Blok Seram

24K 1.2K 82
                                    

Sorry dalam part lepas terlalu banyak typonya😢 and author pun rasa terlalu malas nak betulkan😂 korang paham2 sebdiri je la😂 and for this part pin terlalu banyak typo agaknya.

Miahnae😂

"Tak payah nak sorok-sorok sangat la. Ingat aku tak tahu apa kau buat dengan cikgu Afiq kan." Dalih Rifki.

"Tapi......kenapa kau ni suka sangat kena kan orang? Macam tak ada life je kau ni." Kata Rifki dengan selamba.

Bum!

Sarah menghentak meja.

"Woi! Kau mulut jaga sikit eh. Sedap je cakap aku tak ada life! Dah aku nak bla!" Marah Sarah lalu pergi meninggalkan Rifki sendirian.

Rifki tercengang.

"Eh minah ni. Dah kenapa marah-marah? Eh tinggal hotdog camtu je? Tak bersyukur betul budak ni. Tak baik membazir." Terus sahaja hotdog tersebut dimasukkan ke dalam mulutnya.

....

"Sedap dia je cakap aku tak ada life😐. Suka hati aku la nak kacau siapa pun! Bukannya aku pernah kacau dia pun!" Bebel Sarah sambil berjalan menuju ke kelas untuk mengambil beg sekolahnya. Lagipun, waktu sekolah sudah lama tamat.

"Eh, Sarah!" Panggil seseorang dari belakang.

Sarah memusingkan badannya.

"Oh, Rafael rupanya. Kenapa ni?" Soal Sarah kepada Rafael, sahabat abangnya.

"Tadi Syakir cari kau dekat kelas tapi tak ada. So, dia suruh tunggu dekat parking motor." Balas Rafael.

Sarah mengerutkan dahinya.

"Laa, Pak Mad tak ambik ke?" Soal Sarah menanyakan keberadaan drivernya.

"I don't know. Dah la, aku chau dulu. Bye." Terus sahaja Rafael pergi dari situ.

"Eleh nak date dengan awek le tu." Sindir Sarah lalu meneruskan perjalanannya ke kelas.

Sampai sahaja, dia perasan hanya tinggal begnya dan Keyyah sahaja.

Eh, tak balik lagi ke budak ni? Fikir Sarah dalam hati. Nak call, bateri habis pulak.

"Ah, nanti pandailah dia balik. Baik aku bla dulu. Bukan tak tahu, Ammar tu kalau marah." Bebelnya sambil menyebut-nyebut nama abangnya, Muhammad Ammar Syakir.

Memang hanya keluarganya sahaja memanggil Syakir, Ammar. Malah, tidak pernah sekalipun Sarah membahasakan 'abang' kepada Syakir walaupun Syakir tua setahun daripadanya kecuali ada permintaan yang ingin dimintainya sahaja.

Sampai sahaja di tempat parking motor, matanya meliar-liar mencari keberadaan Syakir. Setelah dapan mengesan, dia terua mendekati abangnya itu.

"Ammar!" Sengaja Sarah menjerit kuat-kuat di tepi telinga Syakir. Hah termenung lagi!

"Oh, mak kau hijau!" Syakir melatah. Sarah ketawa berdekah-dekah mendengar apa yang dikatakan oleh Syakir tadi.

"Sedap-sedap je Ammar kata Puan Siti kita tu hijau! Ayok, nanti Awin bagitahu mummy." Ugut Sarah sambil menggoyang-goyangkan jari telunjuknya.

"Jahatlah Awin! Tak nak kawan! Balik sensorang." Rajuk Syakir lalu dia menyalakan enjin motor ninja hijaunya dan terus meninggalkan Sarah.

Sarah tercengang di situ.

"Yak! Bagitahu mummy yang Ammar buli Awin!" Jerit Sarah tapi diendahkan oleh Syakir.

Dengan kegeraman, Sarah terus menuju ke bus stop. Ala, macam dia tak tahu, semerajuk manapun Syakir tu, dia takkan pernah tinggalkan adiknya keseorangan. Buktinya, Syakir menunggu Sarah di depan bus stop. Ceh, padahal tujuan utamanya nak usha awek!

Naughty Girls VS Abang Pengawas ✔Where stories live. Discover now