▽42

1.4K 229 32
                                    

Hae

Aku menggalas beg. Jam tangan aku menunjukkan pukul 6:43 pagi. Mata aku melirik ke arah mereka yang sedang berkemas untuk meninggalkan tempat ini. Aku mengeluh penat. Aku gembira sebab akan tinggalkan tempat ni. Langsung tak selesa untuk aku sebagai satu-satunya perempuan diantara mereka. Sekurang-kurangnya, kat hospital ada bilik-bilik.

Keadaan Seokjin masih tak bagus. Sejak semalam, tiada langsung pergerakan daripadanya. Malah, nadinya amat lemah. Bibirnya pucat semacam. Ia menyebabkan aku mula risau. Aku tak nak sesiapa lagi jadi mangsa Wanton.

"Jom kita pergi. "  kata Hoseok sambil dia mengambil jaketnya yang dicampak ke atas meja. Hyuk pula mula bergerak keluar sambil membawa Seokjin di belakangnya. Aku mengekori Hyuk dari belakang.

Udara segar di luar terus menyentuh wajah aku. Taklah segar sangat, tapi cukup untuk buat aku rasa tenang. Aku berjalan di bahagian tengah; Hyuk, Hoseok dan Jimin di hadapan manakala Namjoon, Yoongi, Taehyung dan Jungkook mengekori dari belakang.

Kami bergerak di celah-celah bangunan daripada bergerak di kawasan terbuka. Kawasan terbuka terlalu tinggi risikonya. Lagi-lagi pada Seokjin. Setiap jalan yang kami lalui semuanya agak terbuka dan ada kalanya sempit. Tak lama kemudian, aku melihat bangunan hospital tak jauh dari tempat kami berada. Mujurlah tiada mutant yang menyerang kami.

Hyuk mempercepatkan langkah, menuju ke arah pintu belakang hospital. Aku berhenti di sebuah lorong sebelum mengekori mereka. Aku pada mulanya ingin tertunduk menekan lutut, penat selepas berjalan jauh. Tapi, semua itu terbatal apabila Namjoon menarik tangan aku ke arahnya.

"Shh! Mutant sebaris dengan kau tadi. " bisiknya perlahan. Mataku terbeliak. Aku kaku, tak mampu bergerak selepas mendengar pernyataan tersebut. Aku mungkin dan dibaham mutant tu kalau Namjoon tak tolong aku tadi.

Namjoon dan aku bergerak dengan pantas ke arah pintu hospital yang baru ditutup tadi. Aku sekilas memandang ke belakang kerana risau akan mutant yang dikatakan tadi.

Aku menarik pintu lalu meluru masuk ke dalam. Namjoon menjadi yang terakhir yang masuk lalu dia mengunci pintu. Aku tercungap-cungap akibat pergerakan yang pantas tadi. Manakala mereka yang sampai awal tadi memandang kami dengan pelik.

"Gerak cepat. Mutant ada berdekatan. " Namjoon bersandar pada dinding lalu menyelak rambutnya yang dibasahi peluh ke atas. Rambutnya serabai, sesuai dengan situasi yang berlaku sekarang.

Mataku melirik ke arah mereka semua. Ketika aku memandang Hyuk, aku melihat tangan kirinya dari tadi dimasukkan ke dalam jaket, memegang dada. Aku tak rasa cedera Hyuk ialah cedera yang biasa. Ia semakin parah, aku rasa.

Mereka pun berjalan ke hadapan. Aku dan Namjoon mula mengekori mereka dari belakang. Selepas keluar dari bilik pintu keluar yang sempit, kami sampai di bahagian dalam hospital yang utama iaitu berdekatan lobi kedua.

Sesuatu berubah sebenarnya.

Dua hari lepas aku datang ke sini untuk mengambil vaksin dengan Jungkook, tempat ni tunggang langgan dan bersepah sana sini. Tapi, apa yang aku nampak sekarang? Hospital yang bagaikan baru nak buka. Bersih dan suci dari sebarang habuk. Perabot dan barangan elektronik berada dalam keadaan yang baik. Aku menggaru kepala, binggung.

"Kenapa -- " Jungkook berpaling ke arah aku. Aku mengangkat bahu, tak tahu.

"Wae? " soal Hoseok sepatah.

Bangtan Academy » 방탄소년단 «Where stories live. Discover now