▽44

1.3K 224 28
                                    

Jungkook

Aku perlu buat sesuatu. Lagipun, masa semakin suntuk. Walaupun ini bukan pilihan aku, aku terpaksa menghadap bionic tersebut.

Aku dan bionic tersebut saling berpandangan. Aku terus menerkam dia sehingga dia terjatuh ke belakang. Ketika itu, aku tiba-tiba rasa 'wow'.

Aku dapat rasa tubuh besi bionic ini. Sangat keras dan kuat. Patut pun Hyuk kata susah nak mengatasi kekuatannya. Aku dapat rasa ia berlaga dengan tulang-tulang aku.

Bionic tersebut dengan senangnya menolak aku ke tepi. Aku tercampak ke dinding. Rasa sakitnya, hanya aku yang tahu. Tulang belakang aku terasa macam blok lego yang berterabur.

"Jungkook, " aku memandang Hae, empunya suara yang memanggil aku. Dia menutup mulutnya. Aku tak memberi sebarang reaksi, tapi Hae nampak terlalu kaku. Dia seperti rasa apa yang aku rasa.

Bionic tadi kini menindih aku. Apa yang aku mampu buat hanyalah menahan serangannya.

"Cepat pergi! " jeritku sekuat hati. Jimin teragak-agak nak tinggalkan aku dengan bionic ini. Tapi riak wajah aku memaksa dia.

"Maafkan aku, Kook. " Jimin berlari, diikuti oleh Hae ke tangga dengan pantas. Kemudian, mereka berdua hilang dari pandangan aku.

Hanya dengar bunyi gema tapak kaki mereka menaiki tangga dengan laju, cukup buat aku rasa lega. At least, aku tahu mereka masih hidup.

Sekarang, antara aku dan bionic ni.

Bionic tersebut mencekik aku lalu mengangkat aku dalam keadaan tercekik. Pernafasan aku menjadi terhad. Cengkaman tangannya amat kuat. Lebih kuat dari yang aku sangka. Badan aku ditekan ke dinding dalam keadaan kaki tak jejak tanah. Aku dapat rasa yang graviti menarik aku ke bawah, itu paling menyakitkan.

Aku sedaya upaya cuba melepaskan cengkamannya. Tapi lagi kuat aku melawan, lagi kuat dia mencengkam. Tiba-tiba, ia menekan tengkuk aku dengan jari-jari besinya.

Aku mengerang. Kuat. Aku rasa ia akan patahkan tengkuk aku. Aku memandang tepat ke matanya. Ia bertukar merah. Oh, lepas ni mata dia keluar laser pulak? Sindir aku.

Tapi, lama ia berwarna merah. Sebelum ni biasa je, macam mata manusia.

"Wae? Kenapa tak laser je muka aku ni?! " aku berani berkata. Dia mengangkat aku dengan lebih tinggi. Badan aku teruk tergesel pada dinding.

"Tugas kami ialah membawa survivors yang masih kepada ketua. " jawabnya dengan suara robotik. Ketua kejam tu? Aku terdiam apabila bionic itu menjawab serta-merta.

"Ketua? Aku tak ingin jumpa dengan psycho tu! " aku mengerang kesakitan lagi kerana dia baru mencengkam dengan lebih kuat dan ganas.

"Wanton need you, Jungkook. " suara lain pula yang keluar. Aku mengerutkan dahi, tersentak. Bukan suara robotik yang tadi, suara ni lebih kepada suara seorang lelaki.

"Hah? " aku keliru. Bionic boleh tukar-tukar suara pulak? Macam-macamlah teknologi sekarang ni. Aku dapat rasakan cekikannya semakin melemah. Aku mula rasa lega, tapi aku tak boleh lama. Kaki aku masih belum jejak tanah.

Tiba-tiba, bionic itu rebah, jatuh ke lantai. Badan lemah aku juga jatuh disebabkan kaki aku tak mampu berdiri. Aku dengar bunyi tapak kaki berlari turun dari tangga. Aku nampak figira Jimin dan Hae meluru ke arahku. Aku memucat. Aku lupa yang aku trauma dengan cekikan.

Bangtan Academy » 방탄소년단 «Where stories live. Discover now