Parti Ponteng

16.2K 1K 42
                                    

"Terpulang kepada kau nak anggap apa terhadap keluarga tiri kau. Tapi, aku harap kau tak menyesal di kemudian hari. Jangan nak terasa nasi dah jadi bubur. Apa-apa pon, aku akan tetap sokong apa pun keputusan kau." Ujar Danish .

Danish memandang jam di tangannya.

"Dah lewat ni. Aku balik dulu. Ada masa kelapangan lagi aku lawat kau k. Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam." Tasya menghantar kepulangan Danish hanya dengan jelingan matanya.

Kemudian dia terdiam kecil dan memikirkan apa yang dikatakan oleh Danish tadi.

"Apa yang aku buat ni tak salah kan?" Soalnya sendirian.

...

"Asya rasa macam mana sekarang? Feeling better now?" Soal Puan Munirah kepada anak tirinya, Tasya.

Tasya hanya mendiamkan diri mengendahkan soalan Puan Munirah malah menyibukkan dirinya menonton televisyen yang terdapat di dalam bilik wad tersebut.

Puan Munirah menghela nafasnya. Tak tahu la mahu mengalah ke tidak. Sudah dua tahun, perubahan itu tetap tiada. Pelbagai cara untuk mengambil hati anak tirinya ini tapi satu pun tidak pernah berjaya. Yang didapatinya hanya sia-sia dan kerugian.

Tapi, apabila mengingati semula tentang arwah mama Tasya membuatkan dia bangkit. Mungkin ini sajalah pengorbanan yang boleh dilakukannya untuk membalas jasa arwah Puan Zurin.

"Err ibu ada bawakan makanan kegemaran Asya ni, ayam masak merah. Ibu sediakan ya?" Dengan segera Puan Munirah membuka bekal makannya dan terserlah lauk ayam masak merah yang sungguh menggoda.

Dalam hati, Tasya sudah menelan liurnya apabila sempat menjeling masakan Puan Munirah. Tapi, mulutnya menidakkanya. Egonya masih memuncak.

"Asya makan ya?"

Tanpa disedarinya, Puan Munirah sudahpun menghulurkan nasi putih bersama ayam masak merah kepada Tasya tapi Tasya seakan teragak-agak.

"Tak. Saya tak nak." Balas Tasya ringkas.

Puan Munirah tersenyum kecut tapi itu tidak menandakan dia sudah mengalah.

"Rasa sikit je. Lagipun, Asya tak makan tengah hari lagi kan?"

Tasya memutarkan matanya.

"Saya kata tak nak, taknak lah! Tak faham bahasa ke?!"

Puan Munirah tersentak mendengar makian daripada Tasya.

"Dah! Kemas semua ni! Saya tak nak makan dan tengok muka makcik sekarang ni. Keluar!" Halau Tasya.

Jujur, semakin melihat wajah wanita dihadapannya itu makin menyakitkan hatinya. Luka dihatinya masih tidak terubati terhadap perbuatan papanya yang telah menamparnya.

"Maaf Asya. Ibu ta-"

"Satu lagi! Saya paling pantang orang luar yang 'tak penting' memanggil saya dengan panggilan Asya. Mulai sekarang saya tak nak dengar nama tu keluar dari mulut makcik lagi! Faham!"

.

.

.

.

.

.

"Huh~ bosan la pulak Tasya tak ada." Keluh Keyyah kebosanan termasuk kedua rakannya yang lain.

Manakala Afrina dan Ain pergi ke kantin untuk membeli makanan secara sembunyi.

Sembunyi? Apakah?

Naughty Girls VS Abang Pengawas ✔Where stories live. Discover now