▽08

3.3K 399 120
                                    

Yoongi baru sahaja meletakkan noktah pada perbualannya dengan Namjoon tadi. Dia tak nak mereka yang lain tertanya-tanya apa yang mereka bualkan, lalu dia masuk dengan wajah yang, you know.. Swagg~

Namjoon pura-pura bermain telefon ketika melangkah masuk ke dalam bilik. Niatnya sama dengan Yoongi. Dia menutup pintu lalu berbaring di atas katilnya.

Bunyi tangisan kedengaran di sebelah katil Namjoon. Dia mengangkat kepala lalu menoleh.

Laa.. Seokjin dan Hoseok sedang menangis ketika menonton filem 'Train To Busan'. Berhelai-helai tisu sudah dibasahi air mata, dan hingus.

"Korang ni, emosional sangatlah.. " cemuh Namjoon sambil menepuk-nepuk bantalnya.

"Jangan sibuklah! " marah Seokjin sambil mengambil lagi sehelai tisu.

Jungkook berada di meja belajarnya. Tiba-tiba, telefonnya berdering. Menandakan seseorang ingin membuat video call dengan Jungkook.

Dia tersenyum gembira melihat pemanggil tersebut.

"Eomma! Appa! Annyeong! " Jungkook melambai pada ibu bapanya yang muncul di skrin telefon.

"Jungkook sihat kat sana? " ibu Jungkook melemparkan senyuman yang pasti dirindui Jungkook.

"Eo, hyung-hyung selalu jaga Jungkook. " Jungkook menghalakan skrin telefon ke arah Seokjin dan Hoseok di atas katil.

"Hyung, ini mak dan ayah Kook.. " jelas Jungkook. Seokjin menunduk dan memaksa Hoseok berbuat begitu.

"Annyeonghaseyo.. "

Jungkook duduk bersama-sama mereka di atas birai katil tersebut.

"Jungkook kat sini kan nakal sangat, puan tahu tak? " Hoseok bersuara. Mata Jungkook tajam merenung Hoseok.

"Hyung! Jungkook budak baik tau! " marah Jungkook. Dia mencekup mulut Hoseok yang 'pedas' itu.

Kemudian, mulalah interview mereka semua. Macam interview jawatan kosong pun ada. Bermacam-macam benda ditanya. Sehinggakan interview tersebut mengambil masa selama 45 minit.

Jungkook melihat peratus bateri telefonnya. Tinggal 13% saja. Rasanya, lebih baik menamatkan video call tersebut.

"Appa, bateri phone Kook dah nak habis ni. Nanti appa call lah semula. " kata Jungkook sambil berpusing di atas kerusinya.

"Yelah.. Minggu depan appa call lagi. Kookie appa belajar rajin-rajin ya? " pesan ayahnya lalu panggilan tersebut ditamatkan.

Lantaran itu, Taehyung baru keluar dari bilik air sambil membawa keluar botol sabun dan syampu yang sudah kosong.

"Yah, siapa guna sabun dengan syampu sampai habis? Baru je beli kelmarin.. " soal Taehyung. Botol sabun yang berwarna kuning dan botol syampu berwarna biru diangkat ke siling.

"Kita semua guna, takkan tak habis.. " kata Namjoon sambil bangun dari baringnya. Telefonnya dicampak ke tepi kemudian kepalanya digaru.

"Hyung pergi beli. Yoongi, jom ikut sekali. " Seokjin menawarkan diri untuk pergi membeli keperluan harian mereka.

"Kenapa aku? Nak tidurlah.. " percakapan Yoongi agak tidak jelas dek dia sedang meniarap.

"Alaa.. Jomlah teman hyung. " Seokjin menarik tangan Yoongi yang terjuntai ke bawah.

"Sebab tulah hyung gemuk, suka tidur. Tengok Kookie, dah ada six packs tau.. " kata Hoseok sambil membuka sebuah kabinet yang terletak di dapur kecil bilik tersebut.

"Apa kau cakap?! " Yoongi lantas bangun terduduk.

"Eh, takde papelah! Aku cakap, hyung kena banyak bersenam. barulah ada six packs macam Kookie. " kata Hoseok dan disertai dengan ketawanya. Terima kasih otak kerana memberi idea di saat-saat begini!! Bisik Hoseok.

Bangtan Academy » 방탄소년단 «Where stories live. Discover now