CM16

23.2K 1.2K 29
                                    

Adriana duduk di meja kantin tersebut sambil kedua-dua belah tangannya di tongkatkan ke dagu.

Kakinya di hayun ke depan dan ke belakang.

Tiba-tiba perbuatannya terhenti saat bau mee goreng mamak menyapa lembut hidung. Ceh.

"Emm sedapnya bau." Kata Adriana sambil matanya terpejam.

Firqin sudah tergelak kecil.

"Makanlah Cik Muda. Saya tahu Cik Muda mesti lapar." Kata Firqin memperlawa Adriana makan.

Adriana terus mencapai garfu di pinggan tersebut lalu menyuakan mee tersebut ke dalam mulutnya.

Kringgg!!

Adriana meneguk air sirap tersebut sehingga habis.

"Da jum." Ajak Adriana yang sudah bangun dari bangku tempat dia duduk.

"Err.. Cik Muda. Nak gi tandas jap." Kata Firqin lalu tersenggih.

Adriana mengaru kepalanya yang tidak gatal itu. Sejak bila pula dia nak gi tandas.

Firqin yang dapat membaca fikiran Adriana pantas menggeleng.

"Tak..Takk..Saya nak gi tandas." Kata Firqin membetulkan ayatnya.

Adriana mengangguk faham. Firqin hilang dari pandangannya.

Baru dia hendak melangkah seseorang menyapanya.

"Hai. Adriana kan?" Soalnya.

Adriana tersenyum simpul lalu mengangguk.

"Lily. Classmate Ad.." Kata Lily lalu menghulurkan tangannya.

Adriana menyambut huluran tangan tersebut.

"Ohh yeke? Baru tahu." Kata Adriana lalu tersenggih.

Salaman tangan itu di leraikan.

"Jomlah masuk kelas." Ajak Lily.

Adriana sekadar mengangguk dan mengikut rentak Lily. Mereka berbual sepanjang perjalanan ke kelas.

Cik Muda✨

Kringggg!

Pelajar-pelajar bersorak gembira sambil mengemas barang-barang mereka.

Manakala Adriana kelihatan tenang mengemas barang-barangnya. Masa untuk pulang! Dalam hatinya sungguh rindu dengan orang suruhannya.

"Cik Muda Adriana nak saya tolong?" Soal Firqin.

Kelihatan beberapa orang pelajar perempuan masih ada di dalam kelas itu. Dari tadi mata mereka tak lepas pandang Firqin.

"Ehh tak apa. Saya boleh buat sendiri." Tolak Adriana lembut.

Firqin hanya tersenyum dan mengangguk.

"Adriana! Aku balik dulu eh. Jumpa esuk." Kata Lily.

Adriana sekadar mengangguk dan melambaikan tangan kepada Lily tanda perpisahan.

Hari pertama sekolah lagi dia sudah mendapat kawan baru. Beruntung betul dirinya!

Adriana mengalas beg tersebut ke bahunya baru dia hendak melangkah seseorang menghampiri dirinya dan Firqin.

"Hye Adriana." Sapa orang di hadapannya lembut.

Dahi Adriana sudah berkerut. Yela da waktu balik. Buat apa nak berbual lagi?

"Hai. Kenapa tak balik lagi? Saya nak balik da ni." Ujar Adriana lembut. Demi tak nak buat gadis di hadapannya itu berkecil hati.

"Ohh. Haa saya nak cakap dengan Firqin kejap boleh?" Pintanya.

Adriana sedikit terkejut namun di kawalnya dengan riak wajah tenang. Buat apa nak terkejut. Firqin memang hensem and tak mustahil perempuan tak terpikat kat dia. Kalau tak terpikat tu. Kemungkinan gadis itu buta.

"Ohh Firqin? Haa boleh-boleh. Tapi kejap jelah eh? Sebab driver saya da tunggu. Saya tunggu kat bawah tau Firqin. Bye!" Kata Adriana lalu meninggalkan Firqin.

Firqin pula sudah di belenggu sebersalah. Sebab dirinya di bayar untuk menjaga Cik Muda iaitu Adriana Alysa. Bukan bercakap dengan gadis di hadapannya ini. Huh?

Firqin menghela nafas panjang.

"Ye kenapa?" Soal Firqin tenang.

"Firqin. Err..Saya.." Gadis itu kelihat malu-malu untuk bercakap. Wajahnya di tundukkan.

Firqin masih sabar menunggu.

"Saya..saya sebernarnya..suka..." Belum sempat gadis itu menghabiskan kata-katanya Firqin sudah memotong.

"Saya tahu ayat seterusnya. Maaf. Percintaan di larang sama sekali bagi pekerja di bawah Farica Ladios." Kata Firqin tidak bernada lalu berjalan meninggalkan gadis tersebut.

"But..Kita boleh kawankan?" Soal Gadis itu. Namun Firqin hanya mengendahkannya.

__________________________________

Done chapter 16✔ Vote and comments babe😍 I will reply your comments. Pe salahnya bagi semangat sikit kat author untuk update next chapter .Kuikuikui😹

Cik Muda✔Where stories live. Discover now