▽04

3.1K 355 123
                                    

Namjoon POV

Akulah yang beria-ia nak belasah si Tyler tak guna tu. Apa salah Jungkook sampai dia buat macam tu? Aku berfikir sambil mengetatkan tali leher di hadapan cermin almari.

"Leher kau dah okey ke belum, Jungkook? " pertanyaan Taehyung itu menyedarkan aku dari lamunan. Aku melihat ke arah Jungkook, dia mengangguk. Syukurlah, dia okey. Tapi aku belum.

Hati aku tengah membara. Panas sangat ni. Rasa nak berdendam pula.

"Eh? Jomlah! Aku dah tak sabar nak jumpa si Tyler tu. " kataku sambil memakai kasut. Mereka semua bergegas bersiap untuk ke dewan kuliah masing-masing, kecuali Jungkook.

"Hyung, Jungkook tak nak lah jumpa Tyler tu lagi. Renungan dia menakutkan sangat.. " Jungkook menggalas begnya dengan perlahan-lahan.

"Okey, Jungkook tak payah pergi. Hyung risau yang Jungkook kena lagi dengan dia. " aku keluar dari bilik itu sebaik sahaja selesai memakai kasut.

"Yah! Aku pun tak nak pergi! " Yoongi menjerit dari dalam. Ah, tak kisahlah.. Asalkan aku boleh belasah si Tyler tu.

Aku, Seokjin hyung, Hoseok, Jimin dan Taehyung turun ke tingkat dua dan mencari bilik 076.

Terbuka saja pintu lif, terus nampak bilik 076 di sebelah kanan. Aku menggenggam penumbuk lalu mengetuk pintu bilik tersebut.

"Nae? " seseorang membuka pintu tersebut. Yang pasti bukan Tyler sebab name tagnya tidak tertulis begitu.

"Ermm.. Tyler ada tak? " tanyaku. Dia memandang ke belakang.

"Tyler hyung! Ada orang nak jumpa! " katanya dengan kuat sehingga bergema satu bilik itu. Seorang lelaki yang agak tinggi memberi reaksi pada panggilan tersebut.

Ya, itu dia Tyler. Muncul juga dia. Aku melemparkan senyuman sinisku kepadanya.

"Mwo? " kasar juga perkataan Tyler ni.

"Cheogi.. Jeon Jungkook ada kata yang kau kacau dia semalam.. " kataku. Dia tersengih tiba-tiba.

"Budak mentah tu? Pandai pula dia mengadu.. "

"Mwo? Budak mentah? Jaga sikit mulut kau tu.. " aku meragut kolar bajunya.

"Wow, wow.. Kalau nak bergaduh, bukan dekat sini. Petang ni, pukul 4, belakang asrama ni. " kata Tyler. Renungannya memang dahsyat. Sehingga aku melepaskan genggaman kolarnya tadi.

"Kalau kau tak datang, maksudnya kau pengecut. Jumpa petang ni, budak mentah. " Tyler melangkah keluar dan sengaja melanggar bahuku. Dia dan kawan sebiliknya pun hilang dari pandangan.

"Eiii!! Aku rasa macam nak -- "

"Namjoon.. Bawa bersabar. Kita selesaikan petang ni sajalah. " Seokjin menahan aku dari mengejar mereka.

Okey, set.. Petang ni..

Tepat pukul 4 petang. Mereka tiba di belakang asrama termasuklah Yoongi dan Jungkook. Kelibat Tyler muncul dari hujung sebelah sana bangunan, seorang diri.

"Ohh.. Ingatkan kau takut nak datang, Kim Namjoon-ssi.. " cemuh Tyler lagi. Anak kacukan Perancis-Korea ni memang meminta penumbuk Namjoon yang bertubi-tubi.

"Aku risau kau je yang tak datang.. " balas Namjoon pula.

"Selain guna kekerasan, apa kata aku suruh kau buat sesuatu. Aku tak mainlah dengan budak mentah macam korang ni.. " Tyler menyilangkan tangannya sambil tersenyum sinis.

Bangtan Academy » 방탄소년단 «Onde histórias criam vida. Descubra agora