Kem

12K 638 18
                                    

firstly sory ah kalau salah pasal kem ni. saya pon x pernah gi kem huhuhu. last gi time darjah 6 mana la ingat lamakkk..

.....

Day-1

"Selamat datang ke tapak Kem Hutan RainHorse. Baiklah malam ni dan esok, kita semua akan bermalam ni sini. Jadi, sebelum memulakan apa-apa aktiviti, saya nak kamu dirikan khemah terlebih dahulu." Ujar Cikgu Asyraf.

Semua pelajar hanya mengangguk kecil lalu mula memasang khemah bersama-sama kumpulan yang ditetapkan. Luckly, naughty girls dapat sekumpulan.

Tapi yang malangnya, mereka juga berkumpulan dengan geng Alya dan Jo. Hurh, masalah Jo dengan Keyyah pon belum selesai. Geng Alya? Nampak je dah insaf, tapi tak pon.

"Aih susah la pasang khemah ni! Lecehh!" Rengek Alya lalu duduk di atas tanah.

Keyyah memandang Alya dengan tajam.

"Hah! Kau tak tolong, jangan harap kau tido dalam khemah malam ni." Ugut Keyyah sambil menolong Sarah memasang khemah.

Alya mencebik lalu memandang Jo.

"Abang Jo~ Lya tak reti. Tolong la." Alya memandang Jo dengan gaya ulat bulunya.

Meremang bhai bulu roma Jo dengarnya. Geli dooo. Kalau Keyyah yang buat tak apa la jugak.

Jo yang sudah tidak tahan hanya mendekati Alya lalu membantunya tanpa banyak cakap. Tak rela nak dengar suara gedik Alya.

Keyyah memandang Alya dengan tak puas hati.

"Benda kecik macam ni pon tak boleh buat. Gedik betul!" Perli Keyyah.

Alya tersenyum sinis.

"Pehal? Jeles ke?" Sindirnya.

Jo turut memandang Keyyah.

Keyyah tersentak.

'Jeles? Memang tak la! Choiii buat mood hilang je perempuan ni!'

Keyyah menghentak begnya ke tanah lalu beralih ke tempat lain.

"Ish semak la. Apesal cikgu bagi aku group dengan perempuan tu hah?!"

"Jangan salahkan cikgu. Saya yang tetapkan group."

Keyyah tersentak apabila Rizki tiba-tiba hadir disebelahnya.

"Ish awak ni. Buat terkejut je." Keyyah menggosok-gosok dadanya.

Rizki tersengih.

"Sorry hehe."

"Semua berkumpul!" Panggil Cikgu Asyraf.

Ketika mereka berkumpul di dewan, kelihatan dua orang lelaki dan dua orang perempuan masuk ke dalam dewan.

"Handsome bhaiii." Puji Dee melihat salah seorang daripada mereka. Yang lain mengangguk bersetuju.

Rupanya mereka la yang akan membimbing para pelajar sepanjang kem dijalankan selama 3 hari 2 malam ini.

Satu persatu daripada mereka mula memperkenalkan diri.

"Assalamualaikum. Nama abang Ridzuan. Just call me abang Wan."

Naughty girls semua memandang Ridwan, salah seorang kawan baik mereka.

"Wan, tak cakap pon kau bawak abang." Keyyah mengeluarkan loyar buruknya.

Ridwan memandang Keyyah tajam.

"Diam la gemuk."

"Yang ni abang Amin. Akak berdua tu pulak kak Rifa dan Kak Nufa. And....yup mereka kembar." Abang Ridzuan mula memperkenalkan team-teamnya kepada para pelajar.

Naughty Girls VS Abang Pengawas ✔Where stories live. Discover now