1 2 3 Action!

11.9K 752 32
                                    

Tasya mengeluh.

"Jual mahal bhaii lelaki tu. First2 dulu okey je. Tapi lelama makin garang je." Tasya mencebik.

Ain dan Keyyah tergelak kecil.

"Ala nanti okey la tu. Kau kena guna cara alternatif je." Cadang Keyyah.

Tasya tergaru-garu dagunya yang tidak gatal.

"Cara alternatif? Cara apa tu?" Soal Tasya ingin tahu.

Keyyah tersengih.

....

Game : Sarah and Ain officially out !

"Aduh! Sakit perut la!" Tasya memegang perutnya yang 'kesakitan' itu.

Danish yang melihat keadaan Tasya itu terus berubah menjadi kelam-kabut.

"Eh, apesal ni??! Kau okey ke Tasya?" Risau di Danish.

Tasya berpura-pura membuat riak wajah yang derita nak mampos hhahaha.

"Sakit la bodoh! Tolong la aku!"

Harap menjadi la cara Keyyah ni!

Danish menggaru-garu kepalanya yang tiba-tiba gatal. Ada kutu babi tiba-tiba datang agaknya.

"Alamak! Tolong apa wei?? Aku kena buat apa?"

"Arghhh tolong carikan minyak dekat bilik aku. Atas meja maybe." Ujar Tasya tersekat-sekat.

Danish mengangguk kecil lalu berlari kecil menuju ke bilik Tasya. Selepas figura Danish hilang dari pandangannya, terus sahaja Tasya ketawa dengan kuat.

"Bodoh punya jantan. Hahaha walaupun memalukan, jalankan aje la. Tak sanggup aku nak berlama-lama dengan game bodoh ni." Tasya menggeleng kecil lalu mengambil keropok moni di meja.

Bilik Tasya.

Danish membuka pintu bilik Tasya. Fuh, firstime masuk bilik budak perempuan selain adik dia. Mesti la awkward kan?

Danish mendekati meja belajar Tasya yang berada di tepi tingkap itu. Perkara pertama yang dilihatnya ialah sebuah frame keluarga.

Danish tersenyum kecil. Dia melihat seorang gadis kecil tersenyum riang sambil membuat mini love bersama ibu bapanya.

Jadi inilah arwah mama Tasya. Patutlah sayang sangat dengan arwah. Lihat muka arwah pon dah tau arwah ni baik nak mampos orangnya.

Matanya meliar di atas meja belajar untuk mencari minyak yang dikatakan oleh Tasya tadi. Tiba-tiba Danish terpandangkan sebuah diari milik Tasya yang berwarna merah itu.

"Budak nakal macam dia ni pon ada diari ya?"

Seketika Danish tersengih nakal.

"Kalau kau nakal, aku pon boleh nakal kan Tasya?"

Danish menyelak-nyelak helaian diari milik Tasya.

Tiba-tiba matanya membulatkan diri apabila tiba di muka surat 500.

"Omg serious ke budak ni?"

Danish cepat-cepat menutup buku diari milik Tasya lalu membawanya ke bawah sampai dia lupakan minyak botol yang merupakan tujuan utama dia ke bilik Tasya.

Arh! Pergi mampos! Aku perlukan penjelasan dengan semua ni!

"Tasya! Tasya!"

Apabila terdengar suara milik Danish, cepat-cepat Tasya menghabiskan keropok moni dalam mulutnya lalu mula berlakon semula.

Naughty Girls VS Abang Pengawas ✔Where stories live. Discover now