▽27

1.7K 226 99
                                    

Taehiyoung: biar betul hyung?? 😱 Kwon Hae yg aniaya kite selama ni?!

Pinshessjin: Daebakk lah 😨

YunGy: kau jgn memain weyhh.. Siyes ahh

Namjunekim: buat ape nk tipu pulak

Namjunekim: K, cer ingat ape yg jimin cakap. Dia kate dia kelar pergelangan tangan org tu kan? Pergelangan tangan Kwon Hae skang tengah berbalut. Siap ade kesan darah agii. Nak aku konfemkan lagii??

YunGy: kk yelah.. -_-

Chiminmin: Hohoho betul jugak aku akhirnyee 😁

Hobie_: .... No comment.. Too shocked

Jeonkookie: Uaaaa~ hyung speaking duhh 😆

Esoknya, mereka semua berkumpul di dalam bilik. Fikiran mereka bercelaru memikirkan tentang penganiayaan terhadap mereka.

Nasib Jimin semalam memang baik. Kalau tak, takdenye dia sekarang. Bukan nasib je baik, tindakan pun bagus. Dia kelar tangan penikam tu supaya mereka boleh cari dia. Dan ternyata itu adalah Kwon Hae. Dia yang dulu nampak baik, sekarang lebih dasyat daripada orang psycho.

Taehyung memandang ke sudut bilik secara rawak. Kemudian, dia memandang Jimin yang terbaring kebosanan. Tangan tak boleh buat ape. Kalau nak ke hospital.. Tak boleh gerenti keselamatan dia nanti.

"Jimin, meh aku tengok luka kau tu jap. " Taehyung bangun lalu duduk berhadapan dengan Jimin di atas katilnya. Jimin bangun dari baringnya tadi dan menghulurkan tangannya sambil mencebik.

Namjoon renung balutan Jimin yang sedang dibuka. Lalu dia teringat balutan pada tangan Hae. Sungguh, dia masih tak percaya realiti ni.

"J-Jimin!! Kau ni keturunan Shim Chung ke ape?! Daebak! " Taehyung tekejut melihat tangan Jimin yang cedera semalam.

And guess what? Dah nak hampir sembuh.

"Ehehegegegege tengoklah sape. " dah start dah zaman kedivaan Park Jimeng. Taehyung menggeleng melihat telatah manusia di hadapannya itu.

Taehyung tak nak buat masa bebanyak. Dia segera mengganti balutan tangan Jimin tersebut dengan yang baru.

"Nah dah siap. Jangan bagi Namjoon hyung kacau pulak. Nanti hancur balutan cantik tuh. " sindir Taehyung lalu menuruni tangga katil. Namjoon hanya memandang sekilas manakala tangan menyelak helaian buku.

"Ahahahaha lawaknyee. " balas Namjoon, hambar.

Namjoon tiada mood nak bergurau sekarang. Kepalanya serabut memikirkan nasib mereka selepas ni. Tangannya sekadar menyelak helaian, menghilangkan bosan. Kalau difikirkan balik, semua orang dah terkena dengan Kwon Hae.

Kecuali dia.

Hanya dia yang belum terkena. Mungkin Hae akan buat lagi dasyat daripada Jimin. Hatinya mula gundah. Rasa macam diancam.

Surat yang dikirim oleh Hae kepada Taehyung itu masih padanya. Dia tak beritahu Taehyung lagi. Rasa ingin tahunya kuat sampai dia nak baca isi kandungan surat tu.

Namjoon tak berfikir panjang. Dia terus mengeluarkan surat tersebut lalu membaca isinya.

Thank you. You'll be a perfect person in the future. I will meet you as soon as possible.

Bangtan Academy » 방탄소년단 «Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum