▽47

1.4K 216 14
                                    

"Sekarang dah pukul berapa? " Yoongi mencuit belakang Taehyung.

"Lebih kurang satu pagi. " Taehyung memandang Yoongi di belakangnya sambil mereka berjalan keluar dari bangunan itu.

Ya memang dah lewat malam. Semuanya gelap gelita di luar. Hanya cahaya bulan yang cerah. Sambil mereka berjalan, mereka masing-masing mengeluarkan lampu suluh. Cahaya dari lampu suluh tersebut menerangi pandangan mereka.

Jalan yang mereka lalui, kosong. Tiada apa-apa di sana. Angin malam yang sejuk menyapu lembut ke wajah mereka. Mereka mula rasa seram sejuk dan terbayang benda-benda buruk akan berlaku. Mereka rasa mutant muncul dari depan atau terkam mereka dari belakang, atau Meg tadi hidup semula. Mereka bayang sekumpulan bionic datang dan cuba bunuh mereka. Macam-macam bayangan boleh terhasil dalam keadaan gelap ni.

"Buat masa ni, kita berehat dulu. Kita sambung perjalanan lepas matahari terbit. " Hyuk membelok ke sebuah simpang yang lebih gelap. Dia masuk ke dalam sebuah bangunan dan mereka hanya mengekorinya.

Jika di luar gelap, dalam pun lagilah gelap. Lampu suluh yang mereka gunakan hampir kehabisan bateri. Lebih baik berhenti sebelum masalah timbul.

Setelah lama mencari, mereka menjumpai suis lampu lalu segera ditekan. Cahaya dari lampu menerangi seluruh kawasan tersebut. Mereka dapat lihat almaru yang jatuh, barang-barang yang berselerak di atas lantai, kotak-kotak disusun tinggi dan beberapa buah rak buku setinggi separuh bilik itu bersandar antara satu sama lain. Agaknya, jika digerakkam, semuanya akan jatuh.

"Warghhh, penatnya aku. " Taehyung bersandar pada dinding yang bersih berdekatannya. Perlahan-lahan, dia jatuh terduduk ke bawah.

"Berehatlah. Lawan Meg memang memenatkan. Esok kita sambung. " Hyuk juga duduk di atas lantai.

"Haha, Bagus sangat idea tu. Aku nak ngantuk dah ni. " Yoongi berjalan ke sudut bilik dan merebahkan diri di situ.

Tak sampai sepuluh minit mereka berada di situ, semua dah tidur akibat kepenatan yang teramat.

[TURN ON BTS - BUTTERFLY, you will thank me later 😉]

Hyuk terjaga walaupun hari masih malam. Dia mengeliat dan menggosok matanya. Jam tangannya menunjukkan pukul 4 pagi. Hyuk bangun dari tempat tidurnya dan melihat keadaan orang lain.

Kemudian, dia keliru. Seseorang macam tiada.

"Mana Hae? " mata Hyuk meliar mencari kelibat Hae, namun hanya beg galasnya sahaja yang tinggal di tempat terakhir Hyuk nampak dia.

Hyuk bergerak ke arah pintu. Fikirannya mengatakan yang Hae mungkin berada di luar. Tombol pintu dipulas lalu pintu itu ditolak ke luar.

Ya, Hae memang berada di luar. Dia sedang duduk sambil merapatkan lututnya ke dalam pelukannya.

"Yah, Kwon Hae. " Hyuk mendekatinya dengan perlahan.

Hae mengangkat kepalanya perlahan-lahan. Wajahnya dibasahi air mata yang banyak. Matanya pula sudah merah. Hyuk segera mendapatkan Hae.

"Kau kenapa ni? " Hyuk memegang kedua-dua belah tangan Hae. Tangisan Hae menjadi perlahan.

"A-aku rasa, aku tak boleh t-teruskan. " tangis Hae. Dia menundukkan kepala dan mengalirkan air mata lagi. Hyuk tak faham apa yang ingin dia sampaikan.

"Apa kau kata ni? " Hyuk bingung.

Hae memandang kedua-dua belah tangannya yang dipegang tadi lama. Hyuk juga memandangnya.

Kini, Hyuk faham apa yang Hae maksudkan.

Urat-urat pada tangan Hae dah bertukar menjadi hitam. Sangat jelas kelihatan. Mereka berdua saling berpandangan.

Bangtan Academy » 방탄소년단 «Where stories live. Discover now