CM1

71.8K 2.2K 39
                                    

Hujan mula turun setitik demi setitik dan makin lama ia menjadi lebat.

Alysa memandang hujan yang turun membasahi bumi itu.

"Haih." Kedengaran keluhan kecil terbit di bibir kecil milik Alysa.

"Lysa." Sapa seseorang menyebabkan Alysa mengalihkan pandangannya dari tingkap.

Alysa memandang gerangan tersebut lalu menghadiahkan senyuman.

"Rina.Duduklah." Pelawa Alysa lalu pandangannya di alihkan semula ke arah tingkap.

Rina merupakan sahabat baik Alysa sejak dari darjah 3 sampailah sekarang iaitu tingkatan5.

"Kau tak rehat?" Soal Rina.

Alysa hanya menggeleng kecil.

"Kau ada masalah ke? Tell me now." Kata Rina lalu meletakkan rotinya di atas meja.

"Aku just rindu family aku." Ujar Alysa perlahan.

Alysa merupakan anak yatim piatu sejak dari darjah 3. Ibu bapa dan adiknya meninggal di sebabkan kemalangan. Sejak dari kemalangan itu Alysa tinggal di asrama sekolah. Yuran dan segala makan minumnya dari hasil duit tinggalkan ibu bapanya dan basiswa bulanannya.

Rina hanya tersenyum nipis. Dia faham akan perasaan rakan baiknya itu. Rina juga seperti Alysa cuma bezanya dia mempunyai ibu. Tapi ibunya tinggalkannya di asrama sekolah. Manakala ibunya pula sibuk dengan keluarga baru.

"Da lah. Jangan sedih aku kan ada." Kata Rina sambil mengusap belakang badan Alysa.

Alysa memandang Rina. Sebuah senyuman di hadiahkan buat Rina.

"Thanks Rina." Kata Alysa lalu memeluk sahabat baiknya itu.

"Woh..woh..Da da. Nanti orang ingat aku les dengan kau pula."Kata Rina lalu menolak lembut badan Alysa.

Alysa hanya tergelak kecil.

"Apa salahnya." Kata Alysa lalu menjongketkan keningnya.

"Eii..Tak naklah!" Kata Rina lalu menggeleng kepalanya.

Alysa pula sudah tergelak.

"Woi!" Tegur seseorang menyebabkan Alysa dan Rina memandang gerangan tersebut.

"Pehal?" Soal Rina lalu menjongketkan keningnya.

"Class Teacher Maria kat bilik bumi."Kata Dina selaku penolong kelas di tingkatan 5 Moon.

"Ohh..Haa okey okey." Kata Rina lalu membuat tanda 'okey' mengunakan tangannya.

Dina berlalu pergi meninggalakan Alysa dan Rina.

"Da jomlah. Kang bising pula si Maria tu." Kata Alysa sambil mengeluarkan buku subjek bahasa englishnya.

Cik Muda✨

Selesai makan malam. Alysa dan Rina terus masuk ke dalam dorm Galaxy iaitu dorm mereka.

"Weh. Kau nampak tak sweater colour merah aku?" Soal Rina sambil memungah almari bajunya.

"Bukan kau kasi Lin pinjam ke?" Kata Alysa yang sudah baring di atas katilnya.

"Eh haahlah." Rina menepuk dahinya setelah ingat yang baju tersebut di pinjam oleh Lin.

"Da tua tua pun lupa."Kata Alysa lalu menggeleng.

Rina sudah tersenggih. Dia melangkah ke arah katilnya iaitu di sebelah Alysa.

"Weh aku nak tanya something." Kata Rina setelah selamat baring di atas katilnya.

"Haa tanyalah." Kata Alysa yang sedang membaca komik.

"Kau teringin tak nak jadi orang kaya?" Soal Rina.

Alysa meletakkan komiknya di tepi lalu mengiring badannya mengadap Rina.

"Kenapa kau tanya?" Soalan Rina di balas dengan soalan Alysa.

"Kalau aku. Aku teringin. Aku boleh beli apa sahaja aku nak. Aku boleh duduk rumah besar. Makanan mewah. Katil empuk." Kata Rina sambil memejamkan matanya. Membayangkan dirinya di rumah yang mewah dan kaya.

"Tapi kalau aku. Aku nak family yang bahagia. Walaupun merempat tapi sentiasa bersama."Kata Alysa lalu memandang Rina.

Rina masih memejamkan matanya.

"Weh kau dengar tak!?" Soal Alysa .Suaranya sedikit tinggi.

Kruh....Kedengaran dengkuran kecil dari Rina.

Alysa menggeleng kecil.

"Rina..Rina..Berangan sampai tertidur." Kata Alysa lalu memejamkan matanya.








Holla😂 Story baru lagi😹 Hope banyak sambutan😌 Kalau tak banyak nanti unpublishlah jelah😂 Comments and vote✨

Cik Muda✔Where stories live. Discover now