Rich Boyfriend?

11.3K 658 81
                                    

"Huh~" Fina mengeluh sendirian di atas katil memikirkan soalan Fizik yang mencabar mindanya.

"Kalau ada Ariel kan best. Senang suruh dia ajar." Keluhnya.

"Eo? Asal aku boleh teringatkan dia pulak ni? Err gila ah! " Fina mengetuk penselnya ke kepalanya.

Tok! Tok! Tok!

Fina memandang pintu biliknya yang diketuk lalu menyuruhnya masuk.

"Anakanda sibuk ke?" Soal Raja Azhar lalu duduk disebelah Fina.

Fina menggeleng kecil sambil tersenyum manis.

"Tak ada la sibuk sangat. Anakanda tengah struggle buat homework ni." Keluhnya sambil menunjukkan kerja rumahnya.

Raja Azhar tersenyum kecil.

"Kenapa tak tanya anakanda Izariel? Bukan dia tutor kamu ke? "

Fina terdiam. Takkan la dia nak mengaku hal sebenar kepada Raja Azhar. Mahu mengamuk sedunia ayahandanya tu.

"Errr... Dia.... busy.. HA Izariel kata dia busy dengan sekolah..." Balas Fina dengan sedikit tergagap-gagap memikirkan jawapan yang hendak diberikan.

Raja Azhar mengangguk kecil.

"Okey la kalau macam tu. Ayahanda keluar dulu. Belajar baik-baik."

Tak lama kemudian Raja Azhar keluar daripada bilik Fina. Fina menghembuskan nafasnya kelegaan. Hampir je terkantoi.

Fina kembali melihat kerja sekolahnya itu.

"Argh stresnya! Baik aku pergi ambil angin kat luar! Mana tahu dapat ilham ke ecececeh."

Terus sahaja Fina mencapai sweater hitamnya dan kunci keretanya lalu keluar dari rumah. Fina tersenyum memandang kereta kesayangannya yang sudah lama tersadai di garaj tanpa diguna.

Dah berbulan kot. Yela, dia pergi sekolah pun tumpang Dee or Tasya je. Kantoi la identiti dia kalau dia naik kereta mewah-mewah.

"Hai baby." Sapa Fina terhadap keretanya lalu memasuki ke dalam perut kereta.

"Eh Fina! Wait!" Panggil seseorang.

Fina berpaling ke arah suara itu lalu terkejut.

"OH MY GOSH. ABANG!" Fina berlari ke arah 'abang'nya lalu memeluknya erat seperti sudah lama tidak berjumpa.

"Oh, I miss my baby so much!" Ujar lelaki tersebut.

Tak lama kemudian pelukan mereka terlerai lalu Fina menumbuk perut abangnya dengan kuat.

"Auch."

"Eaaa abang ni dah la balik tak bagitau. Terkejut dibuatnya." Luah Fina kepada abang kandungnya yang sudah lama tidak dijumpainya.

Maklumlah abangnya iaitu Raja Afrizal Iqri atau Iqri itu sering ke luar negara untuk menguruskan syarikat perniagaan keluarga mereka di sana.

And buat makluman, even diorang ni keluarga diraja, tapi mereka jarang membahasakan panggilan diraja. Hanya digunakan apabila bersama keluarga sahaja.

Iqri tersengih.

"Sorry la sis. Hah, act abang dah balik pagi tadi dah cuma abang keluar kejap. Saja suruh ayahanda rahsiakan semua ni." Balas Iqri.

Fina mencebik lalu menolak Iqri ketepi.

"Fina nak pergi mana?" Soal Iqri melihat Fina yang ingin masuk ke dalam kereta.

"Keluar. Fina bosan terperap kat rumah je. Abang nak ikut?" Tawarnya.

Iqri mengangguk lalu mengambil alih kereta itu. Jadi, Iqri yang memandu dan Fina duduk disebelahnya.

Naughty Girls VS Abang Pengawas ✔Where stories live. Discover now