▽31

1.5K 216 19
                                    

Jaewon dan Hawon dibawa ke sebuah bilik. Erry mendahului laluan dan melangkah masuk ke dalam.

Jaewon dan Hawon memandang ke dalam. Tubuh mereka masih belum masuk lagi tapi kepala sudah.

"Buat ape tu? Cepatlah masuk. " arah Erry. Mereka berdua agak ragu-ragu untuk masuk.

Akhirnya, mereka masuk juga. Pintu terus tertutup rapat. Hanya mereka bertiga sahaja dalam bilik putih tersebut.

Terdapat sebuah alat kawalan pada salah satu dinding. Sekali Erry menekan punat on, sebuah skrin hologragik terus muncul. Dia menetapkan tetapan dan memulakan tugasnya.

Erry menyentuh sesuatu punat lalu sebuah mesin dihidupkan.

Dua buah katil yang disambungkan kepada sebuah alat berteknologi tinggi terpamer di depan mata mereka. Bagi budak lima tahun, semestinya mereka jakun dengan keadaan sekarang.

"Kamu berdua baring kat situ. " suruh Erry. Tanpa banyak soal, mereka menuju ke arah katil tersebut lalu baring di atasnya.

Setelah mereka berbaring, mereka dimasukkan ke dalam mesin tersebut perlahan-lahan. Dan yang peliknya, mereka langsung tak takut atau ape.

"Jangan banyak bergerak. Benda ni tak menyakitkan langsung. " kata Erry. Bunyi kuat daripada mesin itu membingitkan telinga.

Mereka berdua masih kekal tenang di dalam.

Proses tersebut berjalan dengan lancar selama beberapa minit. Mereka berdua dikeluarkan dari mwsin tersebut dengan selamat. Nasiblah, tiada sesiapa tercedera dalam proses tersebut.

Mereka berdua serentak turun daripada katil, seperti sudah tahu bagaimana prosedurnya. Mereka mendekati Erry yang sedang fokus pada skrin di hadapannya.

"Kak Erry tengah buat ape? " soal Jaewon sambil melihat buntu pada skrin tersebut. Satu benda pun dia tak paham.

Erry tak menjawab.

Tiba-tiba, skrin itu hilang. Erry memandang mereka berdua. Kemudian, dia melutut.

"Pergi duduk kat situ. " jari Erry menunding ke satu tempat yang kosong. Sebaik sahaja dia menunding, dua buah meja dan kerusi dinaikkan dari lantai.

Setelah selesa duduk, Erry membuka semula skrin tadi. Tetapi benda yang muncul agak berlainan dengan yang tadi.

"Korang tahu tak IQ tu ape? " tanya Erry walaupun dia masih berurusan dengan skrin. Si kembar itu saling berpandangan.

"Tak! " serentak mereka menjawab. Erry pula tersenyum.

"IQ ni maksudnya nilai kecerdasan atau Intelligent Qoutient. " terang Erry.

"IQ sape lagi tinggi? Hawon ke Jaewon? " Hawon mengangkat tangan dengan bersemangat. Erry tak hairan jika mereka terus memahami ayat tersebut, memandangkan IQ mereka tinggi.

"Ini kebetulan, IQ korang berdua hampir sama tinggi. Sebanyak 193. " Erry mengangguk sambil berjalan ke arah skrin tadi yang muncul semula, lagi.

"Yeay! Kite same! " mereka berhighfive. Senyuman masih belum pupus daripada bibir Erry. Memang senyum saja melihat gelagat mereka berdua.

"Mulai hari ni, kamu berdua akan tinggal di sini. Semua barang-barang sedang dipindahkan dari rumah ke sini. Kamu tak dibenarkan keluar dari sini tanpa kebenaran ayah. Faham? " Erry berubah menjadi agak serius. Namun, Jaewon dan Hawon langsung tak gementar atau takut atau perasaan yang sewaktu dengannya.

Sebab mereka percayakan kakak mereka.

"Ishh! Bagi la balik! Tu aku punye lah! " Hawon cuba merampas balik aiskrim yang dimakannya daripada Jaewon.

Bangtan Academy » 방탄소년단 «Where stories live. Discover now