CM59

18.7K 890 61
                                    

Masing-masing menanti penuh debaran.

"Jadi? Betullah kau akan pergi?" Soal Arif lalu memandang wajah Firqin.

Lambat-lambat Firqin mengangguk.

Yang lain masih berdiam begitu juga Adriana.

"Firqin diberikan tugas untuk menjaga seseorang di hospital. Pihak atasan Farica Landios yang bagitahu. Jadi dia akan pergi awal." Ujar Arif membuatkan Adriana terdiam.

"Bila Firqin akan pergi?" Soal Aryan.

"Dalam surat ni kata. Dalam tempoh masa 2 bulan dari hari ini." Kata Arif.

"Maksudnya time tu Cik Muda sudah habis exam spm lah kan?" Soal Firman lalu memandang wajah Adriana.

Adriana mengangguk.

"Saya rasa itu sahaja. Ada apa-apa lagi soalan?" Soal Arif.

Masing-masing menggeleng.

"Kalau macam tu. Saya pergi dulu." Kata Arif lalu keluar dari bilik tersebut.

"Em saya keluar dulu ya Cik Muda." Kata Taufiq lalu menarik tangan Aryan.

"Er kita orang pun. Kan?" Soal Adam lalu menyiku lenggan Afiq.

"Err ya..ya.." Kata Afiq lalu pantas mengangguk dan mereka bertiga keluar dari bilik tersebut.

Kini hanya tinggal Adriana dan Firqin sahaja di dalam bilik ini.

Adriana menghela nafas panjang.

"Betul ke Firqin akan pergi?" Soal Adriana.

Firqin mengangguk.

"Kalau macam tu. Please, please luangkan masa bersama saya sebelum awak pergi." Kata Adriana sambil menundukkan wajahnya.

Firqin memandang Adriana.

"Kalaulah saya mampu. Mampu untuk buang perasaan ini dari dulu lagi. Ianya tak akan membuatkan Cik Muda rasa sebersalah untuk memilih Irfan." Kata Firqin membuatkan Adriana memandang wajah Firqin.

"Tak Fir aw--"

"Tak Cik Muda tak..Saya tak kisah. Sekarang ini izinkan saya luahkan perasaan saya untuk kali yang emm..Terakhir rasanya?" Kata Firqin lalu tersenyum.

Adriana sudah terdiam.

Firqin menarik tangan Adriana lalu membawa Adriana duduk di birai katil itu.

Senyuman terukir di bibir lelaki itu membuatkan Adriana diam tak berkutik.

"Masa mula-mula saya jumpa Cik Muda. Jujur saya katakan Cik Muda ada aura tersendiri. Perangai Cik Muda, wajah polos Cik Muda, blurr yang tiba-tiba datang.." Kata-kata Firqin terhenti dia tergelak kecil mengingati hari-hari dia bersama gadis itu.

"Saya tak tahu nak cakap macam mana. Saya pun tak tahu sejak bila perasaan macam ni hadir." Kata Firqin lalu menggosok belakang tengkuknya manakala Adriana masih diam membeku.

"Jujur, Saya suka Cik Muda. Tapi suka tak bermakna memilikikan? Jadi biarlah perasaan ini pergi dengan sendirinya seperti mana dia datang dengan sendirinya." Kata Firqin lalu tersenyum.

Air mata Adriana sudah jatuh setitik demi setitik di pipinya. Kata-kata lelaki itu memberikan kesan kepadanya walaupun tak seberapa.

"Awak lelaki yang baik. Insyaallah one day awak jumpa jodoh awak dan sudah tentunya dia mencintai awak." Kata Adriana lalu tersenyum.

"Insyaallah." Kata Firqin lalu tersenyum.

__________________________________

Bosan? Ya i know😹

Makin story ni nak habis makin merepek jadinya. Haih😹

Cik Muda✔Where stories live. Discover now