu pagi ni, papa aku ada mengumumkan satu perkara yang cukup membuatkan aku sakit hati. Papa aku dah membuat keputusan untuk berkahwin lagi. Papa aku bagi alasan yang dia perlukan seseorang untuk menguruskan dirinya dengan teratur. Habistu aku ni? Yang memasak, kemas rumah semua tu aku yang buat. Papa dan arwah mama aku memang tak mahu menggaji maid. Apa lagi...hiks yang papa mahu? Aku yakin...hiks papa dah tak sayang aku."

Akhirnya air matanya berguguran juga.

Tasya mengelap pipinya dan sudut matanya yang mengeluarkan air.

Danish menghulurkan tisu apabila menyedari air mata Tasya tidak mahu berhenti.

"Kalau kau tak boleh sambung, berhenti je la. Aku faham perasaan kau walaupun aku tak pernah laluinya." Pujuk Danish .

Tasya menggeleng.

"I'm okay. Aku sambung."

"Malam tu, papa membawa seorang wanita berstatus janda dengan seorang anak lelakinya yang tua setahun dari aku. Awalnya aku hanya berfikir mereka ni kawan arwah mama aku sebab wanita itu asyik menyebut-nyebut nama mama aku. Tapi semasa di meja makan, papa mengatakan wanita itu akan menjadi ibu tiri aku dan anak lelakinya sebagai abang tiri aku. Aku perasan yang wanita itu tersenyum-senyum manis sambil mengusap kepalaku. Cara layanannya mengingatkannya kepada arwah mamaku. Tapi...aku yakin yang dia tu talam dua muka! Papa selalu lebihkan perempuan tu daripada aku! Kalau aku keluar berduaan dengan papa aku, papa aku selalu menyebut-nyebut nama perempuan tu dengan anak lelakinya itu. Kalau sebelum ni, nama arwah mama sahaja di hatinya. Tapi sekarang dah beralih. Bagi aku, perempuan tu ular dalam rumah aku."

Tasya berjeda sebentar.

"Heh, depan aku baik sahaja. Anak lelakinya juga. Tapi ingat aku tak tahu, sebenarnya anak lelaki dia tu anak haram! Aku pernah siasat latar belakang perempuan tu. Anak lelaki dia tu bukan anak kandung suami pertamanya. Aku agak, mesti suami pertamanya mati sebab terkejut bila tahu anak lelaki yang dulu disayanginya itu bukan anak kandungnya. Malah, dia dijadikan paksanggup!" Tasya tersenyum sinis.

Danish bagaikan keliru dengan cerita Tasya. Baginya, apa yang difikirkan gadis itu ada salahnya. Sampaikan Tasya sanggup memfitnah keluarga tirinya. Mungkin, apa yang difikirnya adalah salah?

"Habistu, kenapa papa kau tampar kau?" Soal Danish mengingatkannya tentang perbualan Tasya dengan papanya tadi.

"Owh itu...aku pernah bagitahu papa aku tentang hal sebenar malah terkata perempuan tu 'murah', terus sahaja papa menamparku. Selama 17 tahun aku hidup, papa tak pernah tampar aku malah dibelainya. Aku yakin, perempuan tu dah menghasut papa sepenuhnya. Sejak itu, terus aku keluar dari rumah dan melepaskan tekanan dengan menyertai Keyyah race." Jelas Tasya.

Danish terkaku. Dia yakin yang Tasya tersalah anggap mengenai keluarga tirinya.

"Mana kau tahu yang keluarga tiri kau tu jahat?"

Tasya tersenyum sinis.

"Aku tahu sebab papa selalu menyebelahi perempuan tu dan anaknya. Malah, papa sanggup bertukar bilik dari master room kepada bilik lain. Padahal, master room itu adalah bilik papa dengan mama. Papa dah lupakan aku dan mama aku." Luahnya.

"Mungkin.....papa kau ingin menghormati arwah mama kau?"

Tasya menggeleng sambil tersenyum sumbing. Tasya memandang Danish.

"Tak. Sejak perempuan tu datang, nama mama tak pernah disebutnya. Malah ketika aku mendapat nombor satu dalam kelas, papa tak pernah mengucapkan tahniah. Malah papa dan perempuan tu dengan seronoknya pergi melancong ke luar negara tanpa aku. " Balas Tasya lagi.

Huh~

Danish melepaskan keluhan kecil. Keras sungguh hati Tasya. Sepatutnya, Tasya perlu siasat dengan lebih terperinci. Dia yakin keluarga tiri Tasya merupakan manusia yang baik dan bukan kejam seperti yang dimaksudkan Tasya.

Tapi, apakan dayanya sebagai orang luar? Dia bukan sebahagian daripada keluarga itu.

"Terpulang kepada kau nak anggap apa terhadap keluarga tiri kau. Tapi, aku harap kau tak menyesal di kemudian hari. Jangan nak terasa nasi dah jadi bubur. Apa-apa pon, aku akan tetap sokong apa pun keputusan kau." Ujar Danish.

Danish memandang jam di tangannya.

"Dah lewat ni. Aku balik dulu. Ada masa kelapangan lagi aku lawat kau k. Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam." Tasya menghantar kepulangan  Danish hanya dengan jelingan matanya.

Kemudian dia terdiam kecil dan memikirkan apa yang dikatakan oleh  Danish tadi.

"Apa yang aku buat ni tak salah kan?" Soalnya sendirian.

Vote and comment👌👌👌

Kk sis xjadi delete story ni😂

Naughty Girls VS Abang Pengawas ✔Where stories live. Discover now