▽38

1.3K 217 45
                                    

Aku tak berani nak buat apa-apa. Siyes, Yoongi tengah sakit entah kenapa dan mutant sedang menghampiri. Aku memandang Yoongi dengan wajah kasihan, takkan aku nak tinggal dia kat sini? Kemudian, aku memandang ke atas, di mana bunyi dengusan yang kuat itu kedengaran.

"Hyung, tahan ya? " aku memapah Yoongi ke tingkat yang berdekatan. Mataku meliar mencari tempat yang sesuai untuk rehatkan Yoongi.

Aku melihat sebuah bilik yang masih dalam keadaan yang elok. Aku membawa Yoongi masuk ke dalam bilik tersebut lalu membaringkan tubuhnya di atas lantai. Aku mencari-cari sesuatu yang dapat menahan pintu tersebut, lalu aku mengambil sebuah kerusi dan menyekat tombol pintu. Tanganku erat memegang pistol yang sudah ditarik slidenya.

Aku dapat rasakan yang mutant tadi dapat mengesan kehadiran kami berdua. Ia juga dapat mencari lokasi kami sekarang. Bunyi dengusan darinya semakin kuat dari tadi, mungkin ia semakin hampir.

Masa itu juga, aku memandang Yoongi yang bersandar pada dinding sambil menekan-nekan dadanya. Dari ekspresi mukanya, aku tahu ianya teramatlah sakit. Wajahnya hampir berpeluh menahan. Nafasnya ditarik berat, begitu juga apabila dihembuskan.

Ia menghentak pintu dengan kuat. Sehinggakan terdapat kesan retak pada pintu dari dalam. Aku tak rasa yang pintu tu akan tahan lagi satu hentakan. Aku terus menghalakan pistol ke arah pintu tersebut. Bila pintu tu roboh, aku akan tembak.

Tiba-tiba, mutant di luar tersebut mengerang. Aku terkejut dengan teriakan seramnya. Aku juga terdengar bunyi derapan tapak kaki dari luar yang berpusu-pusu datang semakin dekat.

Pintu itu dihentak lagi. Kali ni, lebih perlahan dari yang tadi. Tanganku masih lurus memegang pistol yang mengacu ke arah pintu tadi.

Terus, pintu itu roboh dengan serta merta. Lalu, aku melihat kawan-kawan aku berada di luar.

"Hyung! " Jimin yang merobohkan pintu tadi melangkah ke arah ku.

"Kau okey tak? " Hoseok pula masuk menyertai. Aku memandang dengan bingung. Sebenarnya, aku yang hilang. Bukan mereka.

"Y-yoongi.. " aku menunding ke arah Yoongi. Kini, dia sudah terbaring seakan-akan tak sedarkan diri. Mereka semua meluru ke arah Yoongi dengan cepat lalu melihat keadaannya.

Hyuk menyelak baju Yoongi di bahagian perut. Apa yang dijumpainya amat mengejutkan. Ianya bagaikan sesuatu membengkak di situ sebesar tapak tangan berwarna hijau pekat. Aku menutup mulutku yang ternganga. Inilah benda yang paling jijik pernah aku lihat selain mutant.

"Yoongi dah dijangkiti. " ujar Hyuk. Perkara ni lebih buat aku ternganga.

"Hah? Jangkit? "

"Virus biokimia. Aku tak tahu macam mana, tapi nampaknya benda tu dah menyerang jantung dia. Dia dah mengalami kesukaran bernafas. " terang Hyuk. Dia menanggalkan beg dari belakangnya lalu mengeluarkan kain. Dia membalut bengkak itu, pada masa yang sama Yoongi mengerang kesakitan. Ia nampak macam menyakitkan.

"Kita kena keluar, mutant ni boleh pulih dalam bila-bila masa. " kata Taehyung. Dia mengacukan pistol ke arah mutant itu sebagai langkah berjaga-jaga.

"Betul. Kita bawa Yoongi balik ke base. Rawat dia di sana. Aku dan Jungkook akan pergi dapatkan vaksin. " putus Hae. Dia juga turut mengacukan pistol ke arah mutant tersebut.

"Tolong aku angkat dia. " Hyuk memberi isyarat kepada Jimin untuk membantunya memapah Yoongi keluar dari tempat itu.

Hyuk dan Jimin membawa Yoongi keluar, aku mengekori mereka dari belakang bersama Hoseok, Jungkook, Hae dan Taehyung memerhatikan sebarang pergerakan pada mutant itu sambil mengikut langkah orang hadapan.

Kami turun ke tingkat satu lalu bergerak keluar dari bangunan seram tersebut. Jungkook dan Hae mengubah hala tuju mereka manakala Taehyung bergerak ke hadapan untuk mengetuai jalan dari bahagian depan. Manakala, Hoseok menjaga di bahagian belakang.

Lama kami berjalan, kemudian kami tiba di sebuah kedai yang sudah kosong. Kedai tersebut seperti kedai fast food kerana gaya mejanya lain daripada yang lain. Kami semua masuk ke dalam. Kedai tersebut tak berapa tunggang langgang, lebih tepat bersepah. Aku mempercepatkan langkahku untuk pergi lebih dalam.

Hyuk dan Jimin menjatuhkan Yoongi dengan perlahan. Yoongi agaknya masih sedar atau tak? Aku memandang Yoongi sekilas. Kami semua masih risaukan keadaan dia. Jangkitan virus biokimia, siapa lagi yang buat kalau bukan Wanton. Tak guna.

"Namjoon, kau okey? " soal Hoseok. Aku mengangguk kecil, kepenatan. Aku duduk bersandarkan dinding yang sudah lusuh warnanya.

"Aku tak rasa kau okey. " Hyuk memandang kaki aku. Aku juga turut memandangnya. Apa yang tak kena?

"Hah? "

Hyuk menghampiri aku lalu menyinsing hujung seluar aku. Lalu dia menjumpai bengkak yang sama seperti Yoongi. Aku terkejut beruk. Maksudnya, aku pun.

"Nampak? Kau sebenarnya tak okey. Kau pun dah dijangkiti. " Hyuk menoleh ke lantai. Dia seperti sedang berpasrah. Reaksi wajahnya ketika menjumpai bengkak tersebut jelas negatif.

Tapi, aku taklah rasa apa-apa. Tak teruk macam Yoongi. Tak mungkin aku dijangkiti tanpa rasa apa-apa sementara Yoongi dah macam nak mati.

"Hyung mungkin tak rasa apa-apa, macam kitorang semua. Tapi hyung akan rasa bila virus tu menyerang organ penting hyung nanti. " kata Taehyung kemudian dia duduk berdekatan aku lalu mengeluh.

"Korang pun dijangkiti?! " Taehyung mengangguk. Aku memandang Hoseok, Jimin dan Hyuk. Mereka memberi reaksi yang negatif. Seperti mereka nampak masa depan mereka.

"Eo, kecuali Hyuk dan Hae. " Hoseok berkata.

Aku rasa macam tak percaya. Ini maknanya, semua akan dimutasi? Aku melujurkan kaki aku ke hadapan kemudian termenung jauh. Tapi tak lama, apabila Hyuk tiba-tiba bangun.

"Dah empat hari sejak kita ke Wanton sebenarnya. Kami semua dah lama cari korang berdua, syukurlah dah jumpa. Tapi, Seokjin masih berada di luar sana.  " ujar Hyuk panjang lebar.

"Seokjin hyung dah keluar dari Wanton? " soalku dengan nada yang tinggi. Hyuk mengangguk sekali.

"Aku dengar yang ketua arahkan untuk Seokjin dikeluarkan dari Wanton sebelum kita semua pengsan masa tu. " Hyuk menyambung bicara. Aku ada rasa gembira sikit, dengan yang Seokjin tak dimanipulasi. Tapi dia masih di luar sana, tak tahu di mana.

Aku menutup mata, kepenatan. Kepala aku sakit sebenarnya. Debaran yang aku rasai tadi masih kekal. Tak lama kemudian, aku terdengar pintu pintu dikuak. Hae dan Jungkook baru pulang dari pencarian mereka. Aku melihat mereka dengan pandangan yang tak bermaya. Dah separuh mati aku disebabkan mutant tadi.

"Hyung okey? " Jungkook mendekatiku sambil menjatuhkan begnya dari bahu. Aku mengangguk lemah.

Dia mengeluarkan sebuah botol dari dalam begnya. Taehyung juga bangun untuk membantu. Jungkook melihat kawasan yang dijangkiti tadi, lalu dia membuka penutup botol tersebut.

Kemudian, dia memandang aku. "Hyung, tahan sikit ya? " dengan pantas, dia menuang cecair di dalamnya ke arah bengkak tersebut.

Aku merasa sakit yang teramat. Sumpah, ini lebih sakit dari semua kesakitan. Rasa sakitnya seperti menusuk ke dalam daging dan seterusnya merebak secara menyeluruh. Aku mengetap gigi dari membuat sebarang bunyi mengerang sakit walaupun dahi dah berkerut seribu menahan pedih. Taehyung menghulurkan kain pembalut kepada Jungkook lalu dia membalut bengkak tersebut.

Aku menoleh ke tepi, di mana Yoongi bersandar di situ. Cecair itu juga dituangkan ke aras kawasan bengkaknya. Pasti lebih menyakitkan, dengan dia perlu menahan sakit akibat virus biokimia tersebut dan menahan sakit tuangan cecair itu.

"Berehatlah dulu. Kita akan cari Seokjin esok, kalau dia masih selamat. " kata Hyuk lalu dia pergi ke sudut lain kedai tersebut.

Bangtan Academy » 방탄소년단 «Where stories live. Discover now