CM41

20K 929 18
                                    

Sampai sahaja di dalam bilik Adriana.

Adriana menutup pintu biliknya dan terus melepaskan tangannya dari memegang lenggan lelaki tersebut.

"Duduk!" Arah Adriana.

Irfan menghela nafas panjang lalu duduk di sofa panjang yang berada di dalam bilik Adriana itu.

Adriana berlalu keluar semula meninggalkan Irfan keseorangan.

Irfan melihat sekeliling bilik. Semua berwarna unggu.

Dan tak lama selepas itu Adriana masuk semula bersama baldi, Ais dan tuala sederhana besar.

Irfan hanya diam membatu.

Adriana mengambil tempat di sebelah Irfan.

Ais di letakkan di tuala tersebut lalu di balut dan di tuam perlahan-lahan di pipi Irfan.

Saat tuala tersebut terkena di tempat tumbukkan tadi Irfan sedikit mengelak.

"Sorry." Kata Adriana lalu menuamkan perlahan-lahan.

Irfan menahan sakit.

Namun melihat wajah polos Adriana membuatkan dirinya terlupa tentang kesakitan yang di alami.

"Irfan." Panggil Adriana.

Irfan tersentak saat namanya di panggil. Mata Adriana di pandang dalam oleh Irfan.

"Sorry pasal tadi." Kata Adriana lalu menundukkan sedikit wajahnya.

Tangannya yang menuam pipi Irfan terhenti seketika.

Irfan menggeleng.

Tangannya mengangkat dagu Adriana. Mata mereka bertentangan buat seketika.

"Aku yang patut minta maaf. Sorry pasal tadi." Kata Irfan. Terpancar sebersalah di riak wajahnya.

"Tak apa. Aku maafkan." Kata Adriana lalu tersenyum.

Irfan turut menghadiahkan senyuman.

Apa yang di rasakan oleh mereka berdua adalah

Tenang.

Mereka tenang sekarang ni.

"Sakit tak ni?" Soal Adriana lalu menyentuh luka Irfan.

"Auch." Irfan mengaduh kesakitan. Dia sedikit mengelak.

"Sorry again." kata Adriana.

"Hey, Its okeylah princess." Kata Irfan lalu mencuit hidung Adriana.

Adriana tergelak kecil.

Irfan hanya tersenyum memandang Adriana.

Adriana meletakkan jari telunjuk dan jari hantunya di bibirnya lalu di bawah ke pipi Irfan yang lebam itu.

Senyuman kecil terukir di bibir gadis itu.

Irfan sedikit terkedu. Pipinya di sentuh.

"Ubat." Kata Adriana lalu tergelak kecil.

"Nakal eh!" Kata Irfan lalu menarik hidung Adriana.

Adriana tergelak kecil lalu bangun untuk berlalu dari situ.

Namun Irfan lebih pantas menarik lenggan Adriana sehingga gadis itu terjelopok di atas sofa semula.

Tangan Adriana pula tertarik Irfan sekali. Menyebabkan badan Irfan hampir tertindih di atas badan Adriana.

Mata mereka bertentangan buat seketika.

Irfan mendekatkan wajahnya dengan wajah Adriana.

Adriana pula sudah memejamkan matanya.

Saat ini Irfan hendak tergelak melihat wajah Adriana yang sudah merah menyala seperti tomato itu.

Di bukan nak cium gadis itu pun. Cuma niat di hati hendak menyakat sahaja.

Adriana yang merasakan hembusan nafas kena tepat di mukanya.

Pantas membuka mata. Alangkah terkejutnya. Muka mereka terlampau dekat. Beza 1 cm sahaja.

Adriana menutup matanya semula.

Irfan sudah tersenyum. Geli hati melihat tingkah laku Adriana.

Baru Irfan hendak bangun dari posisi sekarang ini. Tiba-tiba.

Bum!!
___________________________________

Done Chapter 41🙌

Dont forget to vote and comments😹🔫

Waiting to a next chapter❤

Cik Muda✔Where stories live. Discover now