CM4

32.1K 1.7K 26
                                    

Tok! tok! tok! Kedengaran bunyi pintu kelas di ketuk.

Semua yang berada di dalam kelas 5 Moon beralih ke arah pintu kelas tersebut.

"Auch! Taufiq weh." Kata salah seorang pelajar perempuan di dalam kelas 5 Moon tersebut.

Haa apa lagi kalau da nampak lelaki hensem tu masing-masing da tak senang duduk da.

Cikgu Mawar hanya menggeleng melihat telatah anak muridnya itu.

"Kenapa ye?" Soal Cikgu Mawar kepada Taufiq.

"Saya Taufiq. Pengetua mahu berjumpa dengan Adriana Alysa Bt Mohd Kamal." Ujar Taufiq kepada Cikgu Mawar.

Cikgu Mawar hanya mengangguk lalu matanya melilau mencari pelajarnya yang bernama Alysa.

Matanya terhenti pada Alysa yang sedang memandangnya.

"Alysa. Sini." Arah Cikgu Mawar.

Alysa memandang Rina di sebelahnya.

Rina pula memberi isyarat 'pergi je'

Alysa menarik nafas lalu berjalan ke arah Cikgu Mawar.

"Ye Cikgu." Kata Alysa yang sedang berdiri tegak di hadapan Cikgu Mawar.

"Ni pengetua nak jumpa awak. Ikut Taufiq ni." Arah Cikgu Mawar.

"Alaaa." Kedengaran beberapa suara pelajar perempuan meng'alaaa'.

"Baik cikgu." Kata Alysa lalu menundukkan sedikit badannya.

"Daa! Salin soalan kat depan ni!" Arah Cikgu Mawar setelah Alysa dan Taufiq pergi.

Sampai sahaja di depan pejabat. Alysa masuk ke dalam dan berjalan menuju ke pintu yang ada tulis 'pengetua'.

Tok! tok! tok! Pintu diketuk oleh Alysa.

"Masuk!" Arah seseorang di dalam.

Alysa memulas tombol pintu tersebut dan masuk ke dalam bilik tersebut.

"Awak Adriana Alysa bt Mohd Kamal?" Soal pegetua.

Alysa mengangguk.

"Okey silakan duduk." Arah Pengetua.

Alysa duduk di kerusi hadapan pengetua bersebelahan dengan seseorang yang tak di kenalinya.

"Saya Arif. Saya adalah pembantu bagi waris-waris Farica Landios." Ujar lelaki yang berada di sebelah Alysa.

Alysa hanya berdiam. Tetapi dalam hati "Apa pula orang tua ni membebel ni."

"Wasiat ni dari nenek kamu, Kirana Rose. Nenek kamu juga merupakan salah seorang pewaris Farica Landios dan semestinya ia turun kepada kamu kerana kamu merupakan anak kepada anak sulungnya Kamal..."Sambung Arif lagi.

Alysa hanya berdiam. "Ish straight to pointlah. Aku ngantuk dengar kau membebel wahai Atok Arif" Ujar Alysa di dalam hati.

"Setakat ini Cik Muda faham?" Soal Arif.

Alysa sedikit terkejut.

"Cik Muda? Saya Alysalah bukan Cik Muda." Ujar Alysa dengan dahi yang berkerut.

"Okey maafkan saya. Saya belum terangkan semuanya. Pewaris seterusnya adalah Adriana Alysa. Menurut wasiat ini bila umur pewaris seterusnya genap 17. Dia harus berpindah tinggal di Rumah Agam Farica Landios dan menurut wasiat ini juga dia harus menjadi Tuan Puteri atau lebih tepat lagi Cik Muda." Terang Arif panjang lebar.

"Err..Encik Arif.." Panggil Alysa sambil mengaru kepalanya yang tidak gatal.

"Ye Cik Muda kenapa?" Soal Arif.

"Actually saya tak faham apa sebenarnya ni. Rumah Agam? Cik Muda?Apa ni?Langsung saya tak faham." Ujar Alysa tulus.

Arif hanya tersenyum.

Pengetua hanya berdiam.

Taufiq pula dari tadi hanya berdiri di sebelah Alysa.

"Begini. Menurut wasi...." Belum sempat Arif meneruskan kata-katanya Pengetua sudah memotong.

"Tak perlu menurut wasiatnya..Menurut wasiatnya. Dia mana faham semua tu. Dia pun tak pernah tahu tentang asal usul keluarganya." Ujar pengetua yang sedari tadi berdiam.

Arif pula sudah tercenggang.

"Tapi dia patut tahu." Ujar Arif.

"Ye dia patut tahu. Tapi ringkaskan. Nanti yang panjang-panjang tu nanti bole terangkan selepas ringkaskan." Ujar pengetua.

Arif hanya mengangguk.

Alysa pula hanya melihat agenda tersebut. Bukan dia tak faham apa yang Arif cakap tapi dia tak faham apa yang Arif cuba sampaikan.

"Begini Adriana Alysa. Awak adalah pewaris bagi Farica Landios dan mulai hari ini awak akan tinggal di Rumah Agam Farica Ladios. Awak juga akan menjadi Tuan Puteri atau lebih tepat lagi Cik Muda." Ujar Arif .

"What!? Ci...Cik...Mu...da...? Soal Alysa tergagap-gagap.














Done Chapter 4😘 Voke and Comments guys. Hehe🙈💕

Cik Muda✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang