▽03

3.2K 389 49
                                    

Namjoon terkaku. Macam mana perempuan ni boleh tahu namanya dan dia tahu buku apa yang Namjoon sedang cari? Dia ada sixth sense ke? Namjoon menelan air liur.

"Tak payahlah buat muka macam tu. Tak pernah tengok perempuan ke? " perempuan itu menghulurkan buku tersebut kepada Namjoon.

"Macam mana awak tahu nama saya? " tanyaku. Dia melihat ke arah blazerku. Oh! Namjoon rasanya lupa yang dia memakai name tag. Dia tersengih sambil menggaru kepala.

"Dan buku ni, macam mana awak tahu saya tengah cari buku ni? Siapa awak sebenarnya? Awak ada sixth sense ke? " bertubi-tubi soalan yang Namjoon lemparkan. Kemudian, dia mula fikir yang mengarut.

"Biar saya perkenalkan diri dulu. Kwon Hae ibnida, pelajar tahun kelapan Jurusan Psikologi. Saya tak tahu yang awak nak buku tu. Saya baru lepas habis baca dan suruh awak tolong simpankan. Dan jelas sekali, manusia hanya ada lima deria sahaja. Kamu pun tahu tu, Kim Namjoon-ssi.. " panjang lebar perempuan bernama Kwon Hae ini bercerita.

"Pelajar tahun kelapan? Jadi, awak dah lapan tahun belajar kat sini? " tanya Namjoon dengan perlahan, memandangkan mereka berada dalam perpustakaan. Dia mengangguk.

"Apapun, thanks untuk buku ni. Jumpa kat dewan nanti. " ucap Namjoon. Hae hanya memandang sekilas lalu beredar dari situ.

Okey, aku mula ada satu perasan pelik. Bukan aku suka dia, tapi ada sesuatu yang pelik tentang Hae tu. Hanya berdiri di hadapan dia saja dah terasa aura ganjil. Pandangan dia pun agak pelik. Siapa dia sebenarnya?

Namjoon mengelamun, memikirkan tentang hal itu. Sedar-sedar saja, tinggal sepuluh minit lagi kuliah bermula. Dia cepat-cepat meninggalkan perpustakaan tersebut lalu beralih ke dewan kuliah.

Yoongi baru saja tamat sesi kuliahnya. Dia menggeliat dan menguap. Alangkah seronoknya kalau tidur masa tu. Dia bangun lalu turun ke pintu keluar.

"Cheogiyo.. " seseorang menegurnya. Yoongi berpaling serta merta.

"Awak belum ada kamera lagi kan? " Yoongi mengerutkan dahinya sedikit lalu menggeleng.

"Professor suruh saya bawak awak untuk ambil kamera pemberian akademi. Mari.. " seorang perempuan membawa Yoongi berjalan menerusi koridor.

"Nuguseyo? " Yoongi agaj keliru apabila dia tiba-tiba saja muncul dan membawanya ke lokasi yang tidak diketahuinya.

"Choi Solmin ibnida. Pelajar tahun ke dua Jurusan Fotografi. " katanya sambil memantaskan langkahnya. Yoongi pula sudah jenuh mengejar Solmin itu yang semakin jauh di hadapannya.

Solmin berhenti di sebuah bilik selepas banyak melalui laluan berliku. Dia mengakseskan dirinya lalu masuk ke dalam bilik tersebut.

Apabila lampu dibuka, hampir beribu-ribu buah kotak kamera dilihat, tersusun rapi di setiap rak. Tempat ini seperti stor kamera. Hampir semua jenis kamera wujud di sini.

Solmin mendekati sebuah rak lalu mengambil sekotak kamera dan beberapa lensa kamera. Kemudian, diberikan semuanya kepada Yoongi. Peralatan seperti tripod, bateri dan charger kamera juga diberikan.

"Jaga elok-elok, jangan bagi rosak.. " kata Solmin. Yoongi mengeluh sambil membawa kamera itu keluar.

"Tak ke banyak sangat ni? " tanya Yoongi. Solmin memandang Yoongi serius.

Bangtan Academy » 방탄소년단 «Where stories live. Discover now