CM6

31.3K 1.7K 53
                                    

Tiba-tiba kereta berhenti dan pintu kereta di buka oleh seseorang.

Alysa keluar dari kereta tersebut lalu matanya memandang rumah Agam yang tersergam indah di hadapannya.

"Ni istana ke rumah agam." Gumam Alysa perlahan.

"Rumah agam besarnya macam istana cuma bentuknya dan namanya sahaja lain." Kata Taufiq yang mendengar Alysa berkata.

Alysa hanya berdiam.

"Mari masuk Cik Muda." Ajak Arif.

Alysa hanya mengangguk dan mengikut langkah Arif.

Pintu terbuka dan beberapa orang sedang berdiri di kiri dan kanan jalan.

"Selamat pulang Cik Muda." Kata mereka serentak dan menundukkan sedikit badannya.

Alysa tergamam. Sungguh dirinya tak pernah di beri layanan seperti ini.

"Yang menyambut Cik Muda sekarang ini semua pembantu rumah ini." Ujar Arif.

"Pembantu rumah?" Soal Alysa dengan riak wajah yang terkejut.

Arif mengangguk.

"Pembantu rumah kemain banyak lagi. Dalam 30 ada ni. Eh lebih rasanya." Ujar Alysa di dalam hati.

"Cik Muda. Kenalkan pembantu suruhan Cik Muda yang sentiasa bersama Cik Muda nanti ." Ujar Arif lalu menunjukkan 6 orang lelaki.

6 orang tersebut menundukkan sedikit badannya.

"Kenalkan dari kiri. Taufiq, Firman, Adam, Afiq, Firqin dan Aryan." Kata Arif memperkenalkan orang suruhan Alysa.

"Sila beri tunjuk ajar Cik Muda Adriana." Ujar mereka serentak lalu menundukkan badan mereka sedikit.

"Err..Okey." Ujar Alysa yang sedikit kekok.

"Ada apa-apa lagi Cik Muda nak tanya?" Soal Arif.

"Err..Setakat ni tak ada.." Kata Alysa.

"Dan untuk pengetahuan Cik Muda. Kami mengelar Cik Muda Adriana. Memandangkan itu juga salah satu syarat." Ujar Arif.

Alysa hanya mengangguk. Jadi kehidupan yang baru Alysa akan menggunakan nama Adriana. Selamat tinggal Alysa and Welcome Adriana!

"Jadi saya minta diri dulu." Ujar Arif lalu menundukkan sedikit badannya tanda hormat.

Adriana hanya mengangguk.

"Mari Cik Muda Adriana kami tunjukkan bilik Cik Muda." Ujar Afiq.

"Err..Boleh saya tanya?" Soal Adriana.

Semua memandang Adriana.

"Yee Cik Muda?" Soal Aryan.

"Korang semua ni memang serius ke?" Soal Adriana.

"Maksud Cik Muda macam tegaslah? Tak ada senyum or gelak?" Soal Firman.

Adriana mengangguk.

Mereka berenam saling berpandangan dan gelak mereka terhambur.

Dahi Adriana pula sudah berkerut. Apa yang lawak?

"Okey..Okey..Macam ni..Kita orang ingat Cik Muda ni jenis yang sombong and jenis macam yela. Sesetengah Cik Muda memang macam tu." Terang Adam.

Adriana mengangguk. Begitu ke?

"So korang semua ni sama-sama kenal ke?" Soal Adriana.

"Tak..Kita orang tak kenal sesama sendiri." Ujar Taufiq.

Adriana mengangguk.

"Habis tu..Orang suruhan ni?" Soal Adriana.

"Kita orang memang pewaris orang suruhan Cik Muda." Ujar Aryan.

"So korang tak bangkang ke apa?" Soal Adriana. Okey pelik juga dirinya mereka sanggup jadi orang suruhannya?

"Tak sebab kita orang da janji akan jaga Cik Muda macam nyawa kita orang sendiri." Ujar Firqin lalu mencium tangan Adriana.

Adriana sedikit terkejut. Wajahnya bertukar merah akibat malu.

"Woi Firqin kau buat Cik Muda malu lah!" Kata Adam lalu menarik Firqin menjauhi Adriana.

Adriana sudah tergelak kecil.

Mungkin dirinya tidak sunyi nanti setelah hadirnya enam orang suruhannya.










Okey di sebabkan status Alysa pun bertukar. So namanya juga di tukarkan dengan Adriana iaitu nama depannya. Fhmkan?😂 Okey good!😘

Cik Muda✔Where stories live. Discover now