▽28

1.5K 231 49
                                    

Suara tu macam suara Tyler. Jantung aku berdegup kencang. Ape yang dia nak buat? Patutnye aku balik dengan driver takdi. Sekarang, aku terikat di sebuah kerusi di lokasi yang tak diketahui.

Aku kaku, berpura-pura masih pengsan.

Bunyi seperti pintu tertutup bergema. Lalu aku dengar beberapa gesekan tapak kaki di lantai. Aku jadi gelisah.

"Aku tahu kau dah bangun. " kata Tyler. Aku terkilan.

Aku terasa seseorang sedang membuka ikatan penutup mataku. Saat itu, aku tahu yang aku takkan selamat. Tolonglah aku sesiapa pun.

Penutup mata tadi dialihkan daripada membutakan aku. Aku mula mengenalpasti lokasi aku sekarang. Tapi, satu pun aku tak dapat nak fikir. No idea.

"Aarghh! " tiba-tiba aku terasa seperti dicucuk sesuatu. Atau lebih tepat, disuntik. Aku dapat rasa cecair mengalir masuk ke dalam badan aku.

"Jangan risau. Ini cuma akan buat tubuh kau kebas untuk sementara waktu. " ujar Tyler lagi. Nafas aku turun naik, menahan sakitnya disuntik tadi.

Tyler dengan kasar menolak kerusi di mana aku terikat jatuh. Kepala aku terhantuk kat lantai simen. Rasa macam bergegar otak.

Namun, tolakan dia bukan tolakan yang biasa.

"Baru tolak sikit, dah cedera? " Tyler duduk bercangkung di hadapan wajahku. Muka aku tercalar dek lantai simen itu dihiasi dengan kaca yang pecah.

"Kau nak balas dendam pasal hari tu? Kenapa kau ambik aku? Yoongi yang belasah kau kan? " tengking aku kepadanya.

"Tapi, aku dah jumpa kau. Peluang jarang datang berkali-kali. Aku tak patut lepaskan peluang, betul tak? " Tyler tersenyum jahat. Dia bangun lalu mengenakan kakinya pada perutku. Banyak kali.

Aku cuba menahan sakit, tapi ianya terlalu menyeksakan. Seakan-akan organ dalaman aku sedang berubah tempat.

"Ahh, satu lagi. Anggap kau ni orang yang bertuah. Orang pertama berjumpa dengan ketua. Face to face. "

Hah? Ape yang dia merepek? Ketua?

BUM!

Bunyi pintu dihempas. Aku dan Tyler serentak memandang ke tempat yang sama, iaitu sumber bunyi tersebut.

Aku melihat seorang lelaki sedang berdiri di hadapan pintu tersebut, lalu dia melangkah masuk.

"Oh! Tyler! Aku ingat siapa tadi. Aku just lalu dan dengar bunyi bising kat sini. Tu yang aku datang. " lelaki tadi masuk secara santai dan tenang. Seolah-olah dia sudah rapat dengan Tyler.

Yang peliknya, Tyler nampak takut. Sedikit demi sedikit dia mengundur ke belakang.

"Kau dah langgar peraturan nampaknya. " dia melihat aku lalu mengeluh.

"Kau tahukan, ape ketua akan buat pada orang yang langgar peraturan dia? " lelaki itu seperti sedang mengugut Tyler.

"Kali ni, aku lepaskan kau. Pergi sebelum aku lapor padanya. "

Tyler memandang aku sekilas lalu beredar dari situ dalam ketakutan. Nampaknya lelaki ni lah kelemahan dia.

Lelaki tersebut mendekatiku lalu memutuskan ikatan yang mengikat aku pada kerusi. Kemudian, dia membangunkan aku. Dia dudukkan aku diatas kerusi tadi lalu dia duduk bersandarkan dinding di belakang.

"Go-gomawoyo.. " ungkapku lemah.

"Eo. " jawabnya sepatah.

Tapi aku curious. Siapa dia sampai dia tetiba datang selamatkan aku?

Bangtan Academy » 방탄소년단 «Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin