▽36

1.4K 225 72
                                    

"Kita cuba cari dulu. " kata Hyuk. Mereka berpecah kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama; Hyuk, Namjoon, Jimin dan Hoseok manakala kumpulan kedua; Hae, Jungkook, Yoongi dan Taehyung. Pertama ke kanan dan kedua ke kiri.

Mereka melewati setiap kapsul sambil melihat biodata subjek yang tertera. Tapi, langsung tak jumpa. Namun, mereka tak berputus asa. Pencarian diteruskan lagi dengan lebih pantas. Mereka sendiri tak tahu bila ketua akan balik ke sini.

Jungkook melalui sebaris kapsul. Dia menekan lutut, kepenatan. Nafasnya tercungap-cungap dari tadi. Akibat terlalu kepenatan, Jungkook hanya mampu berjalan dengan pantas.

Dia melewati sebuah kapsul lalu matanya tertarik dengan biodata subjek tersebut.

Lee Yongwon | Manipulation Stage 2 : 74%

Jadi betul lah..

Jungkook memandang wajah subjek. Ternyata, itu bukan Yongwon lagi. Wajahnya berubah sangat. Menjadi aneh. Wajahnya dipakaikan topeng mulut dan cecair hijau mengalir melalui tiub. Tubuhnya menjadi hitam dan ditumbuhi duri-duri tajam. Jari-jarinya pula menjadi lebih panjang dan berkuku seperti besi. Jungkook tak sanggup lagi melihat makhluk jijik itu. Dia mengalihkan pandangan lalu sambung pencarian mereka.

"Aku dah jumpa! " teriak Taehyung. Mereka berlari ke arah sumber jeritan yang didengari tadi.

Seokjin sudah berada di dalam kapsul. Kapsul tersebut dipenuhi dengan cecair hijau muda dan merah yang bercampur aduk ke merata tempat. Kini, hanya wajah Seokjin kelihatan. Taehyung melihat Seokjin hyung membuatkan matanya ingin mengalirkan air mata.

Semua sudah berkumpul di situ. Hyuk yang lebih arif melihat peratusan manipulasi yang telah berjaya.

Kim Seokjin | Manipulation Stage 1 : 1%

"Dia baru diletakkan ke dalam kapsul. Jadi, masih ada harapan. " Hyuk melangkah ke belakang kapsul lalu mematikan kapsul tersebut dengan menarik wayar sumber kuasa.

| Manipulation Failed |

Cecair yang memenuhi tadi mula surut. Hilang ke mana tak penting. Tubuh Seokjin mula kelihatan sedikit demi sedikit. Dia berpakaian serba putih. Baju yang nampak seperti baju khas berlengan panjang. Begitu juga dengan seluar. Semuanya serba putih. Hyuk tiba-tiba menelan air liur. Pakaian tersebut mengingatkan dia pada Hae, ketika Hae dimanipulasikan dulu.

Setelah cecair itu menyurut, pintu kapsul terbuka dengan sendiri. Wajah Seokjin kelihatan pucat dan lemah. Mungkin dia sudah mula bergelut dengan biokimia tersebut.

"Rancangan aku berjaya nampaknya. " suara itu. Hyuk tersentak. Baru sahaja mereka nak keluarkan Seokjin dari kapsul. Mereka saling berpandangan sebelum memandang ke belakang.

"Ketua, "

Mereka tak menunduk, lagi-lagi Hyuk ataupun Hae. Ketua juga, sedikit pun tak berganjak. Keadaan di sana begitu tegang. Tak mungkin mereka dapat lepaskan diri lagi.

"Kau cuba nak selamatkan dia. Sama macam kau nak selamatkan adik kau, Hyuk. " Ketua tersenyun menyeringai. Suasana seram terus berbangkit. Mereka dapat rasa diri mereka sekarang sedang terperangkap. Dan setiap jalan keluar adalah jalan mati.

"Rancangan tuan, semuanya dah lapuk. Aku sentiasa tahu apa yang tuan akan buat lepas ni. " Hyuk memberanikan diri untuk berkata. Ketua seperti gembira melihat keberanian Hyuk. Dia tertawa kecil lalu menggeleng sedikit.

"Jadi, kenapa kau tolong subjek? Kau tahu rancangan aku yang seterusnya, kan? " ketua mula menghampiri mereka dengan tangannya bersilang di dada. Mereka semua tak boleh nak berganjak. Kalau berganjak, mereka akan tinggalkan Seokjin di situ.

"Atau, kau dah lupa. Kau masih lagi seorang Wanton workforce, Jaewon. " ketua sengaja menyebut nama 'Jaewon' untuk membuat Hyuk rasa bersalah dan kembali ke Wanton. Tak usahanya tak berjaya.

"Jaewon dan Hawon dah mati, tuan. Tuan sendiri dah tahu. " suara Hyuk semakin perlahan. Tetapi atas bantuan gema, ianya jelas kedengaran.

['Mati' di sini bukan mati yang sebenar. 'Mati' bermaksud berpaling tadah atau keluar dari Wanton. Memang orang tu akan mati macam Profesor Kwon. Tapi, disebabkan Jaewon dan Hawon adalah pewaris Wanton, mereka tak dibunuh tapi masih dikatakan mati.]

"Kau dah kurangkan pilihan kau. " ujar ketua. Ini benar-benar mengelirukan. Ada mesej yang dia ingin sampaikan. Mata Hyuk terbeliak, dia faham apa yang dikatakan.

"Tangkap mereka. "

Bionic sejumlah mereka berlari ke arah mereka lalu menutup mulut mereka. Tanpa mereka sedar, seorang demi seorang rebah ke lantai. Bionic tersebut mengeluarkan gas biokimia yang mengejangkan keseluruhan badan mereka. Lebih umum, mereka pengsan akibat terhidu gas tersebut.

"Keluarkan mereka semua dari sini. Termasuk subjek Kim Seokjin. " arah ketua.

"The plan gonna be interesting. Just like surviving. "

Erry sedang meluru ke Pusat Kawalan Wanton. Dia baru sahaja menerima arahan ketua tentang pertukaran rancangan. Seperti yang sudah diketahui, Wanton akan melancarkan serangan yang amat besar. Dan inilah rancangannya.

Sesampainya di sana, Erry tak buang masa. Dia terus membunyikan arahan yang diterimanya tadi.

"Ini arahan ketua. Kita akan buat serangan yang besar. Ketatkan kawalan tembok akademi. Pasang semua kamera yang ada. Lepaskan gas biokimia. "

"Dan lepaskan semua mutant yang ada. "

Namjoon

Mata aku tiba-tiba terbuka. Aku melihat sekeliling. Macam mana aku boleh ada di atas bumbung? Aku cuba bangun dari lantaran aku. Setelah bangun, apa yang aku nampak memang dasyat.

Asap. Kaca pecah. Kereta yang renyuk. Bangunan musnah. Apa dah jadi sebenarnya kat sini? Akademi dah musnah. Dan kawan-kawan aku dah hilang. Seokjin hyung, oh tak. Tolonglah, janganlah apa-apa yang buruk terjadi.

Aku melihat sekeliling sekali lagi. Terdapat sebuah kotak besi yang besar berdekatan tempat aku terbaring tadi. Penutupnya tak berkunci tetapi agak ketat. Aku berusaha sedaya upaya untuk membuka kotak itu. Mungkin ada sesuatu yang berguna dalam ni.

Penutup itu terbuka. Aku melihat ke dalam. Sepucuk pistol, beberapa bekas peluru, dagger dan bandage. Huh, Wanton nak aku berlawan pulak? Cukuplah diorang aniaya aku, sekarang nak aku berlawan.

Ah, sudah! Kawan-kawan aku mungkin dalam bahaya kalau persekitaran dah macam bencana alam gini. Aku mengambil segala benda yang terdapat dalam kotak besi tersebut. Kemudian, aku menjumpai tangga di sudut bumbung tersebut lalu berlari turun melaluinya.

Fakulti Sains Angkasa, lokasi aku sekarang. Aku berjalan di tingkat di bawah bumbung. Semuanya tunggang langgang. Kaca pecah, lampu berkelip-kelip tanda rosak, meja dan kerusi patah. Dah macam rumah hantu aku tengok. Apa yang terjadi sebenarnya? Gempa bumi? Boleh jadi, tapi macam mana aku boleh ade kat bumbung pulak?

Aku masuk ke sebuah koridor yang bersambung dengan tangga. Aku menuju ke tangga yang terletak beberapa meter di hadapan.

Tetapi sesuatu telah menghentikan aku. Aku melihat ke arah salah satu dinding dengan pandangan yang pelik. Aku menemukan kesan cakaran yang dalam serta berair. Aku mula rasa jijik. Makhluk apa yang datang sini.

Tak lama kemudian, bunyi merengus kedengaran. Aku terkejut lalu bersembunyi di sebalik dinding selekoh. Aku mengintai sedikit ke koridor tadi.

Oh sht.

Ianya mutant.

Bangtan Academy » 방탄소년단 «Where stories live. Discover now