Palau

10K 650 22
                                    

"Okey, semua faham?" Soal Cikgu Naurah kepada semua pelajar kelas 5Sc.

Tasya mengangguk kecil lalu memandang Danish yang duduk di hadapannya bersama Zeeyad. Tiba-tiba, sebuah mentol muncul daripada kepalanya.

Dia mengoyakkan sehelai kertas dari buku latihan Bahasa Inggeris lalu menulis sesuatu di dalamnya. Selesai sahaja menulis, dia melipat-lipat kertas tersebut sehingga kecil bersama dengan senyuman nakalnya.

"Psst!  Psst!" Tasya cuba memanggil Zeeyad. Sebenarnya,  Danish turut mendengar suara itu tetapi dia tidak mengendahkannya.

Zeeyad memusingkan tubuhnya lalu memandang Tasya dengan pelik.

"Nak apa?" Soal Zeeyad.

Tasya menghulurkan lipatan kertas tadi kepada Zeeyad.  Zeeyad melihat kertas tersebut dan tertulis sesuatu.

To; Danish Aryan ;)

Zeeyad yang memahami maksud Tasya hanya menganggukkan kepalanya lalu memusingkan semula badannya menghadap ke hadapan. Tasya memerhati Zeeyad dan Danish.

"Weh,  nah. " Zeeyad menolak lipatan kertas itu ke arah Danish.

Danish bersama poker facenya melihat lipatan kertas itu.

To; Danish Aryan ;)

Danish tersenyum sinis. Dia dapat mengagak penghantar surat ini.

Dia membuka lipatan surat itu satu persatu lalu membacanya.

Hye? Awak marah saya lagi ke? :( Please, saya betul betul minta maaf :( Saya rindu nak dengar awak membebel.  Saya--

Tak habis Danish membaca, dia terus menggumpalkan kertas itu lalu membalingnya ke bakul sampah.

Tasya yang melihatnya hanya mampu ternganga dan terkejut. Marah sungguh lelaki itu kepadanya.

Izariel dan Rifki yang melihat perbuatan Danish tadi juga turut terkejut. Sempat juga mereka melihat Tasya yang hampir menangis melihat 'sampah' yang dibuang oleh Danish tadi.

...

"Kau kena cari dy/dx dulu baru boleh cari lengkung tu." Ujar Ridwan.

Dee dan Ain mengerutkan dahinya tidak memahami. Manakala Ridwan pula stres melihat reaksi mereka berdua.

"Aiyaa! Ni bab form 4 wei takkan korang tak ingat?" Berang Ridwan sambil mengetuk batang penselnya di kepala Dee dan Ain.

Mereka berdua mengaduh kecil.

"Aduh,  sakit la! " Marah Ain lalu menggosok-gosok kepalanya.

Secara tak sengaja, Ain menoleh ke arah belakang. Dimana pengawas kesayangannya yang sedang merajuk teruk dengannya sedang tidur.  Wow, memang pelik tengok si Nufail tidur di dalam kelas! Selalunya dia la yang paling tegas apalagi dalam keadaan kelas yang bising seperti sekarang kerana ketiadaan guru.

Ain mengerutkan dahinya pelik.

"Pelik. Macam tak bermaya je." Ain bangun lalu menghampiri Nufail tanpa menghiraukan Ridwan dan Dee.

"Wui nak pergi mana?" Soal Dee dengan perlahan.

"Awak...."

Ain menggerak-gerakkan lengan Nufail yang berlapik okey!

Tiada balasan.

"Nufail... " Ain menggoyangkan lengan Nufail dengan sedikit kuat.

"Emm..." Akhirnya Nufail terjaga lalu dia mengangkat kepalanya yang sedari tadi ditutup oleh buku.

Nufail memandang Ain dengan mamai. Mukanya yang kelihatan pucat membuatkan Ain berasa risau.

"Dee, sini kejap! "

Dee menghampiri Ain dan Nufail.

"Why?"

"Kau tengok abang kau ni. Pucat semacam je. Aku rasa dia demam." Ujar Ain tanpa mengendahkan Nufail yang masih memandangnya.

Dee menoleh ke arah Nufail dan reaksi yang diberikan sama seperti Ain tadi.

"Aah la! Abang, Dee dan Ain bawa abang pergi bilik kesihatan ya? " Dee menarik lengan Nufail supaya bangun dari kerusi.

Nufail menggeleng kecil.

"Tak payah." Nufail menarik lengannya daripada Dee dengan kasar.

Terkejut Dee melihat cara layanan Nufail.

"Abang... Dee tau abang marah Dee dan kawan-kawan Dee.  Tapi please kali ni je, dengar cakap Dee. Dee risaukan kesihatan abang." Pujuk Dee dengan lembut.

Nufail tetap berdegil.

"Tak payah." Nufail memandang Dee dan Ain dengan tajam. Marah betul dia.

Nufail mengemas barang-barangnya lalu keluar dari kelas.

Dee menunduk.

"Abang aku sendiri dah taknak tegur aku. Aku ni adik yang jahat kan?" Soalnya kepada Ain.

Ain berasa simpati terhadap Dee dan turut merasai perasaan sahabatnya memandangkan dia juga dipalau oleh Nufail.

"Nope. Kau bukan adik yang jahat.  Kalau kau jahat,  mesti kau tak suruh aku berhenti main game ni kan? Tak apa la,  nanti sama-sama kita selesaikan masalah ni ya? " Pujuk Ain sambil memeluk Dee.

Dee mengangguk pasrah.

Eyo eyo kalau sis rajin malam ni sis update agi sbb esok xde kelas muahahhahagaga ( ̄∀ ̄)

Okok dont porget bote and tomment <(‾︶‾)>💜

Naughty Girls VS Abang Pengawas ✔Where stories live. Discover now