CM34

20.2K 1.1K 19
                                    

"Enough!"

Semua memandang ke arah gerangan suara tersebut.

"Sara, cukuplah. Berapa kali aku nak kata kat kau. Yang aku tak sayang kau. Aku sayang Zara bukannya Sara. Pleaselah Sara. Bukan aku tak tahu tempoh hari kau datang Majlis Cik Muda kau menyamar jadi Zara. Kau ingat aku bodo?" Soal Taufiq.

Aryan, Lily dan budak tingkatan 2 itu sekadar berdiamkan diri.

"Aku buat macam ni. Sebab aku sayang kau. Apa lebihnya Zara dan apa kurangnya aku, iaitu kembar dia ni.?" Soal Sara.

"Tak ada lebih, Tak ada kurang Sara. Yang bezanya cinta. Aku cintakan dia bukan kau." Kata Taufiq.

"Walaupun cinta kau tak berbalas?" Soal Sara.

Kedengaran keluhan kecil terbit dari bibir Taufiq.

"Ya." Kata Taufiq sepatah.

Zara dan Sara merupakan kembar. Mereka juga adalah kawan sepermainan dengan Taufiq. Taufiq menyukai Zara manakala, Sara menyukai Taufiq. Di sebabkan cinta Sara tak berbalas. Dia sanggup buat apa sahaja demi lelaki bernama 'Taufiq'.

Sara sudah menekup mukanya.

"Jadi, Jangan libatkan siapa-siapa lagi lepas ni. Nak-nak lagi Adriana. Kalau aku tahu benda macam ni berulang. Kau akan tahu akibatnya. Da jom Aryan." Kata Taufiq lalu meninggalkan mereka.

Aryan dan Lily saling berpandangan. Namun terus mengejar langkah Taufiq.

✨Cik Muda✨

"Ad! Amikkan kapas!" Arah Irfan.

Adriana mengeluh. Lepas je dia di rawat. Ramai pula yang datang bilik rawatan. Lepastu tak pasal-pasal da kena jadi si pembantu Ifran Harith ni. Haih.

"Nah." Kata Adriana lalu menghulurkan kapas tersebut kepada Irfan.

"Thank cutie pie!" Kata Irfan lalu mengenyitkan matanya. Mahu beronar merah wajah Adriana.

"Welcome." Kata Adriana lalu duduk semula di kerusi.

"Sayang! Amikkan krim luka atas meja tu." Kata Irfan.

"Sayang? Siapa?" Soal Adriana sambil melihat sekeliling.

Pelajar PBSM yang berada di dalam bilik rawatan tu semua memandang Adriana.

"Kau lah! Adriana Alysa!" Kata Irfan.

"Er! Nama saya Adrianalah bukan sayang!" Kata Adriana lalu memeluk tubuh.

"Suka hati aku lah." Kata Irfan.

"Suka hati saya lah." Ajuk Adriana.

Pesakit lelaki yang sedang di rawat oleh Irfan hanya tergelak kecil.

"Haih! Yela-yela. Adriana Alysa. Tolong Abang Irfan amikkan krim kat atas meja tu boleh?" Pinta Irfan dengan suara yang lembut.

Adriana sudah tersenyum kemenangan. Krim di ambil lalu di beri kepada Irfan.

Belum sempat Irfan mengambil krim tersebut di tangan Adriana. Adriana sudah menariknya semula.

"Cakap apa?" Soal Adriana.

"Cakap apa?" Soal Irfan semula.

"Beli orang da tolong cakap apa?" Soal Adriana.

"Terima kasih." Kata Irfan seperti tidak ikhlas.

Adriana tergelak kecil lalu di berikan krim tersebut kepada Irfan.

_________________________________

Done chapter 34✔

Sorry late update. Sis da start kerja. So busy sikit.😢😅

Anyway, Dont forget to vote and comments👌😹

Waiting to a next chapter❤

Cik Muda✔Where stories live. Discover now