CM49

17.6K 908 22
                                    

Adriana membuka matanya.

Mata mereka bertentangan buat seketika. Ya si mata hazel.

"Irfan?" Soal Adriana lalu mengangkat kepalanya.

Matanya melilau sekeliling. Cikgu tak ada. Yang ada hanya pelajar kelasnya dengan beberapa orang ppu dan Irfan yang berada di hadapannya sekarang.

Baru Adriana teringat bahawa gurunya tiada dan di jaga oleh abang ppu yang menjadi kegilaan ramai gadis-gadis di sekolahnya termasuklah Irfan.

"Sorry ganggu kau tidur." Ujar Irfan lalu menggosok belakang tengkuknya.

"Its okey." Kata Adriana.

Kertas yang berada di atas mejanya di pandang. Kertas rumusan yang diberi oleh gurunya tadi kini telah di banjiri oleh air liur basinya.

Pantas kertas tu di renyukkan.

'Malu!!!'jerit Adriana didalam hati.

Irfan sudah tergelak kecil.

Adriana hanya mengencilkan matanya memandang Irfan. Malunya di cover dengan riak wajah yang tak berapa nak tenang.

Irfan mengeluarkan tuala berwarna biru laut lalu dilapkan dahi Adriana yang bepeluh itu.

Adriana hanya memerhati apa yang di lakukan oleh Irfan. Wajah Irfan di tenung.

Sehinggalah saat Irfan mengelap tepi bibir Adriana yang ada air liur basi itu.

Adriana tersentak. Wajahnya terus merah padam. Gilalah! Siapa je tak segan bila orang nampak air liur basi kat muka kita.

Nasib Irfan ni bukan kaki bahan. Kalau dapat jenis yang kaki bahan tu. Tak ke malu seumur hidup.

"Pergilah basuh muka." Arah Irfan.

Pantas Adriana mencapai tuala yang berada di tangan Irfan dan berlalu keluar dari kelas.

"Asal tu?" Soal Fauzi yang kebetulan duduk tidak jauh dari Irfan.

"Nothinglah. Sibuk je! Ajar budak tu. Jangan duk mengusya je." Perli Irfan.

Fauzi sekadar memberi jelingan maut.

'Sibuk je.' Desir hati Fauzi.

Irfan memandang tempat Adriana. Di mana dia telah menganggu tidur gadis itu tadi.

"Kau tak pernah tak comel." Kata Irfan lalu tersenyum.

Lily yang perhatikan Irfan itu hanya menggeleng.

"Irfan..Irfan..Kalau suka tu luahkan jelah. Nanti terlepas baru tahu.." Kata Lily lalu menyambung membuat rumusannya yang terpengalai itu.

Cik Muda✨

Adriana melangkah masuk ke dalam tandas.

Wajahnya di raupkan berkali-kali.

"Malunya!" Kata Adriana lalu mengangkat wajahnya.

Terpancul wajahnya di cermin tersebut. Paip air dibuka dan air tersebut di simbahkan di mukanya.

Tisu di ambil lalu di lapkan mukanya.

Tualanya yang berada di koceknya di keluar. Tuala berwarna biru laut!

Kepunyaan Irfan Harith.

Adriana memandang tuala tersebut. Terus teringat saat Irfan mengelap peluhnya di mana dia ralit melihat setiap inci wajah Irfan tanpa jemu.

Sehinggalah saat Irfan mengelap air liur basinya.

Tak semena-mena senyuman kecil terbit di bibir gadis itu.

Adriana menggeleng kecil lalu menyimpan semula tuala itu ke dalam koceknya dan keluar dari tandas tersebut.

____________________________________

Hari ni tak ada homework so rasa tenang sikit nak update. :3

Hohoho😹😹

Cik Muda✔Where stories live. Discover now