CM44

19.8K 1K 80
                                    

Masuk hari ini sudah seminggu pekara itu berlaku. Mereka semua da berbaik seperti sedia kala. Malah lebih rapat berbanding sebelum ni.

Adriana pula tak lama lagi bakal menduduki spm. Sudah tentulah jadual belajarnya padat.

Adriana melihat bintang yang bertaburan di langit itu. Tak semena-mena keluhan kecil terbit dari bibir molek gadis itu.

Tiba-tiba bahu Adriana terasa berat. Adriana memusingkan kepalanya.

Kelihatan Firqin sedang tersenyum memandang Adriana. Walaupun keadaan samar-samar. Adriana dapat melihat senyuman lelaki itu.

"Eh Fir? Kenapa bagi saya sweater ni?" Soal Adriana.

Firqin mengambil tempat di sebelah Adriana.

"Kat luar ni sejuk. Cik Muda da lah pakai baju tidur. Nipis lak tuh. Mesti sejuk kan?" Soal Firqin.

"Thanks." Kata Adriana lalu memandang langit yang terbentang luas dan di hiasi dengan bintang-bintang kecil.

"Cantikkan bintang-bintang tu." Kata Firqin lalu memandang langit. Angin sepoi-sepoi bahasa menyapa lembut pipi mereka.

"Haah." Kata Adriana sambil mengangguk.

"Macam Cik Muda lah." Kata Firqin lalu tersenyum.

"Eish mana ada!" Kata Adriana lalu menjeling Firqin.

Firqin tergelak kecil.

"Firqin." Panggil Adriana.

Firqin memandang wajah Adriana.

"Awak tak ada girlfriend ke?" Soal Adriana.

Firqin tergelak kecil bila mendengar soalan itu. Dia pun tak tahu apa yang lawak. Tapi yang pastinya dia hanya mampu tergelak bila soalan itu yang di tuju.

"Eish! Gelak pula! Saya serius ni!" Kata Adriana lalu menjeling Firqin untuk sekian kalinya.

Tawa Firqin terhenti.

"Why you so serious? Cik Muda suka saya eh?" Soal Firqin lalu tersenyum nakal.

"Ish! Kesitu pula! Mana ada!" Kata Adriana lalu mengalihkan pandangannya.

Dan Firqin sedikit terkilan dengan jawapan Adriana. Dia sedar selama ni pun dia memang syok sendiri. Adriana anggap dia pun sebagai orang suruhannya tak lebih dari itu.

'Kenapalah kau ni suka syok sendiri.' Kata Firqin di dalam hati.

"Firqin!" Panggil Adriana sedikit kuat.

Firqin tersentak.

Melihat wajah benggang Adriana itu. Firqin sekadar menghadiahkan sengihan.

Belakang tengkungnya di gosok.

"Saya tak ada girlfriend pun Cik Muda. Siapalah saya ni. Rupa pun tak ada. Duit? Mana banyak." Kata Firqin lalu memandang langgit semula.

Adriana hanya menggeleng.

"Awak hensem, Baik, caring. Duit? Duit tak menjamin kebahagian pun lah." Kata Adriana seraya itu tersenyum.

Firqin memandang wajah Adriana. Kata pujian dari Adriana itu seperti ikhlas menyatakannya.

"Kalau ada orang luahkan perasaan kat Cik Muda. Cik Muda terima tak?" Soal Firqin sambil memandang dalam anak mata Adriana.

Adriana bermain-main bibir bawahnya. Cuba mencari ayat yang sesuai.

"Kalau saya kata saya su--" Kata-kata Firqin terhenti saat terdengar suara Firman.

"Cik Muda! Time to sleep!" Jerit Firman yang tak jauh darinya.

"Im coming!" Jerit Adriana.

"Firqin, Thanks! Seronok berbual berdua dengan awak. Good night, Jumpa esuk!" Kata Adriana lalu melambaikan tangannya dan berlalu meninggalkan Firqin keseorangan.

"Suka Cik Muda Adriana Alysa. Good night to Adriana. I love you." Kata Firqin sambil melihat kepermergian Adriana.

__________________________________

Wait!? Firqin suka Adriana!? Melepaslah kau Irfan. Irfan! Say good bye kat Adriana.😹😹

Abaikan segala typo dan 'kemerepekan' Sesungguhnya sis memng msuk air😹🔫

Sebelum tu! Jangan memberontak ye kalau Firqin milik Adriana. Ceh hahaha😹🔫

Cik Muda✔Where stories live. Discover now